Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, January 26, 2011

sPeEchLeSS




Alih matamu ke laut,

Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,

Tapi hanya ALLAH sahaja tahu rahsia di dalamnya,

Begitulah dengan kehidupan ini,

Riang tawa..hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya,

Jika rasa kecewa pandanglah sungai,

Airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang,

Jika rasa sedih pandanglah langit,

Dan dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu !


Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA,

Rasa bahagia dengan ujian walau perit,

Di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya tarbiyah ALLAH tersirat rahmat & hikmah,

Diuji kita sebagai tanda sayangNYA..


Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian yang amat hebat,

Sebagai tanda kasihNYA,

Begitulah rupanya berkasih dengan ALLAH,

Tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah,

Tapi dilindungi dengan ujian & cubaan yang tak berkesudahan,

Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang ALLAH kepada hambaNYA,

ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..


Friday, January 21, 2011


Alhamdulillah, diri diuji sekali lagi. Diuji mungkin kerana disayangi atau sebagai musibah. Walaupun hanya ujian kecil, moga menjadi kifarah untuk menghapuskan dosa2 kecil yang akan menjadi besar kalau dibiarkan.

Dan dengan keizinan-Mu, aku mampu memikulnya kerana hamba-Mu ini tahu Engkau tidak akan membebani hamba2-Mu dengan ujian melainkan dengan kadar kemampuannya (al-Baqarah : 78)

Firman Allah lagi : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)


Wednesday, January 19, 2011

SMART'11

14 Januari 2011

Episod 1 bermula, perjalanan dari Kelantan menuju ke Perak. Kami menggunakan empat biji kereta untuk mengangkut barang2 dan orang ke stesen bas di tesco.

Alhamdulillah, perjalanan lancar tapi kawan2 yang tak biasa jalan Gerik terpaksalah menahan loya dan pening2. Kesian ! Moga Allah membalas pengorbanan kalian, hehe.

Tiba di stesen bas Medan Gopeng pada jam 4.30 petang. Menuju pula ke penginapan masing2. Makan malam disediakan di rumah Haji Ismail dan Hajjah Aishah. Enhanced by Smiley Central 

bacaan doa diketuai oleh shahrul

1 & 2 dari kanan (tuan rumah)


MdNoor semangat :p



15 Januari 2011

Bermula program di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah pada jam 3 petang.


solat asar berjemaah



baca mathurat



antara fasi yang bersemangat



pengenalan fasi2



adik2 sedang menjamu mkn malam



sedap tuh KD makanan masak :D


pembahagian kumpulan



bersama kakak fasi


bersama abang fasi




menyanyikan lagu tema



15 Januari 2011


Program bermula seawal 5 pagi bermula dengan qiamullail, diikuti kuliah subuh dan senaman pagi




kuliah subuh disampaikan oleh al-fadhil ustaz Ridhwan MdNoor



penyampaian cenderamata untuk penceramah


senaman pagi

warm up

conductor yg bertamadun :p






Slot study management disampaikan oleh al-fadhil ustaz Munawwir bin Salehuddin

ustaz Munawwir bersama peserta, adik Hadi


amanat dari ustaz supaya adik2 menulis surat buat ibu bapa masing2



adik2 syahdu menulis surat


suasana sepi dan sayu


penyampaian cenderamata buat penceramah


LDK slot praktikal solat






Banyak lagi nak tunjuk & nak diceritakan, tapi kita bersambung pada entry akan datang !!

Tuesday, January 11, 2011

TadaBbur akhir


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


Zahir ayat menunjukkan supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum memberi salam. Sebahagian ulama’ seperti al-Mawardi dan al-Alusi berpendapat jika pengunjung nampak ada orang di dalam rumah, maka mesti beri salam dahulu. Tetapi jika tidak nampak sesiapa mestilah meminta izin kemudian baru memberi salam setelah nampak ahli rumah.

Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan disunatkan untuk mendahuluinya dengan salam sebelum meminta izin.

Dari Kaldah bin Hanbal, dia berkata : Sesungguhnya Shafwan bin Umayyah, mengutusnya menjumpai Rasulullah s.a.w. dengan membawa susu, beberapa za’faran dan anak rubah. Nabi s.a.w. saat itu berada di dataran tinggi Makkah, lalu saya pun masuk tanpa memberi salam, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kembalilah dan katakan Assalamu ’alaikum”. Kejadian ini setelah Shafwan bin Umayah memeluk Islam.

Dan dari Rib’i, dia berkata: “Telah bercerita kepada kami seorang dari bani ‘Amir, sesungguhnya dia meminta izin kepada Nabi s.a.w. sementara baginda berada dirumahnya, maka dia berkata: “Bolehkah saya masuk?” Maka Rasulullah berkata kepada pembantunya: “Keluarlah dan ajarkan kepadanya adab meminta izin, maka ia mengatakannya: “Katakanlah Assalaamu ’alaikum, bolehkah saya masuk?”

Dalam konteks kehidupan hari ini, meminta izin boleh difahami sebagai mengetuk pintu, membunyikan loceng dan sebagainya. Ini kerana pada zaman Rasulullah s.a.w & Sahabat r.a, rumah-rumah mereka tidak berpintu atau kadang-kala tidak berhijab langsung.
Ayat Al-Quran tidak menjelaskan berapa kali kah dibolehkan meminta izin.

Zahir ayat seolah-olah menunjukkan bahawa meminta izin sekali sahaja, dan jika tidak disahut atau tidak dibenarkan, maka pengunjung harus pulang. Mengikut situasi dan keadaan semasa, ada juga pendapat yang mengatakan boleh meminta izin sebanyak tiga kali.

Minta izin itu sampai tiga kali, jika sesudah tiga kali tidak ada jawapan maka hendaknya pulang. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu minta izin sudah tiga kali, lalu tidak diberi izin, maka hendaklah ia pulang”. (Muttafaq’alaih). Hendaknya peminta izin pulang apabila permintaan izinnya ditolak, kerana Allah telah berfirman yang ertinya:

“Dan jika dikatakan kepada kamu “pulang”, maka pulanglah kamu, karena yang demikian itu lebih suci bagi kamu”. (An-Nur: 28).


semoga bermanfaat 


Sunday, January 9, 2011

TadaBbur 2








Post saya yang lepas berkaitan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 27-29, sebarang rujukan boleh lihat di sini. Ringkasan surah itu menyebut tentang menjaga maruah dan privacy seseorang. Diriwayatkan bahawa sababun nuzul bagi ayat ini ialah kerana seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku kadangkala di rumahku dalam keadaan yang aku tidak suka sesiapa pun melihatku baik orang besar mahupun budak kecil, kemudian ada yang datang dan masuk berjumpaku, apa yang harus ku lakukan?”


Maka Allah s.w.t pun menurunkan ayat ini.

Indahnya Islam sehinggakan bab aurat dan kehormatan seseorang itu dipelihara dan dilindungi daripada pandangan orang lain baik kanak-kanak yang belum baligh, mahupun orang dewasa hatta orang tua yang mungkin sudah kurang keinginannya.

Islam juga menganjurkan supaya kanak-kanak dan orang dewasa meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik atau kamar seseorang pada waktu-waktu tertentu iaitu :
·         Sebelum solat subuh
·         Ketika zohor / tengah hari
·         Selepas solat isyak

Firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur, 58 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Hal ini kerana, pada tiga waktu inilah kebiasaan bagi seseorang untuk menyiapkan diri dan ketika itu yang biasanya terdedah aurat kita pada ajnabi. Oleh itu, amat dituntut supaya meminta izin untuk memasuki bilik seseorang demi menjaga kemaslahatan bersama.

Faedah daripada ayat ini :







¢  Wajib meminta izin bila hendak memasuki rumah orang.
¢  Haram memasuki rumah bila penghuninya tiada.
¢  Wajib pulang bila tidak diizinkan masuk.
¢  Disyari’atkan memberi salam kerana ia adalah syi’ar Islam.


P/S : sambung akan datang. Enhanced by Smiley Central







Saturday, January 8, 2011

TadaBbur 1



Allah berfirman :


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).


Maka sekiranya kamu tidak mendapat sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "Baliklah", maka hendak kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.


Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin mana-mana rumah yang tidak didiami orang yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. 


RINGKASAN AYAT :



Ø  Allah s.w.t mengajar orang-orang mukmin tentang adab berziarah; iaitu meminta izin dan memberi salam sebelum masuk.
Ø  Larangan memasuki rumah orang lain tanpa izin supaya tidak ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
Ø  Menghormati aurat dan privacy tuan rumah.
Ø  Izin di sini bererti memberi salam kemudian menunggu dijemput masuk.
Ø  Suruhan supaya pengunjung pulang jika tidak dibenarkan masuk; itu adalah lebih baik dan mulia baginya.
Ø  Larangan memasuki rumah yang penghuninya tiada di dalam.
Ø  Pengecualian bagi keadaan-keadaan dimana sesuatu rumah atau tempat memang lazimnya tiada penghuni; atau rumah yang dibina sebagai manfaat untuk pengunjung yang lalu di situ.


P/S : Perbincangan lain akan bersambung dalam post yang akan datang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...