Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, November 25, 2010




Mood : SEDIH !!

Sejak akhir2 ini aku sentiasa dikunjungi perasaan sedih dan aku sendiri tidak mengetahuinya

Oh Tuhan !! Tabahkan hati hambaMu ini.

Peganglah hatiku ini ya ALLAH

ATHIRAH mesti kuat menghadapi segala ujian yg melanda.

Sunday, November 21, 2010

aku sedang berduka


Ya Allah Ya Rabbi (3x)
Ya Allah 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi (3x)
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi (3x)
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi (3x)
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku


****


Lagu ini didendangkan oleh penyanyi indonesia yg terkenal dgn lagu cari jodoh, wali band.

Saya tertarik juga dengan seni katanya yg ringkas tetapi mempunyai maksud yg tersirat dan amat bermakna. 

Kita bermohon supaya Allah tidak menguji dan membebankan kita dengan sesuatu yg tidak sanggup kita hadapinya. Aku juga begitu, setiap kali ditimpa sesuatu aku rasa aku sangat lemah dan tidak mampu lagi menanggungnya. Seringkali menitiskan air mata untuk memberi ketenangan dan mengjilangkan sedikit tekanan.

Oh Tuhan !

Namun Islam itu indah, seperti yg tertulis di lirik itu, "bila memang Kau coba, aku pun percaya Kau sayang padaku"

Allah tidak membebani hamba-hambaNya dgn bebanan yg tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62) 

****

Kala itu, marilah kita menghampiri sejadah. Sujudlah padaNya agar diberi ketenangan. Mohonlah ! Tiada yg layak dipohon melainkan Allah s.w.t. yg Maha Mendengar dan Maha Penyayang.


[image-34-1.gif]

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Saturday, November 20, 2010

jangan pandang ringan





Islam amat memandang tinggi terhadap akhlak umatnya. Sebagaimana Allah memuji akhlak baginda Rasulullah dalam surah al-Qalam ayat 4 : "sesungguhnya engkau (Muhammad) benar2 berakhlak yg agung"

Daripada Anas b Malik r.a berkata " sesungguhnya Rasulullah adalah manusia yg memiliki sebaik-baik akhlak " - muttafaqun alaih


****

Akhir zaman ini, manusia tidak lagi mempedulikan akhlak dan maruah diri. Masing-masing terlalu taksub dan memuja-muja budaya barat yg semakin menonjol di negara kita yg kononnya dilabelkan sbg negara Islam contoh.

Mungkin banyak di antara kita yg terlalu mengejar kekayaan ilmu. Ya, tidak salah kita berebut-rebut dan tamak untuk mendapatkan ilmu yg bermanfaat, tetapi tidak malukah kita jika kita dilabelkan sebagai yg anak yg kurang beradab terhadap orang tua? Seorang graduan ijazah dari dalam dan luar negara, tetapi tidak pandai menghormati orang lain?

Sebagai contoh, baru-baru ini saya menonton satu perlawanan besar (kat tv je, hehe), perlawanan antara negara ______(islam) dgn negara ______(bkn islam)(tak perlulah saya nyatakan, ckup sekadar cth). Pasukan negara Islam tersebut sepatutnya menunjukkan akhlak yg mulia kerana di situlah kelebihannya sebagai negara Islam utk menyebarkan dakwah melalui permainan itu. Sekiranya akhlak baik yg ditonjolkan, Islam pasti akan di pandang tinggi.

Malangnya, sikap memperlekehkan makhluk Allah yg bkn seagama dgn kita pula yg dipertonjolkan. Alangkah malunya !




Itu belum lagi kita lihat pada pakaiannya, masya Allah ! Tepuk dahi saya melihatnya. Wanita Islam tidak berkerudung. Ya, memakai tudung itu tidak wajib, tetapi MENUTUP AURAT itu adalah WAJIB ! Teringat saya akan ayat sir saya, "matlamat tidak menghalalkan cara." Walaupun matlamat mereka hendak bermain, tetapi syarak tidak pernah melonggarkan batasan aurat walau sebesar zarah sekalipun, inikan pula mendedahkan separuh daripadanya. Astaghfirullah !

Nabi akhir zaman telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak umat jahiliyyah ketika itu. Bukan hanya utk mereka tetapi sbg panduan dan contoh tauladan yg harus diikuti kerana baginda mendapat pujian daripada Allah kerana ketinggian akhlaknya bahkan baginda sendiri telah menegaskan “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.”(HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau mensahihkannya).


Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada aklak yang baik, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam :“ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, dishahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda beliau : “ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, dishahihkan al Bani. Lihat Ash Shahihah juz 2 hal.535).


Dalam hadis-hadis tersebut sudah jelas bahawa Islam amat memandang tinggi akan akhlak umatnya. Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah dari segala segi. Dengan akhlak juga insya Allah kita dijauhi dari anasir-anasir jahat yg akan mengganggu kita terutamanya wanita.

Semoga Allah memelihara akhlak kita semua.

Islam itu terhijab dengan orang Islam.

mari menghayati


Bismillah - dengan nama Allah

Antara kekhusyukkan yg boleh kita perolehi adalah dgn menghayati maksud2 bacaan kita dalam solat. Mungkin selama ini kita mengetahuinya, tetapi tidak mengamalkan. Rugilah ilmu itu jika tidak diamalkan.


Allahu Akbar

Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Tuesday, November 16, 2010

pengorbanan mereka


~Selamat menyambut Eidul Adha kepada umat Islam seluruh dunia~


Esok 10 zulhijjah bersamaan 17hb November, tibanya hari yg dinanti. Meraikan hari raya aidiladha. Apabila tibanya hari raya aidiladha, pasti kita akan mengingati sejarah pengorbanan nabi Allah Ibarahim terhadap anaknya yg diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihnya.

Peristiwa lain pula, menyaksikan pengorbanan putera Adam a.s. Habil yg ikhlas lillahi taala. Habil dan Qabil diperintahkan Allah swt supaya mengorbankan sedikit ternakan dan tuaian mereka utk memilih siapakah yg layak menyunting Iklima sebagai isteri. Ternyata korban Habil diterima.


Sedang kita asyik mengingati pergorbanan para anbiya' kita, masihkah kita ingat akan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya? Kisah ibu Musa a.s yg mehanyutkan anaknya ke dalam sungai nil demi melihat anaknya membesar dgn baik.

Ketika mengetahui si anak selamat, si ibu melepaskan nafas lega. Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu apabila sanggup melepaskan yg dikandungnya dibela oleh orang lain.


Teringatkah kita pada Hajar ibunya Nabi Ismail, yg rela ditinggalkan suami ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung-ganang. Dibiarkannya bersama anak yg masih kecil. Si ibu tabah membesarkan anaknya itu.

Tika Allah memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya itu, bagaimanakah perasaan ibu itu? Tidak sedihkah? Marahkah?

Tidak! Tidak sedikit pun perkara negatif timbul di benaknya. Ah, sungguh mulia hati si ibu! Demi melaksanakan perintah Allah, ibu terima dgn hatinya rela dan redha.



*******


"setitis ait mata ibu, yang gugur kerana kesedihan. Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan. Tertutup pintu syurga, jika tiada keampunannya"

Sayu hatiku mendengar lagu yg didendangkan kumpulan FarEast. Oh ibu! Betapa besarnya pengorbanan yg telah kau berikan. Sembilan bulan kau kandungkan aku, membesarkan aku dgn limpahan kasih sayang sehingga kini. Tidak jemu melayan kerenahku yg nakal dan bermacam-macam pe'el.


Sedarkah kita akan pengorbanan ibu kita itu? 

Susahnya menjaga anak perempuan melebihi kesusahan membela kambing sekandang, tapi ibu tak pernah merungut. Bahkan menatang kita dengan minyak yg penuh. Membasahi dahi dengan keringat utk membesarkan kita. 

Tidak cukupkah lagi pengorbanan itu?
Pernahkah kita mengucapkan terima kasih?
Saat ibu terluka kerana kita, pernahkah kita memohon ampun padanya?
Saat ibu memejamkan mata utk selamanya, apa lagi yg mampu kita lakukan?  

Aku bermohon padaMu ya Allah, panjangkan usiaku supaya aku masih mampu berbakti pada kedua orang tuaku. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka. Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil.

Seandai mereka tiada lagi di dunia ini, tempatkan mereka bersama kekasihMu. Ku bermohon padaMu!


Monday, November 15, 2010

mOhoNLah

Kita sebagai anak, seringkali meminta itu ini pada mak ayah kita. Kadang2 kita dapat, kadang2 kita tak dapat apa yg kita mahukan. Namun, dalam masa yg sama adakah kita memohon pada pencipta kita? Ya, kita sudah memohon tetapi permohonan kita mungkin dimakbulkan dan kadang2 tidak termakbul.

Kenapa?
Sudahkah kita selidikinya?

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

Allah swt sudah berjanji akan perkenankan doa hamba2-Nya yg berdoa. Masakan Allah memungkiri janjinya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, tetapi hamba2-Nya lah yg seringkali menjauhkan diri daripadaNya.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Sudah cukup berimankah kita kepada Allah?


CERITA BENAR~

Saya teringat satu cerita seorang sahabat, dia dalam perjalanan ke Kuantan menaiki bas dan perjalanannya itu merupakan perjalanan pertama ke negeri Darul Makmur seorang diri. Biasalah kalau naik bas malam, sudah pasti tidur itu lebih mengasyikkan. Bismikallah......

Sedang dia lena diulit mimpi, dia tidak sedar handphone nya tercicir. Terjaga dari lena, menggelabahlah dia mencari. Air mata bergenang di pelopak mata, sedih ! Tetapi di kala itu hanya satu sahaja yg terlintas di hati "ya Allah, bantulah hambaMu ini" sambil teresak.

Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang, Maha Mendengar, segala kekuasaan hanya milik Allah. Segala pengharapan diserahkan kepada-Nya, betapa besarnya nikmat Allah apabila terjumpa semula handphone di celah2 kerusi. 


SEDAR

Ya, mungkin kita boleh katakan dia tu hanya bernasib baik. 
Senangnya dia mohon, hanya dgn kalimah itu je boleh jumpe??

Saya beranggapan bahawa ramai yg tahu doa dari seseorang kepada seseorang itu juga dimakbulkan Allah. Ya, ketika sahabat itu 'menggeledah' bas itu, dia meminta tolong seorang penumpang ni, dan mungkin penumpang itu mendoakan dia. Maka, doa itu dimakbulkan !



Janganlah kita hanya berdoa dikala susah. Ketika senang juga kita perlu berdoa agar doa kita lebih mudah dimakbulkan ketika susah.

“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3382. Dihasankan oleh al-Albani di dalah Shahih Sunan at-Tirmidzi)





Sunday, November 14, 2010

:)





 "carilah tarbiyah di peringkat kampus sbg ahli di peringkat kita. anggap la ini harapan dr seorang sahabat sblm dia tiada"


Aku bangga mempunyai sahabat sepertinya, membimbing diri ini keluar dari sarang kejahilan. 
Aku bangga kerana temanku sejak kecil kini membesar dengan pegangan agama yg mengagumkan.

Aku sendiri malu berhadapan dengan temanku ini. Betapa besarnya nikmat yg Allah kurniakan kepadaku. Teman seperjuangan ketika di bangku sekolah rendah, bertemu kembali setelah sekian lama . 


Sejak itu, aku merasakan bahawa hidayah Allah terlalu hampir buatku. Aku bersujud padaMu dengan serendah hati batapa aku sangat mensyukuri nikmatMu yg tidak ternilai.




“Inna rahmati wasi’at kullu syai’”
Itulah yg Allah katakan kpd kita untuk mengingatkan betapa luasnya kasih sayang Allah terhadap makhluknya. "Sesungguhnya kasih sayang-Ku meliputi segala sesuatu.” Dan Allah tak pernah berdusta atas apa yg dijanjikanNya. Allah Yang Maha Rahman, Allah Yang Maha Rahim.

Abu Hurairah ra berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbagi dalam seratus bagian. Dia menahan 99 bagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bagian ke bumi. Dari satu bagian itulah para mahluk saling mengasihi, sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya karena takut melukainya.” (HR. Musim)

Kasih sayang-Mu saat ini hanyalah satu bagian dari seratus bagian yang ada. Dan dengan satu bagian saja ini aku sudah sangat merasa gembira. Begitupun dengan manusia dan mahluk hidup lain. Semua merasa nyaman atas kasih sayang itu. 



Wednesday, November 10, 2010

barakallah



بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

semoga Allah merahmati dan melindungi kebahagiaan masjid yg baru sahaja dibina oleh kakanda saya yg amat saya sayangi. 

jadilah isteri solehah yg menyenangkan suamimu.

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 


tiba masa & sampai jodohnya :

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1) 

:)

diam kan sahaja




Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

~selawat~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...