Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, November 6, 2012

MAHALNYA 20 SEN


Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tempat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"


......................................................................................................

Mungkin ramai yang dah terbaca artikel ni tapi sebagai peringatan, jangan lah kerana kepentingan diri sendiri, maruah agama dan nilai keimanan kita digadaikan. Kadang-kadang kita tak sedar kita diperhatikan, banyak mata-mata yang memandang akhlak Islam yang lahir daripada diri kita secara tidak langsung kita sedang berdakwah melalui akhlak dan kejujuran kita. 

~ Semoga bermanfaat buat semua ~


Tuesday, October 30, 2012

aku perlu DIA & dia





Ya, Allah sentiasa bersama dan Dia juga Maha Mendengar segala rintihan dan doa hamba-hambaNya. Saya akui !

Namun, fitrah manusia juga ingin meluahkan isi hatinya kepada seseorang yang mungkin juga dia adalah ibu, ayah, kakak atau mungkin seorang sahabat. 

Sahabat !

Orang yang dekat dengan kita selepas keluarga. Masa kita yang berlalu banyaknya bersama rakan-rakan terutamanya bila kita berada di asrama atau universiti. Merekalah tempat kita bermanja dan bermesra. Tempat untuk kita meluahkan rasa hati, berkongsi kegembiraan, memohon bantuan, susah senang, suka duka dilalui bersama. Merekalah yang kita harap dapat meringankan beban dan mengurangkan kesedihan serta kesusahan kita.

Tapi sebaliknya, adakah kita pernah terfikir apa yang mereka harapkan daripada kita ?
Pernahkah kita merasakan mereka perlukan kita sebagaimana kita memerlukan mereka ?

So, jangan selfish !
Jangan kita mencari mereka ketika kita susah dan membiarkan mereka ketika mereka dalam kesusahan. Andainya kita tidak mampu membantu menyelesaikan masalah, apa salahnya kalau kita meminjamkan telinga kita untuk mendengar segala permasalahan mereka. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati dan perasaan mereka. Dikala itu, semangat yang luntur pasti dapat diperkuatkan semula.


Hak yang harus ditunaikan sesama muslim ada enam :
1) Memberi salam jika bertemu dengannya.
2) Jika diundang, maka penuhilah undangannya.
3) Jika dia meminta nasihat daripadamu, maka nasihatilah dia.
4) Apabila dia bersin, bacakan yarhamkallah/yarhamkillah kepadanya.
5) Menziarahinya ketika sakit.
6) Bila dia meninggal, iringilah jenazahnya.

.............................................................................................

Kesimpulan




  

Sunday, October 28, 2012

KAWAL AMARAHMU


♥-PANDUAN KAWAL KEMARAHAN-♥

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 
(1) Mula-mula kita perlu MALU KEPADA ALLAH S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.


(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini HANYALAH SEORANG MANUSIA YANG HINA



(3) Banyakkan BERDIAM DIRI dan BERDOA kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.



(4) Hendaklah INGAT KESAN daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.



(5) Cuba BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.



(6) Apabila datang marah, banyakkan BACA TA;AWWUZ ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.



(7) Apabila marah sedang memuncak, AMBIL WUDHU kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.



(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklahTIDUR. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur



(9) TAUHID kita perlu TEPAT.SETIAP SESUATU DATANGNYA DARIPADA aLLAH DAN AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH .Kenapa kita perlu marah?





♥ Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda ♥



mengopy paste dari FB INI (klik)



Saturday, October 27, 2012

doa



Terdetik di hati ini hendak menyelongkar folder2 yang ada dalam laptop, terjumpa pula dengan doa ini. Kebetulan saya baru mendapat sepupu baru. Jadi, sangat bermanfaat la untuk di amalkan.

Kepada ibu2 yang mempunyai anak kecil, bacalah doa ini bila hendak memangku si kecil. Semoga Allah mengasihinya seperti mana si ibu mengasihinya.
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِّي أَرْحَمُه

Perkongsian sedikit setelah lama tidak menulis blog, sekadar memanaskan enjin :)

Monday, May 21, 2012

keras yang lembut



Bismillahirrahmanirrahim ~~
Bulan lepas saya baru lepas membaca novel tarbiah karangan saudara Hilal Asyraf yang bertajuk TAKDIR. Ya, mungkin saya sangat terlambat membaca novel tu tapi berbaloi sebab cerita tu sangat menarik.

Ok, apa sebenarnya yang saya nak cerita ?

Antara pengajaran yang saya nampak, hidayah Allah tidak mengenal sesiapa pun. Walau siapa dia di masa silamnya, siapa dia pada masa kini. Jika Allah kehendaki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Izrayel Junjuki, seorang jeneral pihak yang berada dalam kegelapan. Semasa pemerintahannya, tiada siapa pun mampu menewaskannya malah tanah jajahannya juga terus tersebar luas dengan pengaruh yang sangat kuat. Digelar Pahlawan Berdosa kerana sepanjang hayatnya tidak terlepas daripada dosa-dosa membunuh tak kira la orang itu bersalah atau tidak. Tidak yakin pada hidayah Allah membuatkan dirinya membunuh dengan lebih ramai supaya orang ramai percaya bahawa orang yang berdosa tidak akan diampunkan Allah.

End juga merupakan seorang jeneral dunia kegelapan yang pendiam tetapi ganas. Namun, dalam diam dia meneliti setiap apa yang baik dan buruk. Tidak banyak watak yang dimainkan oleh End tapi impaknya amat besar apabila si ‘bisu’ ini bersuara lantas beriman pada yang Maha Esa.
Teringat pula di zaman Rasulullah, Umar yang gagah perkasa, bengis dan sangat berani. Kejahilannya terserlah dengan membunuh anak perempuannya sendiri. Beliau sangat digeruni dan ditakuti dek kerana kebengisan dan kekejamannya. Namun, siapa sangka hati yang keras itu dapat dilembutkan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah dan adik iparnya Said. Maka, termakbullah doa Rasulullah dengan berimanlah Umar kepada Allah. Pengislaman Umar memberi tamparan hebat kepada musuh-musuh Allah.

‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’

Allah itu Maha Berkuasa, Dia berkuasa menarik siapa sahaja Dia suka dan kebanyakannya mereka ini orang-orang yang dahulunya sangat kuat menentang Islam. Tapi, mereka juga merupakan asset yang paling mahal bagi menaikkan Islam di bumi ini. Tiada lagi Umar pada masa kini, Izrayel dan End juga bukan watak reality di bumi ini tapi insan-insan seperti inilah yang perlu kita wujudkan. Bukan kuantiti yang diperlukan bahkan kualiti iman seseorang itu perlu ditingkatkan dari sehari ke sehari. Sekeras manapun hati seseorang itu, apabila ditiupkan hidayah padanya pasti akan lembut juga ibarat batu yang dititis-titiskan air ke atasnya setiap masa, akan membentuk lekuk juga akhirnya.

Sekarang pun makin ramai artis wanita yang sudah kembali kepada fitrah menutup aurat, Alhamdulillah. Semoga ia kekal dan menjadi inspirasi kepada mereka yang belum berubah serta diharapkan istiqamah dan terus menjadi lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak menilai siapa kita pada masa dahulu, baik buruk kita kalau kita kembali kepadaNya, Dia pasti akan mengampunkan kita. Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan syirik kepadaNya. Marilah berubah dan bertaubat.


Friday, May 18, 2012

kini kembali

ALLAHU rabbi, sekian lamanya aku meninggalkan teratak usangku yang satu ini.

namun, ALHAMDULILLAH teratak usang ni sudah pun aku perbaiki dan mengemas kini supaya nampak baharu dan 'wangi' ^^,

INSYA ALLAH, aku akan meneruskan lagi usaha dan memperbaiki penulisan supaya lebih baik dan apa yang baik dapat di sampaikan seterusnya diamalkan bersama.

Akhir kalam, semoga Allah panjangkan usia kita untuk terus beribadat dan beramal padaNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...