Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, January 9, 2011

TadaBbur 2








Post saya yang lepas berkaitan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 27-29, sebarang rujukan boleh lihat di sini. Ringkasan surah itu menyebut tentang menjaga maruah dan privacy seseorang. Diriwayatkan bahawa sababun nuzul bagi ayat ini ialah kerana seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku kadangkala di rumahku dalam keadaan yang aku tidak suka sesiapa pun melihatku baik orang besar mahupun budak kecil, kemudian ada yang datang dan masuk berjumpaku, apa yang harus ku lakukan?”


Maka Allah s.w.t pun menurunkan ayat ini.

Indahnya Islam sehinggakan bab aurat dan kehormatan seseorang itu dipelihara dan dilindungi daripada pandangan orang lain baik kanak-kanak yang belum baligh, mahupun orang dewasa hatta orang tua yang mungkin sudah kurang keinginannya.

Islam juga menganjurkan supaya kanak-kanak dan orang dewasa meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik atau kamar seseorang pada waktu-waktu tertentu iaitu :
·         Sebelum solat subuh
·         Ketika zohor / tengah hari
·         Selepas solat isyak

Firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur, 58 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Hal ini kerana, pada tiga waktu inilah kebiasaan bagi seseorang untuk menyiapkan diri dan ketika itu yang biasanya terdedah aurat kita pada ajnabi. Oleh itu, amat dituntut supaya meminta izin untuk memasuki bilik seseorang demi menjaga kemaslahatan bersama.

Faedah daripada ayat ini :







¢  Wajib meminta izin bila hendak memasuki rumah orang.
¢  Haram memasuki rumah bila penghuninya tiada.
¢  Wajib pulang bila tidak diizinkan masuk.
¢  Disyari’atkan memberi salam kerana ia adalah syi’ar Islam.


P/S : sambung akan datang. Enhanced by Smiley Central







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...