Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, August 25, 2011

IKHLAS ke TERPAKSA

semut ni sangat comel :)


Kadang-kadang keikhlasan datang dengan cara paksaan. Tapi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menghadirkan keikhlasan itu. Kita tak boleh rasa keikhlasan itu dan keikhlasan tidak dapat dibuktikan hanya dengan ungkapan di bibir semata-mata kerana ikhlas itu diibaratkan seperti seekor semut hitam yang sangat kecil dan ia berada di celahan batu hitam di waktu malam yang gelap gelita tanpa pancaran cahaya bulan. Maka, bagaimana kita bisa mentafsirkan bahawa kita ikhlas terhadap sesuatu perbuatan kita hanya dengan lisan yang belum pasti akan kebenarannya ?

Saya sendiri tidak punya jawapan untuk itu. 

Berbalik pada ayat pertama saya tadi ikhlas mungkin boleh dicari melalui paksaan. Mari kita mengimbas kenangan ketika zaman permulaan mengenal huruf A,B,C sewaktu berusia 5 tahun. Kita mungkin dipaksa oleh ibu bapa kita untuk bersekolah sedangkan ketika itu kita enak bermain dengan anak patung kita, permainan-permainan kita.

2 tahun berlalu, kita melangkah kaki ke alam sekolah rendah. Sesi pembelajaran lebih lama dan memenatkan. Ibu dan ayah menghantar kita ke sekolah, setibanya di kelas mereka melangkahkan kaki lalu meninggalkan kita di situ. Saat itu mata kita berkaca, laungan tidak dipedulikan. Mereka tinggalkan kita, mereka paksa kita duduk di situ. Kerana apa ? Kerana mereka mahu mendidik kita agar suatu hari nanti kita akan menghargai ilmu kita. Tiada paksaan untuk ke sekolah lagi kerana mungkin suatu saat nanti kita akan melangkahkan kaki ke sekolah dengan sendirinya tanpa paksaan. Perhaps, keikhlasan sudah timbul ketika itu.

KESIMPULAN

Di penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini, seharusnya kita sudah punya keikhlasan untuk beribadah kepada Allah. 30 hari berlalu, sepatutnya ketika inilah saf-saf di surau dan masjid dipenuhi dengan jemaah-jemaah. Mungkin di awal Ramadhan hari tu belum ada keikhlasan di hati sebab terkejut, 11 bulan boleh makan waktu siang tiba-tiba kita kena puasa selama sebulan. Tetapi masa sebulan itulah kita boleh mendidik hati kita supaya ikhlas beribadah kepadaNya. 

Namun, keikhlasan hanya boleh dinilai oleh yang Maha Mencipta. Apa yang boleh diharapkan semoga ibadah yang kita lakukan secara terpaksa bertukar menjadi ikhlas dan mendapat ganjaran di sisiNya. Kita terpaksa meninggalkan drama-drama yang menarik di tv. Aktiviti-aktiviti dengan kawan di malam hari. Oleh itu, mari kita sama-sama berdoa dan berharap agar masih ada ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan kita itu. ^__^

~ Moga ada manfaat untuk kita bersama ~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...