Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, December 31, 2010

sEkoLaH Laaaa



Ayuh kembali ke sekolah, ayuh !

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujung, sesi persekolahan kembali bermula. Kepada adik-adik yang masih di alam persekolahan, selamat kembali ke sekolah dan meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir.


gambar hiasan


Rindu hendak kembali ke zaman sekolah, zaman kebudak-budakan, zaman keselekehan :). Kalau dulu senior-senior yang dah keluar menjalani kehidupan universiti selalu pesan, "kutiplah mutiara ilmu di bumi SERATA ini, di sini banyak tarbiyah dan ilmu yang boleh diperolehi daripada ustaz dan ustazah sebab bila dah keluar nanti, susah hendak jumpa majlis2 ilmu melainkan diri sendiri tertarik hendak mencarinya." 

Bosan rasanya mendengar ayat yang sama berulang kali daripada senior2, hampir setiap tahun senior yang mengunjungi sekolah kami cakap macam tu. 

Tapi, bila diri sendiri merasai kehidupan berada di luar kawasan sekolah, barulah saya sedar akan kebenaran kata2 mereka, menyesal pulak mengutuk mereka. Maaf ya kakak2 sekalian ! hehe. Oleh itu, don't judge a book by it's cover. Jangan mengata seseorang tanpa usul periksa.

Walaubagaimana pun, saya bersyukur kerana di tempatkan di Akademi Pengajian Islam, sebab di sini masih terdapat majlis2 ilmu yang mengalu-alukan para pelajar mengikutinya. Tapi bagaimanakah kelak kehidupan saya di kampus sebenar di KL ?




Kepada adik2 ku sayang, saya ingin mengulangi kata2 senior2 terdahulu. Kutiplah mutiara ilmu itu sebagai bekalan di masa hadapan. Kelak kita akan lebih mencintai ilmu sekiranya kita bermula dari sekarang, hati yang masih bersih tanpa tercemar sedikit pun. Ambil la pesanan2 yang berunsur kebaikan, lihat pada isi kandungan pesanan itu bukan pada penyampainya walaupun orang yang menyampaikan itu menjengkelkan.

Saya nak pulang ke Kelantan pada malam ini, doakan perjalanan kami selamat sampai. Moga doa kalian dimakbulkan.

Sekian, moga ada manfaat nya.


Thursday, December 30, 2010

jeNjaLaN....jOm !!


Alhamdulillah, berakhir sudah sebuah penantian.

Penatnya menguruskan sesuatu untuk pertama kalinya. Tapi inilah pengalaman yang saya dapat, agak menyeronokkan.

Program kokurikulum bagi semester 4 sesi 2010/2011 akan bermula tidak lama lagi. Bagi majmuah 3, kami akan mengadakan program di dua buah tempat iaitu sekolah rendah saya, Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah dan rumah anak yatim/miskin Budimulia Nurul Huda.

Sebagai pencadang supaya program ni dibuat di sekolah lama saya, jadi terpaksalah saya menguruskannya dan bekerja keras untuk menjayakannya. Penat ! Memang penat, penat menantikan jawapan yang tidak pasti, kerja saya yang lain pun terpaksa ditunda seketika. Penantian itu satu penyeksaan, bak kata oranglah. Tapi bila semuanya telah selesai, HOORAY !!! Sorakan kegembiraan melanda, alhamdulillah tidak dilupakan :)

Pertama kali pergi, pengusaha tiada. Pulang semula, perjalanan kira-kira setengah jam dari sekolah rendah tu. Penat lagi. Penat drive, tapi sebenarnya seronok sebab dapat konker kereta untuk sehari. Gila stereng la katakan, hehe.


SEKITAR RUMAH ANAK YATIM 
ni la rumah anak yatim tu






SEKOLAH
surau sekolah





Tak boleh tunjuk banyak-banyak, tak suspen pulak nanti. Bila dah selesai program kami, saya post kan lagi gamabar dan al-kisah program kami. Walau bagaimana pun, usaha saya berhasil. Syukur ke hadrat Ilahi.


Tunggu entry untuk perjalanan program ini ya !

Terima kasih


Wednesday, December 29, 2010

Nak kErJa, boLeH ke ?



Cuti panjang akan bermula tidak lama lagi, tinggal beberapa bulan sahaja lagi hendak menamatkan pengajian di APIUM. Beberapa hari je lagi melangkah kaki ke alam 20-an. Wah, aku semakin dewasa ! Adakah pemikiranku juga dewasa ?

"Nak buat apa ye cuti lama nanti ?"

"Jom la keje."

"Best jugak, dapat pengalaman. Nak keje ape ?"

"Jadi guru sandaran ke, guru tadika ke, jadi babysitter pun ok jugak."

Best nya !! Teringin jugak saya nak kerja macam tu, teringin nak mengajar, keje di tempat2 lain. Keinginan yang kuat melanda di hati. 

Cemburu ! Ya, saya cemburu kawan2 saya mempunyai pengalaman sebegitu, ada yang bekerja di sekolah, di tadika, jadi casher pun ade. Paling koman jadi babysitter untuk kakak sendiri. Dari situ, mereka mempunyai banyak pengalaman dan luas pandangan. Pengalaman bekerja dan pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai ragam manusia, melayan kerenah yang pelbagai dan yang paling penting, berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada manusia.

Saya ? Apa yang boleh saya lakukan sepanjang cuti panjang nanti ?

Saya cemburu dengan mereka tapi apakan daya kalau ibu tidak membenarkan. Saya juga mempunyai keinginan yang sama dengan mereka, tapi apa yang terbaik untuk saya ? Pasti ada kelebihannya di situ. 


Saya pernah bertanya kepada seorang pensyarah dan beliau merupakan pakar hadis.

"Ustaz, antara melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan berbakti pada ibu bapa, manakah yang lebih utama ?"

"Berbakti kepada keduanya lebih besar."

Saya pegang akan kata2 itu sehinggalah saya menjumpai sebuah hadis yang menerangkan akan perihal ini.


Seorang sahabat telah mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu meminta izin baginda untuk menyertai peperangan, maka Rasulullah bertanya "adakah ibu bapamu masih hidup ? Sahabat menjawab "ya." Maka Rasulullah bersabda "maka berjihadlah kamu kepada mereka." - Muttafaqun Alaih

Dalam riwayat lain oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abi Said : Rasulullah bersabda agar sahabat pulang untuk meminta izin mereka, jika mereka mengizinkan maka keluarlah berjihad dan jika sebaliknya, maka berbuat baiklah pada mereka.

Indahnya Islam ! Tidak dibenarkan seseorang itu berjihad tanpa keizinan kedua ibu bapa. Sedangkan jihad memerlukan keizinan, inikan pula hendak mencari pengalaman bekerja. 

Oleh itu, inilah kelebihan yang ada disebalik sesuatu perkara yang tidak mendapat keizinan ibu bapa. Kenapa ? Kerana pada saat dan ketika inilah pengorbanan dan bakti kita pada keduanya. 

Kita tidak tahu bila roh kita akan dipanggil menghadap Ilahi.
Kita tidak tahu bila roh mereka akan dicabut.
Kita tidak tahu sejauh mana bakti kita pada mereka dan adakah selama ini diterima ?

Walaupun tidak mendapat keizinan hendak bekerja di luar, kita masih mempunyai peluang pekerjaan yang lebih besar dan mendapat ganjaran yang lebih lumayan iaitu berbakti kepada ibu bapa. SELAGI MEREKA MASIH BERADA DI SISI.

Jom kita renungkan sekejap :)

Tuesday, December 28, 2010

tirai penutup 2010

28 Disember 2010
9.00 pm
Masjid at-Taqwa, Bandar Baru Putra,
Perak Darul Ridzuan


Imam besar Masjid Al Aqsa, Palestina, Dr Syeikh Mohammad Mahmud Shiyam kini berada di Perak, baru je malam semalam saya mendengar ceramah daripada beliau, isu Gaza.

Mukaddimah yg menarik dilontarkan kepada para jemaah yg sedang mendengar. Bersyukur kerana dilahir dan dibesarkan di dalam negara yg aman damai lagi sejahtera. Ya, bersyukurlah kita sekalian wahai penduduk Malaysia !

Dr Syeikh Mohammad Mahmud Shiyam (berwarna)

Kejayaan yg dicapai penduduk Palestin

1. Sabar
Peperangan ! Bukan sahaja perkataan, malah kejadian ini sudah sebati dan lali bagi penduduk di Palestin. Tidak hairan la jika mereka tetap setia di negara mereka sendiri. 

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

[Ar Ra’d : 22]

Sekiranya perkara ini berlaku di Malaysia, apakah reaksi dan tindakan kita ? Tepuk dada tanyalah iman.

2.  Didikan
Didikan dan pentarbiyah dari keluarga amat terkesan dalam diri mereka. Dari didikan2 ibu bapa mereka jugalah yang menjadikan mereka berani menentang musuh walau hanya menggunakan batu2 kecil dan sebagainya. Ibu2 mendidik anak2 di rumah manakala sang suami melatih anak2 dan keluar menegakkan kalimah Allah.

3. Keberanian
Anak2 Palestin tidak takut dan tidak gentar menghadapi zionis yg zalim. Mereka diasuh dan dididik oleh ibu bapa mereka supaya menjadi berani, kelak mereka akan menentang kuasa2 zionis yg kejam itu.

Masjid al-Aqsa dibina lebih tinggi dari permukaan bumi (tak ingat berapa cm), dan sebab itulah penduduk Palestin boleh menggali tanah tersebut sebagai saluran untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan dari negara2 jiran dan sebagainya.

Oleh kerana teknologi pihak zionis lebih canggih, mereka juga menggali lubang untuk menghalang penduduk Palestin dari terus berbuat demikian. Penduduk2 lain yang mendengar bunyi kuat galian zionis, mereka bertindak membaling dengan batu-batu ke arah zionis2 yg cuba menghalang di dalam lubang tersebut. Apalah daya mereka menentang zionis yg dilengkapi senjata berteknologi tinggi. Tapi itulah semangat juang dan keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk2 Palestin.

(gambar kurang jelas sebab jauh dan handset murah, hehe)


Hal2 lain yang disampaikan

1) Seorang pak cik bangun dan bertanya soal Hamas & Fatah. Kata beliau "di mana2 sahaja pasti soalan yg sama ini ditanya. Tak kira di Kedah, Kelantan, Terengganu, semua bertanya soalan ini" mungkin si pak cik kurang memahami masalah ini. Jadi, tidak salah bertanya jika tidak tahu. Contohilah pak cik ini ;)

Di Palestin terdapat فريقين atau dua kumpulan, (boleh juga dikenali sebagai ahli politik) iaitu Hamas & Fatah. 

Hamas merupakan ahli yang mahukan Islam dan menegakkan ad-deen Allah. Mereka juga bertungkus lumus memerangi puak zionis dan wanita2 Palestin yang menutup aurat, kebanyakannya ahli Hamas. 

Manakala, Fatah merupakan ahli yang tidak mahukan Islam kerana mereka lebih mementingkan kemewahan dan kesenangan diri sendiri dan kroni-kroni mereka, sekaligus bersekongkol dengan puak zionis menentang Islam. Dan wanita2 Palestin yang tidak menutup aurat kebanyakannya adalah puak Fatah.

2) Ada juga yang bertanya tentang kapal Mavi Marmara, kapal bantuan itu pada kali pertamanya tidak dibenarkan masuk dan barang2 serta harta2 bantuan yg disalurkan terpaksa dibawa pulang. Hal ini kerana, kerajaan Mesir tidak membenarkan mereka memberikan sebarang bantuan buat mangsa di Palestin. Namun, kedatangan Mavi Marmara buat kali keduanya dibenarkan masuk dan 
semua barangan bantuan dapat disalurkan kepada penduduk Palestin.



______________________________________$%^&*______________________________________


Penutup

Hanya sekadar itu saja perkongsian saya dari apa yang telah saya dengar melalui ucapan beliau. Mungkin terdapat cacat celanya atau kekurangan isi, namun segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah tetapi disandarkan atas kelemahan diri ini yg naif dan jahil

Moga ada manfaat nya !


Friday, December 24, 2010

i LOVE u

Home sweet home !!

~Love to live here~

Seronok dan bahagia dapat balik rumah

Menatap wajah mereka yang tersayang

Moga mendapat pahala 

Berbaktilah pada mereka


Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu : 

~ melihat Kaabah ~

~ mushaf al-Quran ~


~ melihat wajah ibu bapa ~


~ orang alim ~


~ memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang ~


~ Ada juga yang berkata melihat laut juga mendapat pahala ~



Iringilah dengan doa terhadap mereka


Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

Tuesday, December 21, 2010

be strong :)


Pengalaman mematangkan fikiran kita. Pengalaman juga mengajar kita supaya bangkit dan terus berusaha mencapai dan menggenggam kejayaan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat2 saya yg telah melalui pelbagai pengalaman yg insya Allah akan lebih mematangkan diri mereka.

..............................................................*****................................................................

Wanita sering dikaitkan dengan kelemahan, dan kelemahan itu bukanlah satu kecacatan malah sebagai perhiasan kecantikan yg dicipta khas hanya untuk kaum wanita.

Dan kerana sebab inilah kadang2 wanita berasa takut untuk menghadapi risiko. 

"Aku nk ponteng kelas tu lah, tapi boleh ke ? Nanti tak boleh masuk exam"

"Aku ada je lesen, tapi aku takut la nak bawak kereta"


Situasi pertama memang wajar untuk kita takut dan berasa bimbang kerana itu mungkin salah satu bisikan halus yg ditiupkan oleh syaitan laknatullah supaya kita ponteng kelas dan tidak berminat untuk mencari ilmu.

Tapi kalau situasi kedua, saya rasa wajar bagi kaum wanita untuk mengatasi masalah ini. Ya, pelbagai kemungkinan akan berlaku ketika memandu, tetapi itulah pengalaman yg akan kita ingati sampai bila2.

Dan kerana inilah saya berbangga dengan sahabat2 saya, mereka berani menghadapi sebarang risiko. Suka duka dihadapi bersama. Susah senang ditangani jua.

Walaupun saya sendiri tidak pernah menghadapi situasi macam mereka :

  1. tayar pecah semasa memandu
  2. minyak habis di tengah jalan
  3. minyak hitam habis
  4. air kering
  5. paip bocor
Bawak bengkel la jawabnya. Kena la bayar RM bla..bla..bla..

Wah ! Saya sendiri pun setakat kena saman je. Saya tak dapat bayangkan kalau saya berada dalam situasi itu, dan inilah pengalaman mereka. Kaum wanita tidak lemah, kerana mereka juga wanita dan mereka mampu menghadapi risiko dan situasi seperti ini.


KESIMPULAN 

Saya cuma berasa kagum dengan mereka dan bangga dengan kaum sejenis saya ini. Bukannya lemah, tetapi sebuah keindahan. Walau diejek atau diperli, itulah yg bisa melembutkan hati seseorang yg sedang marah atau sebagainya. 

Kepada wanita, chaiyok ! Mari kita sama2 atasi masalah ketakutan dan kebimbangan yg bukan pd tempatnya. Sahutlah cabaran ini :D

Wednesday, December 15, 2010

sama ke tidak ?


Seorang sahabat bertanya, “pada pendapat akak, apa ye amalan bagi wanita yg uzur bg mendekatkan diri dengan Al-Khaliq. Sebab kadang2 rasa macam jauh je dengan Dia.” 

Saya cuma memberi sedikit pendapat memandangkan saya dah lama tidak meng'update' blog saya ni. Dan betulkan saya jika saya silap. Sebarang penambahan juga amatlah dialu-alukan.


Wanita haid dikatakan mempunyai kekurangan akal dan agamanya seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”


“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang orang lelaki diantaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya.” (Qs. Al-Baqarah: 282)


Tidak semua perkara yang baik boleh dilakukan. Walaupun solat diawal waktu itu adalah afdhal dan amat dituntut, tetapi solat di awal sebelum waktunya tidak boleh dilakukan. Begitu juga bagi wanita haid, walaupun solat, membaca al-quran adalah perkara yang mendatangkan pahala, tetapi ia dilarang dan diharamkan untuk berbuat sedemikian kerana perkara itu dilarang oleh agama.


Wanita haid tidak boleh menunaikan solat, membaca al-quran, menyentuh al-quran, memasuki masjid dan tawaf. Jadi segala bonus yg sepatutnya dapat buat wanita terpaksa di 'burn' kan. tetapi ia tidak bermaksud wanita haid tak boleh memperolehi pahala.


Sebab itulah wanita haid dituntut memperbanyakkan sedekah dan berzikir, supaya pahala2 boleh diperolehi


Bagi persoalan yg ditanya oleh seorang sahabat, saya berpendapat bahawa wanita boleh melakukan ibadat tetapi bukan ibadat yg diharamkan buat wanita haid. Contohnya, membaca ma'thurat pada waktu subuh dan asar, membaca bahan2 ilmiah, berzikir, menghadiri kuliah2 agama atau sebagainya.


Wanita haid tidak perlu risau akan dosa dan pahala kerana Allah itu Maha Adil dan Saksama, segalanya ada kelebihannya. 

Thursday, December 2, 2010

mak ! abah !



Mak ! Abah !

Dua perkataan yg menjadi keramat buatku sejak aku lahir sehingga kini. Tidak luput dari ingatanku dua insan yg amat aku sayangi.

Dua insan ini menjadi kerinduanku selama aku berada di negeri perantauan.
Rindu di hati tidak tertanggung.
Hanya doa kukirim tanda ingatan kepada mereka.
Jarak yang memisah mengajar aku erti kesabaran.
Menjadikan aku lebih matang.

Mak ! Abah !

Kak Yah rindu sangat ngn mak dan abah. 
Rindu ini semakin lama semakin tidak tertanggung.

Oh Tuhan !

Kau lindungilah mereka dari ancaman bahaya.
Berilah kesihatan yang baik buat mereka.

Mak ! Abah !

Selama hampir 20tahun kalian mendidikku.
Adakah selama ini juga aku telah menjadi anak yg terbaik buat kalian ?





Aku rasa aku seperti keseorangan di sini.
Merindu kalian merupakan kesakitan yang teramat sangat.
Tanpa kalian, tidak mungkin aku berada di dunia ini.
Aku berharap aku boleh menjadi anak yg baik dan yg terbaik buat kalian.
Kerana aku sangat MENYAYANGI kalian !!


#tetibe je hari ni rase sayu dan syahdu
n post kali ni pon lebih kepada luahan hati, huhu#


Wednesday, December 1, 2010

seBukU rOti SeBuaH sYurGa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam bujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sadar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, karena sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.” Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!"

"Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditimpakan ke atas kamu." Ibn Athoillah

______________________________________*****______________________________________

saya cuma berkongsi post ini dr sahabat yg lain
moga ada manfaatnya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...