Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, October 29, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Thursday, October 21, 2010

santai sebentar


Mari kita berhibur dgn lagu ni dan sama2 menghayati seni kata pada liriknya




Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya...




Tidakkah kita (wanita) berasa malu utk menghadap Allah dgn penuh kekotoran?

Tiada sekelumit rasakah kita utk menjadi yg terbaik di dunia dan akhirat kelak?

Kenapa kita tidak memilih menjadi jln yg sempit dan tidak ramai yg dilalui org dan menjadi asing dikalangan mereka?


Wednesday, October 20, 2010

kerja cuti sem~



Sepanjang cuti semester selama sebulan ni, alhamdulillah saya berpeluang berbakti pada kedua ibu bapa saya. Saya memenuhkan masa lapang saya dgn membantu mak & abah di gerai makan, warung ar-Raudhah nama nye, sape2 yg teringin nak datang boleh la singgah ye di ulu kinta, depan IPGM kampus Ipoh, (^_~) (promote jap.


Seronok niaga ni, sambil mengisi masa lapang dapat juga kita berkenalan dgn orang ramai. Mengeratkan silaturrahim la kate kan, sambil tu boleh gak menambahkan kenalan. Kadang2 ade ustaz2 datang, student2 datang berbincang pasal agama, boleh la pasang2 telinga, nak join bukan mahram atau seangkatan (jantina) dgn kita :)

Tapi yg pastinya, berniaga ni bkn hanya nak mencari untung semata-mata krn dalam perniagaan tak semestinya kita sentiasa mendapat untung sebab kadang2 kita akn menghadapi kerugian juga. 

Dalam Islam, perniagaan adalah utk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dgn tujuan beribadah dan mendapat pahala. Oleh itu, para peniaga sekalian betulkan la niat kita untuk mencari keredhaan Allah dgn pelaksanaan yg betul dan menepati syariat. 

Abah saya dah pencen dan mak pula memang tak kerja, inilah kerja mak saya sejak saya berusia 5 tahun lagi dan sekarang alhamdulillah masih boleh mengirup udara Allah secara percuma sehingga usia saya 19 tahun dalam masihi dan 20 tahun dalam tahun hijrah. Saya dibesarkan dalam suasana berniaga dan i love it sebabnya Rasulullah pernah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah suatu kedudukan yg tinggi di sisi Allah dan saya mahu menjadi peniaga yg jujur krn peniaga2 yg jujur dan amanah akan ditempatkan dgn para siddiqin dan para syuhada. Ia dijelaskan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi. 

Kadang2 kita ada berjumpa dgn pelbagai jenis manusia yg mempunyai pelbagai ragam yg kadang2 boleh mendatangkan marah, tapi dalam berniaga kita boleh berlatih bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi kerenah manusia yg sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Oleh itu, bersabarlah!! kerana prang yg bersabar akan diberi pahala oleh Allah tanpa perlu dihisab.

Akhir sekali melalui akhlak yg mulia dan pergaulan baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan utk berdakwah kpd mereka yg selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam. Renungkanlah~


Tuesday, October 19, 2010

cobaan!!


Minggu ni minggu yg menduga keimananku, setelah 2 tahun tidak menjengah akan diri ni, hari ni dia menjelma. Oh jasad, kuatlah kau melawan penyakit ini walaupun tak seberapa (demam je kot, hehe) kerana aku tahu ini adalah ujian drpd-Nya supaya aku lebih mengingatiNya dan sebagai penghapus dosaku.



doakan saya cepat sehat ye,,hehe kerana doa sahabat utk sahabatnya sangat dimakbulkan Allah. Moga Allah perkenankan.


Monday, October 18, 2010

sanal helwah



•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•Happybirthday ♪•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•。◕‿◕。 HaPPyBiRthDAy ToYOu ... ♪ *•.¸.¤♪•*¨*•.¸¸HaPpy BiRtHdAy tOYoU¸.•*¨*•♪♪¸¸ ¸¸.•*¨*•。◕‿◕。HaPPy BiRthDAy To YOu ... ♪ *•.¸.¤•*¨*•.¸¸HaPpy BiRtHdAytO YoU ¸.•*¨*•♪♪¸¸...mOgA PAnJAng UMon dMUrAhkAn REzewkI...

semoga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki
semoga umur yg meningkat ini juga meningkatkan lagi amalan kita di dunia ini

anak2 mu ini sentiasa menyayangimu



Thursday, October 14, 2010

aku juga WANITA



Saya sangat bangga dilahirkan sebagai seorang wanita, apatah lagi menjadi salah seorang drpd umat nabi Muhammad s.a.w. kerana sesungguhnya wanita ketika itu telah pun diangkat martabatnya dan dimuliakan Islam. Tidak seperti di zaman jahiliyyah, wanita dianggap pembawa sial dan dibunuh atau ditanam hidup-hidup, tidak ada sedikit pun peluang yg diberikan kpd wanita utk meneruskan hidup ketika itu.

Tetapi Allah telah mengangkat martabat seorang wanita dalam Islam yg dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.. Bersyukurlah krn kini kita dilahirkan dan dibesarkan dlm keadaan yg aman damai. 

Wanita diciptakan dgn penuh keistimewaan, cantiknya seorang wanita itu bukanlah pada rupa paras yg menawan, apatah lagi pd lenggok suara yg sangat menggoda. Tetapi, cantiknya wanita itu apabila akhlak dan solatnya dijaga, maruahnya dipelihara. Lembut seorang wanita itu juga bukan sbg cacat cela yg boleh diperlekehkan oleh kaum adam, malah kelembutan itulah sbg perhiasan peribadi yg indah. 

Amat mudah bagi seorang wanita itu melangkah ke syurga, senang juga dihumban dalam neraka. Saya tertarik dgn cerita seorang wanita yg menjadi antara ahli syurga yg terawal memasukinya iaitu Muti'ah. Sepanjang hidupnya, dia sangat mentaati Allah dan perintah2-Nya termasuklah ketaatannya kpd suami. Sepanjang perkahwinannya juga, dia amat mengharapkan keredhaan suaminya. Dia tidak pernah mengizinkan sesiapa menjejakkan kaki ke rumahnya walaupun tetamunya itu seoarang wanita tanpa keizinan suaminya. Dan kerana ketaatannya itulah dia telah diredhai suami dan telah menjadi ahli syurga.

Islam itu mudah dan tidak menyusahkan, tetapi kita sendiri yg menyusahkannya. Wanita, apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan serta memelihara kehormatannya dan maruah suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga yg dia sukai. Kalau kita menyediakan minuman walau hanya segelas air kosong dan suami meredhainya, maka dapatlah kita pahala yg berlipat ganda. Mudah kan, tetapi susah hendak dipraktikkan.

Duhai wanita, adakah kita menyedarinya? Kadang2 kerana bahan mulut kita, kita dicampakkan dalam neraka. Dengan kemudahan teknologi sekarang apatah lagi wujudnya laman sosial, ramai juga dikalangan isteri yg menceritakan aib rumahtangga mereka tanpa disedari dan itu telah menjatuhkan maruah suaminya, tidakkah kita menyedarinya?

Saya juga seorang wanita, dilahirkan tanpa sebarang keistimewaan. Rasulullah melihat golongan kita ini merupakan ahli yg paling ramai di dalam neraka dan saya tidak mahu diri ini dan anda menjadi salah seorang drpdnya, nauzubillah.





Maka, siapkanlah diri kita agar menjadi muslimah sejati yg mampu menggoncang dunia dgn tangan ini.

Melahirkan generasi yg sanggup berjuang di jalan Allah.

Meramaikan umat Muhammad s.a.w. dengan keimanan dan ketaqwaan.

Bukan kerosakan dan kehancuran.

Jangan biarkan diri dinodai.
Hiasilah peribadi dgn akhlak terpuji.

Monday, October 4, 2010

saYa saYanG IBU


Hari ni salah seorang kawan saya yg belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia ini pulang ke rumah, katanya hendak menghantar barang kpd ibunya di rumah. Sedangkan hari ini hari isnin, baru je lepas cuti. Tapi saya mengagumi pengorbanan dia terhadap ibunya walaupun terpaksa merempit selama kira2 6-7 jam pergi dan balik selama sehari. Betapa pengorbanannya mengatasi segalanya, meredah hari yg panas demi menghantar barang pd ibunya. 

Cuba letakkan diri kita dalam situasinya, adakah kita akan berkorban juga atau mengadu penat la, tak sempat, kenapa tak suruh hantar je masa cuti hari tu? Tepuklah dada tanya iman kita, sejauh mana pengorbanan kita terhadap ibu kita sedangkan dalam hadis ada menceritakan, drpd Abu Hurairah r.a. berkata : seorang lelaki telah bertanya kpd Rasulullah "siapakah yg paling berhak berbuat baik pdnya?" baginda menjawab : "ibumu" (sebanyak 3x) kemudian "ayahmu." (riwayat Bukhari)





Teringat pula saya kat emak di rumah, rindunya pd dia dan pasti dia juga merinduiku, hehe. Teringat ibu, teringat pengorbanannya yg sangat besar sejak kita dilahirkan sehingga la ke akhir hayatnya atau ke akhir usia kita. Tidak dapat dihitung berapa banyak yg telah dikorbankan dan berapa nilai setiap pengorbanannya. Kita semua dah besar dan masing2 mempunyai otak yg bergeliga utk berfikir mengenainya. Sebab saya tidak berhajat nak bercerita panjang, Cukup sekadar membuatkan kita merenung sejenak dan seketika, tak rugi pon mengenangkan jasa ibu kita. Ia sekadar renungan dan muhasabah utk diri kita pd masa akan datang. Wallahu'alam....


Saturday, October 2, 2010

bOnGGoL uNta wAniTa


Nowadays, semakin banyak fesyen yg menjadi ikutan umat zaman sekarang. Kadang2 kita tidak sedar ataupun sengaja tak mahu menyedarkan diri kita akan hakikat ni. Sedangkan kita semua tahu baginda Rasulullah pernah diisrak mikraj kan dan dilihat golongan majoriti di neraka kelak adalah golongan wanita, adakah kita sebagai kaum hawa tidak merasa atau tercuit sikit akan peringatan baginda itu?


Saya tidak bercadang utk memangjangkan kalam kerana semua pasti tahu akan dosa menunjukkan aurat kepada ajnabi dengan sengaja. Sepanjang minggu peperiksaan ini, saya men'cuci' mata je pandang pengawas peperiksaan yang ala2 mak datin gitu. Tetapi lemahnya imanku ini kerana tidak menegur kesalahannya, astaghfirullah moga Allah mengampunkan ku.


Rata2 sudah tahu fesyen apa yang sering ditonjolkan dan menjadi ikutan setiap orang, iaitu memakai tudung tetapi menayangkan sanggulnya. Betul ke wanita boleh bersanggul tinggi selagi menutup aurat? "Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)." Sudah terang lagi bersuluh menyatakan sanggul itu dilarang malah turut mendapat kutukan dari Allah, tak takutkah kita dengan laknat Allah jika menimpa kita?nauzubillah. Janganlah kita mendengar dari satu pihak saja, macam dalam paper ni (saya tak tahu keluaran mana), sewajibnya kita bertanya kepada alim ulama atau ustaz2 yg lebih mengetahui kerana Rasulullah bersabda : "penawar bagi tidak tahu itu dgn bertanya."


fesyen terkini la kononnya

jangan tiru


 AURAT ITU TINGGI NILAINYA

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kata2 Safiyah, katanya : "ketika kami berada di sisi Aishah, kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy. Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga. Tetapi, demi Allah aku tidak melihat kelebihan tersendiri yg ada pd wanita Ansar. Mereka amat beriman kpd kitab Allah dgn apa yg diturunkan oleh Allah kpd mereka. Telah turun ayat 31 surah an-Nur yg memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan tudung mrk sehingga tdk menampakkan lagi perhiasan. Demikian juga dgn lelaki mrk, apabila pulang ke rumah mrk terus membaca ayat trsebut kpd kaum keluarga mrk yg perempuan. Setelah mendengar ayat itu, kaum kerabat mrk yg perempuan mengambil kain dan menutup kepala dan muka mrk demi mematuhi perintah atay tadi. Kelihatan mrk berjalan di belakang Rasulullah dlm keadaan menutup seluruh tubuh dgn pakaian hitam bagaikan gagak2 hitam."





Jika anda (wanita brbaju kurung contohnya) berjalan di satu jalan dan terdapat banyak tahi lembu atau yg sewaktu dgn nya, apakah respon anda? Angkat kain anda shingga menampakkan sedikit batang kaki anda supaya tdk terkena tahi dan berjalan melepasinya? Atau berjalan tanpa menghiraukannya?

Ummu Salamah, isteri baginda yg terkenal dgn akalnya prnah bertanya : "aku termasuk wanita yg memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor, terkena kekotoran di pakaianku." Rasulullah menjawab : "cucuilah (bersihkan) selepas itu." (riwayat Abu Daud dgn sanad soheh).

Hadis ini menjelaskan bhw Rasulullah lbh mementingkan penjagaan aurat drpd kekotoran krn kekotoran lumpur mudah utk dicuci ttpi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan org lain pun turut terpalit dgn dosa yg sukar utk dibersihkan.

Friday, October 1, 2010

peperangan



~si comel sedang tekun mengulangkaji~

3 paper je lagi

-maqal-
-pendidikan kenegaraan-
-nahu & sorof-

STUDY!!!!!



~jangan tiru aksi ini~

Dua minggu yg membuatkan semua pelajar menjadi seperti cacing kepanasan

siapakah yang akan keluar awal dari dewan peperiksaan?

GOOD LUCK!!!!




~saat yang dinantikan oleh semua pelajar~

*mahligai*
*6.10.2010*
*10 am*
*tesco-medan gopeng*
perjalanan bermula menuju ke destinasi-ipoh dan akan bermastautin selama sebulan

~Hati2 dalam perjalanan

Jaga diri, hiasi peribadi~

SELAMAT BERCUTI


J

berdiam diri

Hampir sebulan kot aku tidak meng'update'kan blog ini, terasa rindu pada teratakku yg satu ini. Diakui saya sendiri tidak mempunyai idea utk dikongsikan dan dimasukkan dalam blog saya ni, sebab tu saya mendiamkan diri dan menyepi lama. Saya tidak mempunyai banyak ilmu yg boleh dikongsikan bersama para pembaca, saya bukanlah penulis yang berbakat tetapi sebolehnya saya akan menyampaikan apa shj yg saya tahu kerana kewajipan menyampaikan walau satu ayat sangat penting hatta Rasulullah juga pernah bersabda dan rata-rata manusia mengetahuinya. Kalau ditanya, akanku jawab "sibuk, tak sempat, tak tau nak masukkan entry apa." Dan saya tak tahu apa yang saya sibukkan, adakah dengan perkara kebaikan atau keburukan?
Sepanjang masa yang terluang itu adakah diisi dengan sebetulnya? Makin dekat atau makin jauhkah aku dengan Sang Pencipta? Jikalau aku semakin jauh dengan-Nya (nauzubillah), alangkah ruginya aku



..............................................................................****.............................................................................

Ya, sebagai manusia kita sibuk dgn urusan dunia. Banyak yang perlu difikirkan, sebagai pelajar kita memikirkan tentang pelajaran yg tidak sudah2, assignment yg tidak siap2. Sebagai pekerja pula, hendak memikirkan bagaimana menambahkan harta kekayaan utk memberi makan kepada anak bini di rumah. Tetapi kadang2 kita terlupa, apa yg telah kita lakukan kepada kedua orang tua kita sbg anak? Ibadat kita sbg hamba?

Saya sendiri terlalu sedikit amal ibadah yg dilakukan. Walaupun menyepi terlalu lama, apakah diri ini semakin mampir kepada Dia? Apabila kita banyak bergelumang dengan tanggungjawab kita dalam urusan dunia kekadang kita terlupa dan terleka sehingga kita melanggar batas keyakinan kita terhadap Rububiyyah kita kepada Allah. Sehingga kita lebih terpengaruh kpd teori yg dilontarkan oleh golongan kafir, fasik dan munafik. Oleh itu, beruzlah cara yg terbaik supaya kita kembali mengingati akan kebesaran Allah dan bermuhasabah kembali sebaik mungkin. 

Diri ini hendak menjadi baik dan terbaik dalam semua hal. Bukan saja baik dari segi pemakaian, tetapi pertuturan agar mengeluarkan kata2 yg elok. Akhlakku supaya tidak lagi menyakiti jiran tetanggaku. Dan pastinya ibadahku supaya semakin hampir dengan-Nya. Insya-Allah!!!

cantiknya dia


Saya amat mengagumi sesiapa sahaja yg memakai purdah kerana mungkin dia memelihara kehormatannya dengan memakai purdah dan saya beranggapan mereka sangat kuat melawan nafsu, dan mesti memiliki ilmu yang sangat mendalam tentang agama. Saya juga mempunyai beberapa orang kawan yang memakai purdah. Ya, saya juga pernah berhasrat utk memakainya dan saya mohon keizinan kedua orang tua saya, ayah saya tiada masalah tetapi ibu saya tidak melarang dan tidak pula mengizinkannya. Saya masih belum mampu melaksanakannya apabila melihat diri sendiri masih banyak kekurangan.

BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR
Purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah kita menginjak pakaian isteri nabi2 ini dengan tohmahan pada anda? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya.

Di sini ada beberapa komen dari golongan syabab yang bukan mahram :
·         berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.
·         berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.
·         berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.
·         berniqab kerana ingin berfesyen.
·         berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita, contohnya: berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.
·         berniqab tapi pakaian menjolok mata
·         berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah {ini yang dicari}

Dengan adanya laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya, tidak bermakna kita bebas menunjukkan yg tidak sepatutnya. Berpurdah tetapi menayangkan gambar di dalamnya. Hal ini juga boleh mendatangkan fitnah kepada wanita yg berniqab di luar sana. Bagi mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing. 




APA HUKUM MEMAKAI PURDAH?
Ada sesetengah ulama’ berpendapat bahawa purdah ini wajib, tetapi tidak bagi jumhur ulama’. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. 
(al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain.)
Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut: “Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya (shahwat)”
 (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.

-Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهمَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ النَّبِيِّ
فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْه
يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ فَجَعَلَ النَّبِيُّ

Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya ibn `Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla, jld 2, m.s. 248)


p/s : kepada pemakai2 purdah sekalian, jagalah diri antunna sebaiknya dan semoga antunna kuat dan istiqamah dgnnya. J


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...