Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, September 7, 2010

kenapa dgn baldi tu?


Cucu : Tok, kenapa kita kena baca al-Quran?
Atuk : kamu pergi ambil air kat sungai hujung sana dgn baldi kotor tu.
Si cucu tu pun pergi ceduk air sepenuh-penuhnya, kemudian dia berjalan pulang ke rumah, semakin dia jalan, semakin banyak air tu tumpah. Apabila sampai di rumah, atuknya suruh pergi ambil lagi, dan perkara yg sama berulang berkali-kali. Banyak kali dia berulang alik mengambil air, tapi air tu tetap jugak tumpah, kemudian dia bertanya kpd atuk. 

cucu : kenapa atuk suruh saya ambil air ni sedangkan atuk sendiri nampak air ni tumpah2.
atuk : kamu nampak tak, baldi yg kotor tadi dah pun jadi bersih. 
cucu : apa kaitan dgn soalan saya td?
atuk : seperti baldi yg kotor td, kamu ambil air sepenuh2nya tp air tu byk yg tumpah. Tapi, di situ ada kebaikannya, baldi yg kotor td dh menjadi bersih. Begitulah hati kita, al-Quran itu penawar bg hati yg kotor, kita perlu membaca al-Quran utk membersihkan hati kita yg kotor. Macam air td, walaupun kamu bawa pulang air yg sedikit, tapi ia cukup utk membersihkan baldi itu. Begitulah al-Quran, walaupun kita membacanya dgn kadar sedikit, tp kalau kita terus-terusan membaca al-Quran, hati kita akan jd bersih sedikit demi sedikit.


al-Quran panduan hidup kita


Cerita ni sangat ringkas dan saya yakin anda boleh memahami mesej yg ingin sampaikan. Setiap orang tdk terlepas dari dosa2 kecil dan setiap dosa itu akn meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita. Oleh itu, dan kita perlu perbanyakkan istighfar agar dosa2 kecil kita itu diampunkan dan bacaan al-Quran kita dapat membersihkan setiap titik hitam yg melekat di hati kita.

~sekian~

peringatan semula bg yg sudah tau & pemberitahuan kpd yg belum mngetahui


Sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"

dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh

"waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirimsalam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita gantidengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat gunashortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaranuntuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkandia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.

~copy & paste je,,skadar pringatan sbb sbg manusia, kita lalai dan leka~

Thursday, September 2, 2010

Kongsi sikit!!


Para ulama’ mengatakan sunat bagi kita berwirid dan berzikir selepas solat, dan imam yg mengetuai bacaan wirid itu sunat mengiringkan badannya ke sebelah kanan iaitu bahu kanannnya menghadap makmum dan bahu kirinya menghadap mihrab.

Antara wirid yg selalu dibacakan : “اللهم أَجِرْنِي من النار dan hadis Muslim bin al-Hars at-Tamimi daripada ayahnya : Rasulullah bersabda :”apabila berlalunya waktu maghrib maka bacalah اللهم أَجِرْنِي من النار sebanyak 7x. Ada juga dalam riwayat lain yg mengatakan bahawa apabila seseorang itu membacanya dan matinya dia pd malam itu, maka dia akan diberi perlindungan dan apabila dia solat subuh dan membaca wirid itu kemudian dia mati, maka akan diberi perlindungan (dilepaskan dari neraka).

.................................................................******......................................................................................

PERHATIAN!!!
Sila pastikan sebutan kita betul dan tepat iaitu أَجِرْنِي  huruf jim baris bawah dan tiada syaddah (sabdu), sebabnya ada juga kadang2 tok imam sebut أَجِّرْنِي  sebabnya kalau kita baca dgn huruf jim itu dgn sabdu, maka berubahlah maksudnya. Huruf jim tanpa sabdu iaitu أَجِرْنِي bermaksud “jauhkanlah aku”, maknanya kita memohon agar dijauhkan drpd azab neraka, sebaliknya jika kita sebut jim itu dgn sabdu iaitu أَجِّرْنِي maka maksudnya berubah menjadi “masukkanlah aku”, seolah2 kita meminta supaya dimasukkan ke dalam neraka, Nauzubillah!!! Oleh itu, pastikanlah sebutan kita betul dan tepat supaya maksudnya tidak lari dan doa kita dimakbulkan Allah s.w.t..

~sekian~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...