Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, December 15, 2010

sama ke tidak ?


Seorang sahabat bertanya, “pada pendapat akak, apa ye amalan bagi wanita yg uzur bg mendekatkan diri dengan Al-Khaliq. Sebab kadang2 rasa macam jauh je dengan Dia.” 

Saya cuma memberi sedikit pendapat memandangkan saya dah lama tidak meng'update' blog saya ni. Dan betulkan saya jika saya silap. Sebarang penambahan juga amatlah dialu-alukan.


Wanita haid dikatakan mempunyai kekurangan akal dan agamanya seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”


“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang orang lelaki diantaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya.” (Qs. Al-Baqarah: 282)


Tidak semua perkara yang baik boleh dilakukan. Walaupun solat diawal waktu itu adalah afdhal dan amat dituntut, tetapi solat di awal sebelum waktunya tidak boleh dilakukan. Begitu juga bagi wanita haid, walaupun solat, membaca al-quran adalah perkara yang mendatangkan pahala, tetapi ia dilarang dan diharamkan untuk berbuat sedemikian kerana perkara itu dilarang oleh agama.


Wanita haid tidak boleh menunaikan solat, membaca al-quran, menyentuh al-quran, memasuki masjid dan tawaf. Jadi segala bonus yg sepatutnya dapat buat wanita terpaksa di 'burn' kan. tetapi ia tidak bermaksud wanita haid tak boleh memperolehi pahala.


Sebab itulah wanita haid dituntut memperbanyakkan sedekah dan berzikir, supaya pahala2 boleh diperolehi


Bagi persoalan yg ditanya oleh seorang sahabat, saya berpendapat bahawa wanita boleh melakukan ibadat tetapi bukan ibadat yg diharamkan buat wanita haid. Contohnya, membaca ma'thurat pada waktu subuh dan asar, membaca bahan2 ilmiah, berzikir, menghadiri kuliah2 agama atau sebagainya.


Wanita haid tidak perlu risau akan dosa dan pahala kerana Allah itu Maha Adil dan Saksama, segalanya ada kelebihannya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...