Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, August 29, 2010

kiamat semakin dekat

عن أنس رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
 ( من أشراط الساعة أن يَقِلَّ العلمُ ويَظْهَرَ الجَهْلُ ويظهر الزِّنَا وتَكْثَرَ النِّسَاء ويَقِلَّ الرِّجَالُ
 حتى يكون لِخَمْسِينَ امرأةً القَيِّمُ الواحد )
( رواه البخاري)








Daripada Anas r.a. katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : (antara tanda2 kiamat ialah ilmu semakin berkurang, kejahilan semakin berleluasa, zina semakin meluas, wanita semakin ramai dan lelaki semakin berkurang sehingga purata wanita sebanyak 50 bersamaan seorang lelaki)
(riwayat Bukhari)


...........................................******............................................


Ilmu

Rata2 pelajar zaman sekarang belajar hanya utk berjaya dalam peperiksaan ataupun utk mendapatkan segulung ijazah. Sesudah mendapatkan ijazah, bekerja dan seterusnya sehinggakn ilmu yg mereka perolehi dibiarkan begitu sahaja. Tidak kurang juga yg tidak minat utk menyambung pelajarannya kononnya tidak pandai dan bagi perempuan pula, tak perlula belajar tinggi2 sebab pengakhirannya akan ke dapur juga. Tidak! saya tak rasa ilmu yg dipelajari itu akn sia2 walaupun kaum hawa itu akn ke dapur sebab memasak juga memerlukan ilmu, kalau tak ada ilmu macam mana nak masak? Selain itu, ilmu yg kita perolehi juga boleh membantu kita utk membimbing anak2 di rumah sbg pendidikan tidak formal yg pernah diamalkan pd zaman dahulu :)


Jahil & Zina

Pada zaman jahiliyyah dahulu, aktiviti zina ini memang famous. Pada zaman sekarang pun famous juga, sedangkan Islam itu telah muncul berabad2 dahulu, apakah beza antara kaum jahiliyyah dahulu dgn kita sekarang? Tidak banyak beza pun antara mereka dgn kita sekarang, zaman jahiliyyah membunuh anak perempuan, ada juga yg menanam bayi mereka hidup2, perbuatan terkutuk itu juga menjadi aktiviti masyarakat zaman sekarang. Hampir setiap hari kedengaran berita pembuangan bayi. Inilah akibat apabila ramainya manusia yg jahil akan ilmu agama dan menjadi hamba kepada hawa nafsu.


Wanita vs Lelaki

Purata 50 orang wanita menyamai seorang lelaki, adalah salah satu daripada tanda2 kiamat yg telah pun terjadi di muka bumi ini. Lihat saja di institut2 pengajian tinggi yg berada di Malaysia ni, majoriti di 'conquer' oleh kaum hawa dan semakin banyak kita dengar kematian yg melibatkan lelaki seperti kemalangan jalan raya yg mendatangkan maut kebanyakannya lelaki dan ini semakin mengurangkan kuantiti lelaki di muka bumi ini. Semakin lama semakin kurang kuantiti lelaki dan semakin kurang juga kualiti dr sudut akhlak dan agamanya. Makanya, kalau kita (wanita) sudah bertemu dgn lelaki yg berkualiti dan ingin menyuntingnya sbg permaisuri, janganlah teragak2 utk menerimanya. Kelak, susah hendak menjumpai lelaki berkualiti lagi ;)



Di sini saya mengingatkan diri saya dan diri pembaca sekalian agar kita sentiasalah muhasabah diri, renung2kan apa yg telah kita baktikan pada agama kita utk bekalan kita di akhirat kelak. Tiada masa lagi bagi kita utk memikirkan hal keduniaan memandangkan tanda2 kiamat semakin banyak dan sedarlah bahawa kiamat semakin menghampiri kita. Kalaulah pada zaman Rasulullah dahulu kiamat berada antara 2 jari, kita yg telah meninggalkan zaman baginda beratus2 tahun dahulu, berapakah jarak antara kiamat dgn kita? Renung2kanlah

~sekian~







pengalaman baru

"In coming message...," telefon comel saya berbunyi menandakan mesej masuk, saya segera mencapai utk mengetahui isi kandungannya, "salam, ko reti bawak naza x?" terkejut saya dengan soalan itu, mengambil masa jugak saya nak membalasnya sambil fikir, boleh ke ni??

Beberapa hari sebelum itu, seorang sahabat mengajak saya berbuka puasa di luar, saya tak menolak memandangkan saya tiada musyaqqah lagi pulak dapat makan free, rezeki jangan ditolak, hehe :) Kami pergi beramai-ramai dalam 10 orang jugak la. Ramai tu, mula2 terfikir nak sewa kereta je dua biji, tiba2 dapat mesej "akak tu (nama dirahsiakan :p) mcm suruh g ngan naza je, xnak mmbazir duet kita." Mula2 memang kecut dan kurang keyakinan, mana la pernah saya bawak kereta besar2 ni tapi insya Allah, keyakinan aku sandarkan hanya pada Allah. 



Petang tu seorang kakak datang menjemput saya dan sahabat utk mengambil naza, sampai je sana, tuu diaa masya Allah besarnya kereta tapi alhamdulillah kakak tu percaya saya mampu memandu kereta tu walaupun pertama kali saya memandu kereta sebesar itu. Nak tak nak kenalah saya pandu bwk balik naza tu, seronok sebab dapat pengalaman baru. On the way balik tu boleh pulak tersilap jalan, terikut jalan jauh boleh la dikatakan tersesat. Tapi itulah pengalaman, orang kata kita kena sesat dahulu baru boleh ingat n tau selok belok jalan tu. Ya, memang betul sebabnya jalan yg kami sesat tu saya pernah sesat sebelum ni dan saya tau jalan tu memang jalan sesat jauh. Yang bestnya bila sesat kat umah kampung, dah la bawak kereta besar, jalan pulak sempit. Memang hebatla tirah 'reverse', :p

Saya teruja dengan pengorbanan sahabat2 saya dlm menuntut ilmu dan pengorbanan mrk demi Islam, menghabiskan wang ringgit dan masa mereka dgn mengikuti program2 ilmiah yg dianjurkan badan2 yg bertanggungjawab. Pengorbanan seorang kakak yg meminjamkan keretanya yg besar dan mewah kpd budak hingusan yg baru belajar bwk kereta mcm saya ni semata2 nak mengurangkan kos perbelanjaan kami dan mengharapkan kami join program itu. Terima kasih semua.


Pengalaman mematangkan kita dan memberi pengajaran utk jangka masa yg panjang, di masa akan datang kita lebih berani menyahut cabaran yg lebih besar. Bukan kerana kita perempuan, kita lemah dalam semua bidang. Muslimah sejati tdk menjadikan itu sebagai alasan utk tdk menyahut cabaran bahkan sbg obor pembakar semangat. Begitu juga dlm menuntut ilmu, kita belajar dari kesilapan, dari kegagalan, dari situ kita akan berusaha dgn lebih gigih utk terus mencapai kecemerlangan. 

~sekian~

Wednesday, August 25, 2010

صباح النور



Apakah faedah meletakkan muka dan dahi di atas tanah? 
Sedangkan hati penuh dengan kemusyrikan.
Apakah faedah membersihkan pakaian kotor kalau badan penuh kekotoran?

Dosa itu bagaikan racun yang merebak di pelusuk tubuh kita dengan mudahnya,
dan taubat adalah penawarnya!!

Namun, tatkala racun itu sampai ke hati, adakah penawar itu bermanfaat?


Setiap saat, setiap detik kita melakukan dosa walaupun sebesar zarah tanpa kita menyedarinya, lazimilah diri kita beristighfar. Dengan harapan dosa2 kecil kita dihapuskan.

kunci mulut

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Kenapa kita katakan kerana mulut badan binasa? sebab kalau kita terlajak kata yg boleh menyebabkan si pendengar terasa hati dgn kita, diri kita sendiri yg akan berasa bersalah, silap hari bulan, tak ade sapa pun nak kawan dgn kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Siapa suka kot kalau diri sendiri kena lazer, kena maki, dihamun sesuka hati. Tambahan pula dibulan yg mulia ini, kita dianjurkan supaya lebih berhati2 dalam tutur kata. Menjauhi mengumpat. Tak ada gunanya puasa tapi tak menjauhi perkara2 seperti itu, sia2 ibadah puasa hanya dapat lapar dan dahaga je. 






عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي   وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ 
أَمْثَالِهَا) رواه البخاري

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu perisai,maka tidak boleh berkata keji dan tidak boleh berbuat kasar ,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" (dua kali) Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi. (Allah berfirman) "Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum serta syahwatnya keranaKu, puasa itu untuk aku dan aku yang akan memberi ganjarannya" dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh
(riwayat Bukhari)




Dalam hadis lain menyebut, jika kita berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan balasa, Allah akan mengampunkan dosa2 kita yg terdahulu. Mengharapkan balasan di sini bermaksud mengharapkan cinta kita pd Allah berbalas dan mengharapkan pahala yg berlipat ganda drpdNya. 

Hari tu ustaz saya ada sebut tentang 2 perkara yg boleh menyebabkan manusia itu binasa:
i)  antara pahanya
ii) antara gerahamnya
saya kurang pasti ini hadis atau sebaliknya, tapi ustaz yg cakap tu mengajar hadis. Yang kedua itu menyebut antara gerahamnya, apa yg ada di antara kedua geraham kita? lidah kan. Apa yg sering dilakukan oleh lidah? mesti bersenam sambil mengeluarkan ayat2 sama ada ayat itu adalah ayat yg baik atau pun buruk. Makanya, berlindunglah kita drpd menjadi orang2 yg binasa itu. 

Sebelum mengakhiri entry saya kali ini, sedikit renungan di bulan ramadhan ini :-




"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)




~selamat beramal, sekian~




Monday, August 16, 2010

jom belajar

عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال : سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول : (مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَبْتَغِي بِهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ.........إلى آخر)
Drpd Abu Ad-Darda’ r.a berkata : aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda : sesiapa yg menempuh jalan utk menuntut ilmu, Allah akn permudahkan baginya jalan ke syurga……


Teringat pula saya pd lagu ni, "Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya, ingat2 la ingat semua jadilah insan berguna." 
"Ilmu itu nur (cahaya), dan cahaya itu tak akn masuk pd mereka yg melakukan maksiat"-imam Syafie

"Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya kpd penuntut ilmu dan mendapat keredhaan baginya. Para makhluk Allah yg berada di langit dan bumi akn memohon ampun baginya"-riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmizi.

Dan org2 yg berilmu itu selalu menang dalam pergaulan krn dia mengamalkan :
1) caci disambut senyuman
2) hina ditangkis lembut
3) kemarahan dibalas diam
4) kejahatan diberi kebaikan


:::selamat beramal:::

Sunday, August 15, 2010

~zaman hingusan~

assalamualaikum dan selamat pagi semua, hari ni tiba2 je nak update my blog. Hari ini sahur minum air koko panas je, cecah biskut kering, alhamdulillah kenyang jadilah utk lapik perut sepanjang hari ini. 

assalamualaikum dan selamat pagi semua, hari ni tiba2 je nak update my blog. Hari ini sahur minum air koko panas je, cecah biskut kering, alhamdulillah kenyang jadilah utk lapik perut sepanjang hari ini. 

Masuk je waktu solat subuh, kaki ini melangkah ke surau utk berjemaah bersama akhawat AMK, sayu pulak rasanya ketika melangkah sebab tiba2 je teringat kat mak ngn abah kat rumah, teringat saat bersahur dan solat subuh bersama. Sedapnya masakan mak, rindula.

Teringat zaman kecik2 dulu, nakalnya hamba Allah yg sorang ni. Umur 5 tahun dah pandai nak ponteng sekolah, apa lagi mak pon marah la lepas tu kena kurung dalam jamban tandas. "Kalau tak nak pergi sekolah, duduk dalam ni sampai tamat waktu persekolahan," menangis tak berlagu, abang2 pulak mengejek je, padan muka. Masa darjah berapa ntah, pandai dah jadi pencuri. Curi duit mak 50 ringgit tu, semata2 nak beli keropok, haha ceteknya pemikiran masa tu. Last2 kantoi gak ngan kakak. Pengalaman masa kecik banyak mengajar saya dan menyedarkan saya. Saya malu dgn kakak saya sebab dah kantoi, lepas tu taubat saya tak nak buat lagi. Sejak tu, saya malu nak buat jahat dah, kakak pulak nampak, mak pun dah tau, maluuuunya!!! Itu baru sesama manusia dah malu, kalau dgn Sang Pencipta, astaghfirullah MALUnya saya. 

Dulu saya tak suka akak (kakak sulung), sebab dia suka marah2 saya. Lepas tu cubit2, benci betul. Apa yg dia nak semua dapat, saya nak susah sangat nak dapat. Ini tidak adil!!!! Semakin meningkat dewasa ni, saya sedar akak marah sebab saya ni nakal, dia cubit sebab saya ni pemalas, malas nak buat kerja rumah. Anak dara pa ni???ish222. Dia dapat apa yg dia nak sebab dulu dia duduk asrama, memang la mak dahulukan keperluan dia. Astaghfirullah, berdosanya saya ngan akak. Ustaz saya selalu pesan jgn membenci org sgt2, kelak mrk itu yg akn menjadi kesayangan kita. هذا صحيح!!! sebabnya sekarang dialah yg paling rapat dgn saya, dia byk tlg saya. Sekarang ni dia dah tak banyak marah saya sebab saya dah baik & rajin, hehe.

Carik2 bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Air yg dicencang tak akn putus. Segarang mana pun dia, dia tetap kakak saya dan saya sayang dia. Bulan 11 ni dia dah nak kawin, nanti dah tak boleh nak berkepit ngan dia lagi. Apa2 pun, tahniah buat akak. Doakan pulak supaya lepas ni giliran alang (kakak no3), then utk adikmu yg chumel sorg ni :p



Friday, August 13, 2010

Ramadhan 3



......بسم الله الرحمن الرحيم......


alhamdulillah, hari ini dah masuk ramdhan yg ke-4, saya masih lg boleh bernafas utk terus beribadat kpd-Nya, sungguh masa itu cepat je berlalu. Dan saya juga bersyukur kerana masih diberi nikmat rezeki utk berbuka puasa. Semalam saya dan kwn2 maj 1 & 3 pergi ke rumah ustaz Osman Yasin utk berbuka di rumahnya dan menunaikan solat tarawikh di sana. Seronok, dapat makan free, hehe!! Kami berkonvoi dalam 7 bijik kereta, semua kereta sewa, kami tak ade kereta sendiri (akn dtg, insya allah). Kami bergerak dlm pukul 6 lebih la, seronok berkonvoi ramai2, terasa ukhwah yg terbina. Tapi ade jugak yg tak dpt nak join, mungkin ade musyaqqah msg2, bersangka baiklah ye :)


Bila sampai kat trafik light, kami belok kanan, tapi ade 2 bijik kereta lain terlepas terus (boleh je), lepas tu saya tak tau kenapa, 2 bijik kereta dpn kereta saya u-turn balik (deme ingt salah jln kot), tiba2 je kwn saya yg kat belakang menjerit, tup2.........bush!!!!!! ade sebiji motor melanggar kereta kwn saya yg nak u-turn. Innalillah, semua itu rancangan Allah dan mungkin ade hikmah di sebaliknya. Terkejut dan terpana seketika, alhamdulillah penunggang motor tu tak cedera, cuma pecah jugak la cermin kereta tu. Kesian kwn saya, trauma. Tapi sikit je trauma katanya. Dibulan yg penuh barakah ini, Allah menguji kesabaran hamba2-Nya, alhamdulillah abe (tak kawin lg katanya, hehe) tu tak marah sangat dan memaafkan kami. 


Kami pun meneruskan perjalanan ke rumah ustaz, satu pengalaman buat kwn saya. Mungkin lepas ni dia akan lebih berhati-hati dan menjadi lebih cekap utk memandu (insya Allah). Di zaman yg serba moden ni, cepat je maklumat sampai, kwn2  yg dah sampai dulu pun dah tau ceritanya. Subhanallah!! 


Azan berkumandang, kami pun menjamah makanan yg disediakan, best!!!! sedap sangat, sebab mkn free kot, hehe...habis licin semuanya, mana tak, selama ni makan nasi bungkus je, hari ni makan nasi berhidang, memang best la :D 


Selesai solat tarawikh, kami berangkat pulang ke kolej kediaman. Terima kasih kepada ustaz Osman Yasin sekeluarga krn menjemput kami berbuka puasa bersama. Semoga Allah memurahkan rezeki ustaz. Tahun ni last la menyambut Ramadhan di bumi barakah, bumi tarbiyah ini. Lepas ni tak dapat la nak berbuka di rumah ustaz lagi. Insya Allah di tempat lain pun ade kelebihan yg tersendiri. Balik tu kami berpecah, sebab mungkin masing2 ade destinasi yg nak dituju, mana taknya, selama ni tak pernah keluar malam dan tak boleh pun nak keluar malam sebab undang2 utk pelajar perempuan ممنوع الخروج في الليل..mula2 memang memberontak sebab nak keluar beli mkn pun tak boleh, tapi di situ ade kelebihan. Saya dan kwn2 singgah satu tempat ni, famous kat sini. Kami jalan2 la, banyak betul mata yg memandang, tak kurang jugak yg ber'suit2', pelik kot kami jalan malam2. Pakai tudung labuh pulak tu, dan saya rasa mungkin inilah sebabnya kami student perempuan tak boleh keluar malam, utk menjaga kemaslahatan dan kehormatan kami supaya tdk menjadi fitnah, sungguh agama Allah ini sangat mulia.


Buat2 tebal la muka ni, last2 kami masuk pasar raya je. Beli oligo koko wat minum sahur dan EFC kat tepi jalan je. Alhamdulillah, ade jugak la rezeki nak bersahur nanti. Lepas tu malas nak pikir dah, balik terus jela. Badan pun dah letih. Syukur sampai jam 10:30 malam, pok guard tak marah, ni yg sayang pok guard-pok guard ni, hehehe!!!

~sekian~
J

Friday, August 6, 2010

.....................................

Alhamdulillah segala perjalanan dipermudahkan ALLAH Yang Maha Esa. Minggu ni dah lepas tasmi’ hadis, akan datang ni plak kena hantar assignment nahu. Minggu depan lagi ade test mathematics. Agak sibuk dan busybody, tapi dengan adanya kawan2 yg membantu sedikit sebanyak mengurangkan kesibukan dan ketekanan, hehe…

……………………………….................********…………………………………………….......
Terima kasih kpd kwn2 sekalian, jasa kalian akanku kenang. “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama,” nama2 kalian akanku pahat dalam hatiku,,hehe J

“…ada dua hal yg harus kamu ingat, kebaikan orang laen kpd kamu, dan keburukan kamu kpd orang lain,  dan ada dua hal juga yg kamu harus lupa, kebaikan kamu kpd org lain, dan keburukan org lain kpd kamu…”      
                                                                                      -sang murabbi-

Senangnya cakapnya, tapi nak melaksanakannya seberat gunung untuk dipikul. Memang senang kita nak mengingati segala kebaikan orang, tapi senang juga kita mengingati keburukan org kpd kita. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana salah kwn kita yg sikit itu, habis segala kebaikan dia kpd kita dilupakan. Macam yg ustz saya pernah cakap, bila nampak sikit je kesalahannya, tertutup segala hijab kebaikan.

“tak ade air la, ape pentadbiran ni, tak baiki ke??”
“lambatnye biasiswa masuk, buat keje ke tak ni?”

Sedih saya dengar bila seorang ustz yg diamanahkan utk menjaga kebajikan kami meluahkan perasaan kuciwanya trhadap ank2 murid dia (adakah sy tergolong dikalangan mrk, ish3). Tapi memang betul pun, bila masalah ni timbul habis dihentamnya pihak pentadbiran seolah2 pihak pentadbiran tdk pernah melakukan ape2 pun, sedangkan selama ini pentadbiran sentiasa prihatin dan mengambil berat perihal student2 nya. Tapi kadang2 saya pun merungut jugak, maaf ye!!hehe.

berlumba-lumbalah mencari kebaikan. jelesnya saya kalau org lain dpt byk pahala sdgkan saya??
(muhasabah diri)

Macam mana nak lupakan keburukan dorg?? Memang susah, kdg2 sy sendiri rasa nak marah jugak. Sebab itulah kita kena ingt keburukan yg kita buat kt diorang. Kita ini hnyalah hamba yg lemah, tak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Perbanyakkanlah istighfar, dgn istighfar itu semoga ALLAH mengampuni kita. semoga kita sentiasa dibawah naunganNYA.



~sekian~
J

Monday, August 2, 2010

rehat

~rehat sebentar bersama kit kat~


~sejuk2 hujan memang bez la tido~

Lame tak update blog sebab hari tu tak ade elektrik, internet pun jam la sekejap. Minggu ni pulak tasmi' hadis, bz menghafal :p...akan datang kita sambung cerita.

~sekian~
J

~Dimana ada kesusahan, disitu ada kesenangan~

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, ini pepatah melayu yg cakap. Mungkin betul mungkin tidak, tanya diri sendirilah ye, hehe.

jangan kena marah cm ni sudaa

Saya baru je menyiapkan assignment nahu dan sorof yg bertajuk المشتقات, waaah hampir 3minggu saya menyiapkan tugasan ini, dan ia amat menyeksa dan mengganggu emosi saya. Tetapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya, di saat saya dalam tekanan, ALLAH menguji lagi kesabaran saya. Saya hampir2 berputus asa untuk meneruskan perjalanan tugasan saya ni, Alhamdulillah tugas ini saya jalankan bersama kawan2 yg byk membantu mengingatkan saya kpd Nya semula. Segala tugasan telah dibahagi-bahagikan, dan saya perlu menyediakan video untuk assignment ni, memang menguji keimanan sebab inilah pertama kali saya buat video, selama ni saya tengok video je tak pernah pun buat. Syabassss!!!!

bez jadi budak kecik tak payah buat kerja :p

Seronok jugak buat video ni, tapi kena byk bersabarlah sebab kadang2 video tak jadilah, mcm yg terjadi pada saya, tengah syok2 rakam suara, tiba2 je mp3 kitorang ‘hang’, aduh terseksa jiwa dan batinku. Takpe, ALLAH sedang menguji kesabaranku. Malam tu pulak kitorang pun gunalah handset yg ‘canggih’, (kononnyalah). Exicted betul kitorang nak rakam, tup2 bekalan elektrik terputus, arghhh tension betul sebab tak dapat nak tengok skrip kitorang. “Takpe, semua itu ujian” bisik sahabatku, (sabar jela). Exicted lagi ni nak rakam suara (suluh pakai lampu handset), tup2 tak boleh pulak nak convert kpd mp3 menggunakan real player, jiwaku makin panas dan membakar, argghhhh!!!! Sabar2……saya pun mintak tlg kawan saya convertkan, pun tak boleh jugak, rasa nak nangis je malam tu.

Saya pun cuba2 la guna youtube downloader kot2 boleh ke, Maha Suci Allah yg berkuasa di atas segalanya, Dialah yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, dengan kuasaNya juga la rakaman suara kami dapat di convertkan, dan youtube downloader la sebagai wasilah nya. Subhanallah, sungguh hebat pertolongan Allah, disaat saya buntu dan berputus asa, Allah menghantar sahabat2 utk membantuku. Disaat saya dalam kemarahan, wasilahNya juga yg mengingatkan saya akan kesabaran. Dan segalanya berakhir dengan kebahagiaan dan kegembiraan, aku bersyukur pdMu ya ALLAH krn permudahkan segala urusan kami dalam kepayahan. (kusujud padaMu)
~sekian~
J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...