Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, April 29, 2011

Sejauh Mana Kita Menyayangi Ibu Kita ?




Kasih ibu tiada sudahnya. Kasih anak terletak di mana ?

Laila, seorang gadis pekan yang agak kekurangan kewangannya. Tamat persekolahan dan terus membantu kedua ibubapanya meniaga di tepi jalan demi mencari sesuap rezeki. Namun, kekurangan itu ditutup melalui tutur katanya yang molek. Taat kepada kedua ibubapanya. Gayanya yang sopan dan manis pula orangnya. 

Laila anak sulung daripada 8 orang adik beradik dan adik-adiknya masih bersekolah dan ada yang masih kecil.

Setiap hari Laila akan membantu ibunya di kedai. Menjual kuih-muih di awal pagi, pisang dan ubi goreng pada petangnya. Berjemur dengan kuali panas, cuaca yang terik. Tidak sekalipun Laila merungut akan hal itu. 

Suatu hari, ketika Laila sedang mengupas pisang dan memotong ubi, ibunya sedang menggoreng di tepi kuali yang panas itu. Tiba-tiba Laila terpandang sebuah lori yang sudah hilang kawalannya dan semakin menghampiri ibunya itu. Laila berlari sambil menjerit meminta ibunya lari dari situ. 

Belum sempat ibu berlari menyelamatkan diri, Laila menarik lengan ibunya dan kemudian sisi lori itu telah menolak Laila, dan dia terjatuh di atas kuali minyak panas itu. Laila meraung kesakitan, si ibu menangis kesedihan.

"Laila, apa kau dah buat ni nak ?"

"Ibu, saya sayang ibu."

"Kenapa kau buat macam ni Laila ?"

"Ibu, hanya ibu yang satu di dunia ini. Tiada yang dapat menggantikan ibu. Biarlah Laila bekorban demi kasih Laila pada ibu. Anak boleh diganti dengan anak-anak ibu yang lain. Kalau ibu pergi, tak ada siapa yang boleh menggantikan ibu. Tak ada."

*****

Kisah ini hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Terfikir sejenak.

Sejauh mana kasih sayang aku pada ibu ?

Sanggupkah aku berkorban untuk ibu ?

Tuesday, April 26, 2011

Tok Wan dalam ingatan



Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai MATI.
DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita akan dikembalikan.


Bersediakah kita ?


Pada Khamis malam Jumaat lalu, tok wan saya telah menghembuskan nafas yang terakhir dan telah pergi bertemu denganNya. Al-Fatihah.


Sedih. Tapi itulah hakikat yang perlu diterima.


Alhamdulillah, arwah pergi dengan tenang. Tiada raungan kesakitan kedengaran walaupun arwah meninggal disebabkan jatuh motor dan orang melanggarnya.


Sukar dibayangkan kesakitan yang dialami, kemungkinan boleh koma. Tapi alahmdulillah, arwah kuat walau usianya 80tahun. Arwah masih ingat sembahyang, puasa dalam keadaan itu. Meronta untuk bangun mengambil wudu'. Sungguh tabah dan cekal.


Namun, masanya terlalu singkat dan mungkin Allah tak mahu menyeksanya di dunia ini lalu arwah dijemput Ilahi selepas maghrib kira-kira jam 8:30 malam. Subhanallah, tok wan tunggu jumaat rupanya.


Semoga Allah permudahkan segala urusannya di sana. Mohon doa kalian untuk tok wan saya dan kepada ummat Islam lain yang telah kembali ke rahmatullah.



Wednesday, April 20, 2011

Hidup Tidak Selalu Sempurna

 Tak semua orang yang lahir di dunia ini sempurna. Mungkin dari segi fizikal, mental, pendidikan, kehidupan dan sebagainya. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Bahagialah kita sebagaimana yang telah dicipta dan dikurniakan kepada kita. 

Kenapa ?

Sebab Allah Maha Mengetahui, ada hikmah dan kebaikan disebalik ciptaan yang kita anggap kurang sempurna. Ucapkanlah alhamdulillah ! Jangan kita kufur akan nikmat Ilahi.

Teringat satu kisah yang pernah disampaikan oleh ustaz saya. Kisah ini berlaku di negara timur tengah dan saya kurang pasti di mana. Sepasang suami isteri yang baru sahaja bernikah teringin memiliki cahaya mata yang akan menjadi penyeri rumahtangga mereka. Tanpa anak, kekayaan mereka tiada maknanya.

Alhamdulillah, suatu hari mereka mendapat khabar gembira apabila hajat mereka dimakbulkan. Mereka menanti hari bahagia itu dengan sabar dan sentiasa inginkan yang terbaik buat anak mereka. 

Apabila tiba saatnya, terdengar tangisan bayi yang melegakan hari pasangan tersebut. Bayi mereka sangat comel, terasa hidup sudah sempurna dan lengkap dengan kedatangan orang baru dalam hidup mereka. 

Namun, kegembiraan hanya seketika cuma. Terdapat sedikit kecacatan pada bayi itu apabila bayi tersebut memiliki 11 jari di kedua belah tangannya. Si ayah dan ibu yang mempunyai banyak harta itu bertekad hendak membuat pembedahan ke atas bayi mereka bagi membuang lebihan jari tersebut.

Pembedahan berjaya. Anak mereka kembali normal.

Tahun-tahun seterusnya, mereka mendapat khabar berita apabila si isteri bunting buat kali keduanya. Gembira tidak terkata pasangan itu.

Saat kelahiran keduanya, bayi tersebut juga dilahirkan tidak sempurna. Kali ini bayi itu hanya mempunyai 9 jari di kedua belah tangannya. Hendak menjalankan pembedahan pun tiada gunanya.

KESIMPULAN

Tidak perlu untuk mengubah sesuatu yang telah dicipta untuk kita. Walau tidak sempurna manapun kejadian itu, pasti ada kelebihan di sebaliknya.

Walau kita tidak punya harta yang banyak, mungkin ilmu boleh mengisi kekurangan itu. Jika kecantikan tidak menghiasi wajah, namun biarlah akhlak yang indah membaluti diri. Andai kita bukan yang terbaik di mata manusia, biarlah kita yang terbaik di mata Nya.

Monday, April 18, 2011

Tetamu yang membawa berkat




Beberapa hari yang lalu, warung ar-Raudhah dipenuhi ramai tetamu. Penuh sehinggakan pelanggan yang datang terpaksa berpatah balik kerana tiada tempat kosong untuk pelanggan lain. Sampaikan taukey dengan anak-anak buahnya pun tak cukup tangan untuk melayan pelanggan-pelanggannya.

“Hari ni ramai dengan pensyarah-pensyarah kan mak,” kata anak taukey.

“Ada tetamu yang membawa berkat,” katanya.

-------------------------********------------------------------

Jamilah, nama diberi. Secantik wajah seanggun rupa. Senyuman di bibir tidak pernah lekang tapi masih bertempat. Sentiasa dibaluti hiasan peribadi yang indah.

Puan Jamilah, seorang pensyarah di sebuah Institusi Pendidikan Guru di sini. Seorang yang simple tapi menarik. Cantik. Berpakaian indah yang menepati syarak. Moden namun menutup. Bergaya tetapi sopan. Elegant.

Saya kurang mengenalinya, tapi setiap kali dia singgah ke warung kami, mesti pelanggan ramai. Walau tak penuh tapi masih ramai.

Apa amalannya ?

Saya tak tahu, tapi apa yang terzahir melalui peribadinya, beliau seorang yang tidak lekang dengan senyuman. Bertegur sapa dengan saudara-saudara seIslam yang lain. Setiap kali beliau datang ke warung kami, beliau mesti belanja pekerja-pekerja institusi berkenaan tanpa pengetahuan mereka. Ibarat tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri.

Bukankah Allah itu Maha Adil ?

Setiap perbuatan akan mendapat balasan walau hanya sebesar zarah sekalipun. Itulah yang berlaku kepada beliau. Bukan hanya beliau yang mendapat balasan, malah kami turut mendapat tempiasnya. Inilah dia tetamu yang membawa berkat. Berkat jalinan persaudaraan yang dibina membawa kemurahan rezekinya. Berkat duit yang dihulurkan untuk membantu rakan-rakan juga membawa rezeki kepada kami :)

Subhanallah !!

Mulia sungguh peribadinya. Semoga menjadi motivasi kepada diri ini. Kepada kaum hawa dan kaum adam yang lain. Selamat beramal. 


Saturday, April 16, 2011

sudah dikemas kini ;)



Entah kali ke berapa saya tukar-tukar template blog ni. Alhamdulillah untuk kali ni saya berpuas hati dengan hasilnya walaupun saya tahu tak cantik ('',) tapi persepsi orang terhadap suasana blog saya, saya tak kisah janji apa yang saya hasilkan memuaskan hati saya dan anda yang membaca.


Sebelum ni saya rasa macam ada yang tak kena dengan blog ni, dari segi penulisan dan kekemasannya. Mungkin penulisan saya agak tunggang-langgang atau mungkin juga terlalu panjang dan membosankan. Ayat-ayat yang tidak tersusun dan mungkin juga bahasa yang kurang enak. Suasana blog yang terlalu padat dan tidak ceria. Saya tak tahu.


Andai ada bahasa-bahasa saya yang kurang enak, kurang digemari dan mungkin ada yang terasa hati, saya mohon kemaafan. Komen-komen anda amat dititikberatkan dan dialu-alukan.


Saya tidak akan menulis sesuatu entry yang terlalu panjang sebab bagi saya, tak semua orang suka membaca artikel yang panjang termasuklah saya. Saya suka menulis dengan ringkas dan seboleh-bolehnya saya akan menulis daripada hasil tangan saya sendiri.


Sebelum ini saya hemtam keromo je, tapi insya Allah saya akan cuba perbaiki penulisan saya. Saya suka bercerita mengenai pengalaman, apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, apa yang saya baca, apa yang saya pegang, apa yang saya sentuh dan apa yang saya cari. Semua yang dah saya dapat saya akan tulis kembali dalam blog ini, memelihara ilmu dengan menulisnya.


Saya bukan penulis yang hebat, belum sampai tahap pro lagi (^^,). Saya sendiri pun kadang-kadang rasa bosan dengan cara penulisan saya, tak tahu mana silapnya. Harap anda boleh membantu saya.


Tak salah kalau saya meng'copy' sesuatu artikel dari mana-mana, kan ? Sekurang-kurangnya ilmu yang disampaikan orang tu dan saya mengirimkan kepada orang lain akan memberi keuntungan kepadanya disamping komisen kepada saya :)


Moga ada yang membantu.
Terima kasih.



Friday, April 15, 2011

Menggadai nyawa untuk RM80 sehari


Di depan pejabat saya di KL, terdapat sebuah bangunan besar enam tingkat sedang dinaik taraf. Sekarang ini di sekeliling bangunan itu dipasang kerangka besi (staging) bagi membolehkan kerja-kerja penambahan tingkat dilakukan.

Suatu petang yang panas terik saya enak menikmati buah betik sejuk kesukaan saya di bawah pokok berhampiran bangunan itu. Saya menyaksikan seorang anak muda kelam kabut menuruni kerangka besi tersebut. Dia menggelongsor batang besi dari kedudukan paling tinggi dan selepas sampai ke tanah, berlari ke sebatang pokok, menyandarkan diri dan membuka topi keselamatannya.

Saya melihat tubuhnya bercucuran peluh, mukanya pucat. Dia mengambil nafas dan selepas keadaan sedikit lega, saya menghampirinya, bertanya khabar dan mempelawa minum tetapi dia menolak kerana dakwanya sudah minum.

"Apa pasal?" Saya bertanya. "Saya mahu pengsan. Kalau saya tunggu atas sana, saya boleh jatuh dan mati," katanya.

Saya mencapai sepotong betik dan menghulur kepadanya, "saya belanja" kata saya. Sambil dia mengunyah betik, saya pun bertanya tentang dirinya. 

Namanya Halidin, berusia 21 tahun. Berasal dari Jatim, Jawa Timur. "Beginilah pak, saya menyambung nyawa cari rezeki. Kami diberi tempoh sebulan memasang staging ni. Ada tiga pekerja termasuk saya. Kerjanya berat pak, terutama hari panas macam sekarang ni."

"Berapa kamu dapat (upah) sehari?" Halidin memberitahu dia hanya mendapat RM80 sehari. Ada kerja ada upah, tak ada kerja tak ada upah.Waktu kerjanya adalah mulai 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

"Lumayankah pendapatan kamu?"

"Di sini boleh la pak. Kalau kerja di kampung saya upahnya 300,000 rupiah sebulan. Ini bersamaan RM100 kerana 1 juta rupiah bersamaan RM 350. Untuk dapatkan lebih, terpaksalah saya meninggalkan kampung halaman."

Beum sempat saya habis berbual dengan Halidin, dia dipanggil dengan suara keras oleh 'bos'nya apabila gondola sudah sampai ke tanah. Maka berlarilah Halidin memasuki gondola dan sebentar kemudian dia sudah ada di puncak bangunan.

Sambil memerhati Halidin dan rakan sekerjanya, si penjual makanan memberitahu saya.

"Hanya orang Indonesia yang sanggup bekerja berat seperti ini. Orang kita usah haraplah. Mungkin tiada orang muda kita yang sanggup bekerja dalam panas matahari, menggadai nyawa bagi mendapatkan upah sebanyak itu."

Benar, melihat Halidin bergerak dari satu kerangka ke satu kerangka lain sungguh mengerikan. Tiada tali yang mengikat tubuhnya. Andai tersilap langkah, atau kerangka itu tumbang; pengakhirannya adalah mati seperti yang diucapkan Halidin. Tetapi demi sesuap nasi, Halidin dan rakannya terus gigih berusaha, mendapatkan upah RM80 sehari yang diberikan pada senja hari.


------>>>> cerita ini saya copy dari sebuah akhbar, mungkin tak ramai yang perasan cerita ini. Cerita ni menarik dan saya hendak sebut satu sahaja input yang penting. Yang lain fikirkan sendiri la ye..hehe :)

MENCARI YANG HALAL

Berapa banyak manusia sekarang tidak mengendahkan hukum syarak dalam bab mencari rezeki. Ada yang sanggup memakan rasuah, riba dan sebagainya.

Kisah Halidin, masyarakat luar yang mencari rezeki di negara kita dengan cara halal walaupun sanggup menggadai nyawa. Masih memegang kepada hukum dalam bab mencari rezeki.

Masyarakat kita sekarang bagaimana ?

Macam yang penjual makanan tu cakap, hanya orang Indonesia sanggup menggadai nyawa untuk kerja sebegitu. Ya, rata-rata manusia yang bekerja dalam pembinaan atau buruh adalah orang Indonesia. Bukan hanya lelaki, malah wanita juga sanggup bekerja sebegitu. Ada pula yang mengupah orang menjaga anak mereka untuk turut membantu suami bekerja di tapak pembinaan.

Di manakah sensitiviti masyarakat kita mengenai hal ini ?

Mungkin kita pandang kerja ini tak ada class, panas, berhabuk dan segala bagai la. Tapi, fikirkan semula, tanpa mereka yang bekerja ni tak akan wujud bangunan-bangunan pencakar langit yang menjadi kemegahan negara kita.

Oleh itu, mari kita duduk dan renungkan kembali. :)



Thursday, April 14, 2011

=.='

Alamak, hilang suda semua link blog kawan2 aku. =.=

Harap maaf, kesulitan amat dikesali.

Semalam saya ubahsuai sedikit blog ni, tiba2 hilang semua link kawan2.

Tapi, sekarang usah kuatir kerana sudah ada jalan penyelesaian (^.~)

Anda boleh letak link anda di atas, segala perkongsian amat ssaya hargai.

Sila letak jejak anda, insya Allah saya akan mengikuti segala perkembangan anda.

Saya juga manusia biasa yg tak lari dari kesilapan malah masih terlalu jahil.

Maka, perkongsian anda amat saya harap.

Terima kasih (",)v

Wednesday, April 13, 2011

maafkan aku, selamat tinggal




Cinta datang dari Tuhan ~

Perasaan ini suatu fitrah, dan ia adalah anugerah.

Setiap orang memilikinya, satu perasaan halus yang membuai perasaan. Aku juga tidak terkecuali untuk merasainya. Ya, untuk seketika aku pernah merasainya dan ia sangat membahagiakan.

Dia yang aku sayang..
Memiliki keluhuran budi perkerti yang memikat hati,
Kesopanan membaluti diri,
Produk keluarga yang merendah diri,
Walau tidak sekacak Kamal Adli,
Namun agama tetap disanjung tinggi.


Ketahuilah, hati wanita ini terlalu lembut untuk dipatahkan dan ia mudah tergores. Kerana lembut ini jugalah aku melepaskan semuanya.


"Cinta datang dari Tuhan,
Yang tak mungkin aku hindarkan,
Kerana aku manusia,
Yang pastinya butuh cinta."


Tetapi...


Demi dia juga,
Aku merelakan perpisahan ini.


Sejak aku mengenali dia, terbit perasaan malu di hati. Mana mungkin akan sama pipit dengan enggang. Dia seorang 'pemburu'. Ya, pemburu cinta Ilahi yang sentiasa mengimpikan tempat yang terbaik di sisi Penciptanya.


Subhanallah !


Maafkan aku, selama ini kekhilafan melanda diri. Terlalu banyak yang melekakan dan melalaikan. 


Kini bertekad, tidak lagi mengganggu kehidupan sehariannya. Tidak lagi menyusahkannya di dunia mahupun di akhirat kelak.


Menuju ke destinasi yang termundur ke belakang. 
Menggapai redhaNya.
Kembali mencintai diri sendiri sebelum mencintai seseorang.
Tidak mencari yang sempurna sebelum diri terbukti cekal imannya.


Sahabat yang baik itu akan membawa ke jalan Allah seterusnya memandu ke arah nikmat syurgaNya. Ya Allah, izinkan aku menjadi salah seorang sahabat yang boleh membawa kebaikan kepadaku dan juga buat dirinya.

Saturday, April 9, 2011

jangan diroboh masjid yang indah



Perkahwinan sekarang ibarat menukar pakaian yang boleh dijual beli di pasaraya. Baru-baru ni dengar berita seorang yang amat dikenali bercerai selepas 20 hari bernikah. Wah ! Hanya mampu bertahan selama 20 hari je. 

PERCINTAAN 

Islam melarang keras kita menhampri zina, bukan setakat melakukan zina malah mendekatinya juga Islam kata JANGAN ! Maka, kita wajib menghormati dan mentaati perintah itu dengan serendah-rendah hati tanpa pertikaian demi kemaslahatan bersama. 

Couple. Kenapa ketika bercouple, pasangan itu boleh kekal lama sehingga 5-6 tahun malah ada yang hampir 10 tahun. Tapi, sesudah berada dalam kehidupan berumah tangga kenapa berlaku sebaliknya. Berlaku perceraian sebelum mencecah setahun pun.

Bagi saya, orang yang sedang bercouple itu sedang melakukan talam dua muka atau bahasa yang ringkas hipokrik. 

Kenapa ?

Sebab ketika bercinta, semua nampak indah. Apa saja kesalahan pasangan, dimaafkan. Hanya pandang sebelah mata. Di depan pasangan, semuanya nampak baik. Pijak semut pun tak mati. Segala kelemahan ditutup, dipejamkan mata.

Sesudah berkahwin, sedikit kesalahan yang dilakukan pasangan dianggap besar. Mengamuk mengalahkan gajah liar. Sebelum ni, gajah yang besar diseberang tak nampak. Sekarang, kutu yang kecil pun boleh dikesan tanpa kanta pembesar. Diherdik dan dicacinya pasangan. Inilah masalahnya.

I'brahnya di sini, jangan kita cuba menganiaya seseorang dengan cara begitu kalau kita tidak mahu dianiya pada masa akan datang. Jauhi daripada percintaan sebegitu, percintaan yang bertahun-tahun tanpa ikatan yang melalaikan. Islam itu indah dan sangat mudah, jangan pula kita mempermudahkannya. Allah sudah menjanjikan yang terbaik buat kita kalau kita juga berbuat baik kepadaNya. Perbaikilah diri kita supaya kelak kita akan bertemu yang baik juga.

NUSYUZ

HARAM bagi seorang isteri nusyuz kepada suaminya bahkan dia akan dilaknat. Suami adalah pemimpin dan mentaati pemimpin selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah wajib. 

Besar ke peranan suami ?

  Rasulullah bersabda :
Quote
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

See ! Besar tak besarnya seorang suami itu. Hadis ni pun dah menjelaskan betapa pentingnya seorang isteri mentaati suaminya sehinggakan kalau dibenarkan si isteri perlu sujud kepada suaminya. Tetapi, dalam Islam sujud hanya untuk Allah s.w.t..

So, apa yang perlu dilakukan ?

Saya mengesyorkan bacalah buku ni, tak mahal dan tak tebal. Ringkas tetapi memberi kesan yang sangat besar. Contohilah peribadi watak dalam cerita itu, kemudian praktikkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah. Indahnya perkahwinan jika berada dilandasan Islam.



LAST,

Berilah sedikit kejutan atau hadiah kepada pasangan suami/isteri sebagai tanda kasih dan penghargaan atas segala yang telah dilakukan. Penat si suami mencari rezeki dan nafkah yang terbaik buat isteri. Hargai lelah si isteri yang telah bertungkus lumus memastikan urusan rumah tangga tidak diabaikan. Menyediakan makan minum dan pakai suami. Menguruskan anak-anak dan sebagainya. 

Kalau Maher Zain dan kumpulan Hijjaz boleh menyampaikan penghargaan mereka buat suri mereka dengan lagu for the rest of my life dan permaisuri hatiku, kita pun boleh lakukan dengan kreativiti kita sendiri kan.

Apa ya ?
Fikirkanlah untuk yang tersayang.
Moga ada manfaat buat saya dan anda.
Terima kasih.


Friday, April 8, 2011

cari pasangan



buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..

andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

thanks mY herO



"Nah, hadiah untuk tirah"




Sebagai anak, kita mesti pernah mengharapkan sesuatu yang tidak terduga daripada kedua ibu bapa kita kan ?

Inilah yang saya dapat pada hari ini. Mungkin ini sebagai tanda penghargaan daripada seorang ayah buat anaknya. Abah hadiahkan saya buku ni, Usul Fiqh mungkin dengan harapan saya lebih mencintai ilmu dan berusaha mempelajarinya.

Saya tidak tahu, adakah saya telah menjadi anak yang terbaik buat abah dan mak. Mampukah saya menjadi anak solehah yang bisa membantu mereka di akhirat kelak ?

Untuk apa penghargaan ini semua ?

Saya pun tak tahu tapi saya yakin ini sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya. Saya tahu, abah sayangkan saya sebab tu abah menghantar saya belajar agama untuk membantu kehidupan saya di dunia dan akhirat.

Abah tidak punya harta yang banyak, saya tahu. Maka, apa yang lebih baik daripada harta yang boleh abah berikan kalau bukan ilmu.

Abah sentiasa berkeringat, saya tahu. Tak pernah sekali saya tengok dahi abah tidak berkeringat, kalau bukan kerana mencari rezeki, abah akan membanting tulang demi kepuasan dan keselesaan anak-anaknya. 

Abah sentiasa membantu, saya tahu. Abah membantu anak-anaknya, bukan hanya dari segi kewangan, pemakanan dan sebagainya. Malah, abah membantu anak-anaknya supaya terlepas dan terselamat daripada azab Allah yg sangat pedih di akhirat nanti.

Ayah mana yang tidak menyayangi anak-anaknya.
Mungkin ada, segelintir. Tapi bukan ayah saya.

You are my herO !

Terima kasih abah ~

Tuesday, April 5, 2011

jadilah orang yang bersyukur



Lumrah manusia tidak berasa cukup dengan apa yang telah mereka miliki. Bak kata orang, sudah diberi betis hendakkan peha pula. Apabila sesuatu yang dimiliki berada dalam genggaman, tetap berasa tidak cukup dan tidak berasa puas. Seperti dalam bait lirik nasyid. 


"Apa yang ada, jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan. Nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang. Apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman"

Inilah sikap manusia, tidak pernah bersyukur dengan nikmat tuhan walau hanya sedikit. Sikap ini bukan hanya dimiliki oleh manusia zaman sekarang. Sejak zaman nabi Adam lagi sikap ini wujud dalam diri manusia. Sikap tidak berpuas hati dalam diri Qabil memaksanya membunuh saudara sedarah sedagingnya. 

KISAH ABI TSA'LABAH

Hatta, orang yang beragama juga tidak terkecuali. Hal ini dibuktikan dengan kisah sahabat di zaman Rasulullah, Abi Tsa'labah seorang yang sangat taat beribadah. Setiap lima waktu solat dia berada di saf belakang Rasulullah. Dia juga tidak memiliki harta yang banyak, waima baju juga hanya sepersalinan dan dia berkongsi pakaian dengan isterinya. Bergilir-gilir mengenakan pakaian untuk menunaikan solat lima waktu.

Suatu hari, dia melontarkan hasrat hatinya kepada baginda Rasulullah supaya baginda berdoa kepada Allah supaya diberikan kekayaan kepadanya. Baginda kurang senang dengan permintaan itu kerana apa yang ada pada Abi Tsa'labah tidak mengurangkan ketaatannya kepada Allah, maka dirasakan tidak perlu untuk berlebih-lebihan.

Abi Tsa'labah tidak berpuas hati dan meminta lagi supaya diberikan kekayaan dan baginda memberikan sepasang kambing kepadanya untuk diternak. Sehari bertukar sebulan dan begitulah seterusnya, kambing yang diternak semakin hari semakin bertambah dan Abi Tsa'labah semakin sibuk menguruskan ternakannya itu. Semakin sibuk Abi Tsa'labah, semakin kurang waktunya berjemaah bersama Rasulullah dan akhirnya Abi Tsa'labah tidak lagi terlihat berjemaah bersama baginda.

Oleh kerana mengeluarkan zakat merupakan kewajipan umat Islam, baginda Rasulullah memerintahkan seseorang untuk mengutip zakat daripada Abi Tsa'labah namun Abi Tsa'labah enggan mengeluarkan zakat. Sedih hati baginda mendengar laporan sahabat tadi. 

Sejak itu, baginda tidak menerima zakat Abi Tsa'labah sehinggalah baginda wafat. Setelah itu, barulah timbul sedikit keinsafan di hati Abi Tsa'labah untuk membayar zakat dan diberinya kepada khalifah ketika itu, Saidina Abu Bakar. Namun....kata beliau "bagaimana aku hendak menerima zakatmu ini sedangkan baginda Rasulullah juga tidak menerima zakatmu ini." Hal ini berlanjutan sehingga pemerintahan khalifah keempat. 

KESIMPULAN 

Bersyukurlah ! Cukuplah !

Cukuplah dengan apa yang kita miliki. Selagi kita taat kepada Allah dan Rasulullah, cukuplah dengan apa yang ada. Walau kita hanya memiliki motor kapcai, tetapi kita masih mampu untuk berjemaah di surau, itu adalah lebih baik daripada kita memiliki Mercedes tetapi tidak pernah sekali menjejakkan kaki ke surau. Kalau pernah pun mungkin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Walau kita tidak memiliki wajah yang menawan tetapi masih menjaga kehormatan, itu adalah lebih baik daripada memiliki wajah cantik tetapi tidak menjaga batas2 pergaulan.

Miskin itu lebih baik daripada mengejar kekayaan demi kekayaan tetapi tidak pernah bersedekah, berzakat dan sebagainya malah digunakan semata-mata untuk hiburan. Nauzubillah.

Akhir zaman ini, janganlah terlalu mengejar kebendaan. Tingkatkan amalan. Jauhi mungkar. Moga terpelihara diri di dunia akhirat. Moga Allah memberkati.

Jangan sampai dimurkai Allah, kelak bala akan ditimpa kepada semua orang. I'brah daripada tragedi gempa dan tsunami Jepun.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...