Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, May 21, 2012

keras yang lembut



Bismillahirrahmanirrahim ~~
Bulan lepas saya baru lepas membaca novel tarbiah karangan saudara Hilal Asyraf yang bertajuk TAKDIR. Ya, mungkin saya sangat terlambat membaca novel tu tapi berbaloi sebab cerita tu sangat menarik.

Ok, apa sebenarnya yang saya nak cerita ?

Antara pengajaran yang saya nampak, hidayah Allah tidak mengenal sesiapa pun. Walau siapa dia di masa silamnya, siapa dia pada masa kini. Jika Allah kehendaki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Izrayel Junjuki, seorang jeneral pihak yang berada dalam kegelapan. Semasa pemerintahannya, tiada siapa pun mampu menewaskannya malah tanah jajahannya juga terus tersebar luas dengan pengaruh yang sangat kuat. Digelar Pahlawan Berdosa kerana sepanjang hayatnya tidak terlepas daripada dosa-dosa membunuh tak kira la orang itu bersalah atau tidak. Tidak yakin pada hidayah Allah membuatkan dirinya membunuh dengan lebih ramai supaya orang ramai percaya bahawa orang yang berdosa tidak akan diampunkan Allah.

End juga merupakan seorang jeneral dunia kegelapan yang pendiam tetapi ganas. Namun, dalam diam dia meneliti setiap apa yang baik dan buruk. Tidak banyak watak yang dimainkan oleh End tapi impaknya amat besar apabila si ‘bisu’ ini bersuara lantas beriman pada yang Maha Esa.
Teringat pula di zaman Rasulullah, Umar yang gagah perkasa, bengis dan sangat berani. Kejahilannya terserlah dengan membunuh anak perempuannya sendiri. Beliau sangat digeruni dan ditakuti dek kerana kebengisan dan kekejamannya. Namun, siapa sangka hati yang keras itu dapat dilembutkan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah dan adik iparnya Said. Maka, termakbullah doa Rasulullah dengan berimanlah Umar kepada Allah. Pengislaman Umar memberi tamparan hebat kepada musuh-musuh Allah.

‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’

Allah itu Maha Berkuasa, Dia berkuasa menarik siapa sahaja Dia suka dan kebanyakannya mereka ini orang-orang yang dahulunya sangat kuat menentang Islam. Tapi, mereka juga merupakan asset yang paling mahal bagi menaikkan Islam di bumi ini. Tiada lagi Umar pada masa kini, Izrayel dan End juga bukan watak reality di bumi ini tapi insan-insan seperti inilah yang perlu kita wujudkan. Bukan kuantiti yang diperlukan bahkan kualiti iman seseorang itu perlu ditingkatkan dari sehari ke sehari. Sekeras manapun hati seseorang itu, apabila ditiupkan hidayah padanya pasti akan lembut juga ibarat batu yang dititis-titiskan air ke atasnya setiap masa, akan membentuk lekuk juga akhirnya.

Sekarang pun makin ramai artis wanita yang sudah kembali kepada fitrah menutup aurat, Alhamdulillah. Semoga ia kekal dan menjadi inspirasi kepada mereka yang belum berubah serta diharapkan istiqamah dan terus menjadi lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak menilai siapa kita pada masa dahulu, baik buruk kita kalau kita kembali kepadaNya, Dia pasti akan mengampunkan kita. Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan syirik kepadaNya. Marilah berubah dan bertaubat.


Friday, May 18, 2012

kini kembali

ALLAHU rabbi, sekian lamanya aku meninggalkan teratak usangku yang satu ini.

namun, ALHAMDULILLAH teratak usang ni sudah pun aku perbaiki dan mengemas kini supaya nampak baharu dan 'wangi' ^^,

INSYA ALLAH, aku akan meneruskan lagi usaha dan memperbaiki penulisan supaya lebih baik dan apa yang baik dapat di sampaikan seterusnya diamalkan bersama.

Akhir kalam, semoga Allah panjangkan usia kita untuk terus beribadat dan beramal padaNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...