Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, March 28, 2011

Selamat tinggal belasan, selamat datang puluhan


20 tahun sudah saya bernafas di bumi Allah tanpa sedikit bayaran dan kesusahan. Terima kasih kepada kawan2 yg wish my birthday (^^,). Hanya beza dua hari selepas kakakanda saya. 

Dalam usia ni, dah boleh kahwin kan ^.^ 

Macam mana ye kehidupanku selepas berumah tangga ?

Selama 20 tahun ini, tak pernah sedikit pun merasa kekurangan kasih sayang, tidak pernah berasa kebuluran, tak pernah dihalang untuk mencari ilmu malah dibantu lagi. 

Apa yang ingin saya katakan, saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yg telah berpenat lelah membesarkan dan mendidik saya. Saya tahu, bukan senang untuk mendidik anak perempuan. Kepayahannya lebih terasa daripada menternak 10 ekor lembu. 

Perempuan, banyak kerenahnya. Mudah emosi dan nafsunya banyak. Masa kecik nak itu, nak ini. Tapi mak dengan abah masih tetap melayan dan memenuhi permintaanku ini. Terima kasih mak & abah !

Masa besar, mak abah hantar belajar kat ubuversiti pula. Duit belanja sentiasa dihulur. Penat lelah mak abah, keringat yang membanjir, tak akanku lupakan. Terima kasih mak abah !

Seorang ibu yang mempunyai anak perempuan sekurang2 nya 3 orang dan dapat menggembirakan hati mereka, maka Allah menjanjikan kebaikan kepadanya. Dan kini saya bahagia dan gembira dengan didikan kalian.

Moga kalian mendapat rahmat di sisi Nya. Doaku mengiringi kalian sentiasa.

Kasih sayangmu tiada ternilainya

Tiada yang mampu kubalas dengan kasih sayang yang telah kalian limpahkan kepadaku walau dengan harta yang menggunung atau pangkat yang besar. Pintaku daripadaMu, tempatkanlah mereka bersama kekasihMu dan di antara orang2 yang beriman.


Perkenankanlah !!!

Thursday, March 24, 2011

saengicukahamnida ~~


Salam Eid Milad ~

Dia seorang wanita yang tegas, tetapi penyayang. Berkelulusan diploma teknologi maklumat. Cantik orangnya. Status berkahwin pada 6 november 2010. 

Diberi nama Nurul Huda binti Ismail, dilahirkan pada 24 mac 1981. Dialah kakandaku, kini genap usianya 30tahun. Selamat hari lahir akak. Moga dirimu dirahmati Allah.







Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. 


Pelik. Dia seorang yang sangat garang, hampir setiap hari memarahi saya seoalah-olah ada api kebencian di hatinya. Jarang melemparkan senyum apatah lagi hendak bersembang mesra dengan saya. Sepatah dia tanya sepatah la saya jawab. Memang kering je masing-masing. Kadang-kadang kena cubit, bila teringat memang berbisa. Pedih ! Menyampah pun ada kadang-kadang tu. Asyik kena marah je. Bosan.

Tapi.....
Hasil daripada cubitan berbisa dan tengkingan bak menyeringa, saya kini boleh berbaik dengan dia malah sangat rapat. Sejak tu, baru la saya sedar marah2 kakak bukan kerana benci tapi kerana sayang. Marah sebab tak nak saya jadi pemalas dan sebagainya. Bak kata orang, air yang dicencang tak kan putus.

always in my heart ! 



Wednesday, March 16, 2011

apa nak jadi


Dunia di akhir zaman, pelbagai ragam manusia kita lihat. 

Banyak berlaku penyelewengan dalam pemerintahan, penyeludupan secara haram dan sebagainya. Di manakah kejujuran dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pimpinan ?

Kakak saya pernah cerita, sekumpulan kambing selalu berkeliaran di hadapan kedai makan kami. Suatu hari, kambing2 tersebut berjalan-jalan (sebenarnya merayap) di sekitar kedai kami tanpa pengawasan pemiliknya. Tetapi kambing2 itu diawasi oleh dua ekor anjing hitam yang diamanahkan oleh tuannya untuk memerhatikan kambing2 itu. 

Saat anjing2 itu nak menghalau kambing2 tersebut pulang, didapati seekor kambing hilang. Tentu kita akan fikir, mesti anjing tu buat tak tahu je. Tapi sebenarnya, anjing tu setia menunggu kambing tu pulang bersama kumpulannya sehingga cukup.

See !!! Anjing pon pandai menjaga amanah. Sangat bertanggungjawab. Penyabar.

Inikan pula kita sebagai manusia yang merupakan makhluk paling mulia di sisi Allah. Tegarnya kita mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan. Apatah lagi yang telah dipilih oleh rakyat.

Sempena pilihan raya yang akan datang ni, sama-samalah kita meng'transformasi'kan minda kita. Pilihlah pemimpin yang akan menegakkan kalimah ALLAH dengan tinggi, agar ISLAM tertegak di negara ini.

Renung-renungkanlah ~~

Sunday, March 6, 2011


Mood : tak sabar nak balik rumah 


nak tengOk juga citer hantu mak limah ni..ce citer..ce citer

(^^,) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...