Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, June 30, 2011

Ceramah 1 : Islam ganas ?

Banyak mulut orang mengatakan Islam itu ganas, sampaikan orang bukan Islam pun takut nak menganut agama itu. Persoalannya, benarkah Islam itu ganas ? Apakah bukti Islam itu ganas ?

Hari Ahad lepas saya ada dengar satu ceramah dan diselitkan serba sedikit tentang persoalan ini. Secara ringkasnya, Islam adalah agama yang paling bertoleransi, manjaga sensitiviti, emosi dan perasaan.

1.  Kalau kita nak sembelih lembu misalnya, Islam melarang kita mengasah pisau atau parang di hadapan lembu itu. Kenapa ? Sebab lembu pun ada perasaan takut, gelabah la lembu tu kalau asah depan dia. Terbayang maut di depan mata, meremang la bulu roma belakang dia.

Bukti Islam menjaga perasaan haiwan, apatah lagi manusia. ^___^

2.  Para doktor yang hendak membedah pesakit. Mula operasi pada jam 2:30 petang, sudah masuk waktu solat zohor. Operasi berjalan selama 8 jam, habis operasi 10:30. Makanya, terlepas la asar dan maghrib. Boleh ke tinggalkan solat ? Tidak ! Sedangkan orang sakit pun ada cara solatnya.

Di sinilah rukhsah (kemudahan) yang diberikan oleh Islam. Doktor itu boleh solat jama' taqdim untuk zohor dan takkhir untuk maghrib walaupun rumahnya di hospital sahaja.

See ?

Islam memelihara nyawa manusia, fikirkan kalau tiada rukhsah ini. Kalau si doktor tinggalkan solat, maka berdosa. Kalau doktor berhenti untuk menunaikan solat, tak ke mati si pesakit tu. 

Ganas lagi ke ?

3.  Seorang isteri yang kematian suami boleh memandikan jenazah suaminya, dan seorang suami juga boleh memandikan jenazah isterinya. Tetapi, lebih afdhal bagi suami memandikan jenazah isterinya dan bagi isteri lebih afdhal beri tugas itu kepada orang lain.

Kenapa ?

Emosi wanita lebih sensitif dan mudah tersentuh. Apabila kematian suami, si isteri akan menjadi sangat sedih. Kalau dia yang memandikan jenazah suami dia, alamatnya tak sudah-sudah la. Mana tak nya, asyik duk teghoyak je. ^___^

Satu lagi bukti, Islam menjaga emosi. Menjaga emosi wanita yang kematian suaminya.

Jadi, kita masih nak kata Islam itu ganaskah ?
Tepuk dada tanya iman.

Setakat ini saja, moga ada manfaatnya.

Saturday, June 25, 2011

zassss



Dah singgah kena duduk dulu, jamu mata dengan santapan video ini. Tak lama cuma 5 minit 48 saat je. Masihkah kita punya sikap dan sifat seperti binatang itu ?





Renung-renungkanlah dan selamat beramal ^____^


Thursday, June 23, 2011

ketika hati berbisik



gambar hiasan : Si cantik 


Seandainya aku adalah dia
Tiada lagi kegusaran melanda
Kecantikan terserlah hati berbunga
Kemewahan berganda rasa bahagia
Soal jodoh, tiada apa yang perlu dibicara


Seandainya aku adalah dia
Dunia ini ibarat aku yang punya
Kan ku enjoy dan bersuka ria
Menghabiskan sisa hidup dengan gembira
Bagaikan sang puteri di singgahsana


Jauh di sudut hati aku mahu menjadi dia
Namun itu bukanlah takdirNya
Hati pasrah berbaur rela
Moga hatiku ikhlas menerima


Namun kuakui seandainya aku adalah dia
Kebahagiaanku ini takkan terasa
Nikmat Iman dan Islam mungkin tiada
Pasti hidupku huru hara


Hakikatnya aku bukanlah dia
Bukan rupawan mahupun jutawan
Hanya seorang gadis di pinggir jalan
Berharap diri ini adalah permata di antara kaca di jalanan
Menjadi bidadari jejaka beriman


Bukanlah aku manusia sempurna
Yang tidak punya cacat dan cela
Aku cuma insan biasa
Yang bisa lalai dan alpa
Maka, terimalah aku seadanya



Thursday, June 16, 2011

saya nak jadi mcm org Korea & Jepun ('',)

Demam k-pop Korea melanda beberapa negara termasuklah Malaysia. Jangan tak percaya kalau saya pun kenal beberapa kumpulan penyanyi Korea, antaranya FT Island, Super Junior, Beast, Shinee, Big Bang, Supreme Team. Waa, banyak jugak rupanya yang saya kenal (^^,).

Siapa tak minat Korea ?

Saya tak tahu tapi saya pasti ramai yang minat cerita dan lagu-lagu Korea, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ianya fitrah dan kita tak boleh menolak fitrah manusia yang sukakan hiburan. Namun begitu, fitrah itu perlu dikawal dengan agama dan akal kita bukan dengan nafsu. Apabila kita mengawal fitrah itu dengan agama, maka kita dapat mengawal dan membezakan adakah perkara ini membuahkan kebaikan dan berlandaskan syariat sekiranya melakukan perkara ini walaupun kena dengan fitrah kita.

Ok, cukup untuk mukaddimah. 

Saya tidak berniat untuk bercerita tentang hiburan dan saya juga tidak memuji apatah lagi memuja dan mengagung-agungkan penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon itu. Cuma, sekadar terbit kekaguman di hati apabila menonton cerita-cerita Korea dan Jepun.

Satu je !

Disiplin

Rakyat di kedua negara ini memiliki disiplin yang sangat tinggi. Sentiasa beradap walau di mana sahaja. Memberi tunduk hormat kepada sesiapa sahaja. Bercakap dengan penuh hormat.

Beza yang saya lihat dalam cerita Korea dengan cerita Melayu, dendam yang tersemat di hati tidak begitu ketara kelihatan di fizikal. Mereka masih memberi tunduk hormat walaupun telah menyakitkan hati si musuh. 

Kalau cerita Melayu, dah jeling sampai nak tersembul biji mata. Betul tak ? Saya tak tahu pandangan orang lain, mungkin saya salah tapi ini cuma pandangan peribadi saya sahaja.




Walaupun negara mereka merupakan negara yang maju, disiplin yang tinggi sangat dititik beratkan. Buktinya ketika negara Jepun dilanda tsunami, nak ambil bekalan makanan yang disumbangkan pun mereka masih berdisiplin.


Mengambil bekalan air


Ambil bekalan makanan

Ketika membeli belah


Sekali lagi saya bukan memuji dan memuja, apatah lagi mengagung-agungkan mereka, cuma mengagumi ketinggian disiplin mereka.

Masyarakat Melayu pun tidak kurang hebatnya, berbudi bahasa dan ketinggian adab masih terserlah tetapi masih kekurangan disiplin. Contoh mudah, sampah pun masih dibuang di merata-rata tempat. 

Kononnya negara kita negara yang maju dan membangun seiring dengan negara-negara lain, tapi bila lagi rakyatnya hendak memiliki disiplin yang tinggi ?

*Insya Allah, saya akan berusaha ke arah itu ^_^*


Friday, June 10, 2011


Bismillah...dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sekian lama tidak menaip di halaman blog ini. Rindu menerpa lagi. Aduh, rasa kaku dan keras jari jemari ni ditambah dengan kebuntuan nak buat ayat. 

Kenapa ya ?

Sejak akhir-akhir ini emosi saya tidak stabil. Hati menjadi sensitif. Diri mudah terasa hati. 


air mata pun mudah mengalir seperti baby ini 

Kalau sebelum ni, entry saya banyak mengandungi nasihat. Tapi, untuk kali ini saya butuh nasihat kalian. Tolong bantu saya. Tolong saya mengubah hati saya. Melembutkan dan mancairkan hati ini. Agar mudah menerima ilmu, teguran dan nasihat.


Biarlah air mata yang mengalir di pipi ini kerana meratapi dosa-dosa silam. Takut kepada Allah. Dan mengharapkan rahmat dan keampunanNya.


Sunday, June 5, 2011


لا إله إلا الله
LA ILAHA ILLALLAH

---Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH---

~Mari menyebutnya setiap hari~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...