Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, February 21, 2011

hati-hati dengan hati


"Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati orang yang melakukan maksiat."


Terdetik di hati ini untuk berkongsi pendapat yang tidak seberapa ini, memandangkan saya pernah mengutarakan hasrat untuk menaip entry tentang ini di sini, perenggan 5 sebelum akhir. Jadi, saya cuba mengotakannya. 

Siapa yang tak pernah dengar ayat ni ? Ayat ni dilafazkan oleh Imam Syafie. Simple kan, tapi mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Kita cuba praktikkan teori student standard 6 ye. Jalankan eksperimen menggunakan kadbod dengan lampu suluh. Lakukan inferens terhadapnya. 

Jawapannya ?

Cahaya tidak dapat menembusi objek yang legap. Betul kan ? 

Subhanallah ! Hebat sungguh ciptaan Allah. Teori ini diucapkan oleh ilmuan Islam dan telah dibuktikan oleh saintis2. Kita pun dah belajar kan masa sekolah rendah. Masih hendak menafikan ?

HATI vs MAKSIAT

Pernah ke kita terlepas daripada sebarang kesalahan ? Tidak. Kita manusia bukan maksum sebagaimana Rasulullah s.a.w..  Tambahan pula hati. Rasulullah pernah bersabda bahawa nasib anak adam mengenai zina telah ditetapkan. Hadis ini panjang dan di antara zina itu adalah zina hati iaitu keinginan dan syahwat.

Keinginan yang bagaimana ?

Siapa ada teman istimewa ? Jika ada, pasti merinduinya kan. Ketika itu, apa yang diingini ? Mesti nak berada di sampingnya, berkongsi rasa, chit chat la kononnya. Sambil2 melayan sms, tersenyum seorang diri, membayangkan detik2 indah bersama si dia.

Hah !! Saat itu, adakah kita mengingati Allah yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita ? Ketika syaitan dah menguasai, tak lagi kita ingat pada Allah. Satu titik hitam dah terpalit pada hati kita.

Berapa lama kita kawan dengan dia ?

Bukan sehari dua kan, kalau boleh hendak bersama selamanya. Dalam sehari berapa lama kita berborak dengan dia ? Cuba kita fikir, berapa banyak titik hitam yang dah melekat kat hati kita tu. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN ?

Pertama : Masukkan akar taubat ke dalam hati - saya dan kamu semua ada dosa kan ? Kan kita tahu manusia banyak khilafnya, jadi berani sangat ke tak memohon ampun setelah buat dosa ? Kalau nafas terhenti saat belum mendapat keampunan, kesedaran untuk bertaubat harus terdetik setiap hari, beningkan hati dengan istighfar disetiap hembusan nafas, mampu tak ?

Kedua : Masukkan semua dalam bekas taqwa - ketika saya mengaku mencintai Allah, maka saya wajib bertaqwa, menjauhi laranganNya dan jalankan perintahNya. Bahagianya kalau saya mengikuti ini.

Ketiga : Didihkan dengan api tafakkur : lakukan dalam setiap solat tahajjud, mengadulah kepada Allah, mintalah cintaNya, mintalah apa yang hendak diminta, percayalah Allah tak pernah mengingkari janjiNya. Allah benar dengan setiap firmanNya.

Keempat : Hidangkan dengan piring zikrullah - kalau ada terasa di dalam sekeping daging di dada itu henddak melakukan sesuatu di luar batasan syar'ie, zikirlah. Tak ada yang mampu mengubati hati melainkan zikrullah. Zikirlah di setiap helaan nafas maka Allah akan menjaga hati saya agar tak sakit. Subhanallah !!!

Jadi ketika diri tak mampu mengisi dengan kebaikan, keburukan akan bersarang di hati. Tak mungkin bersarang di dalam satu hati kebaikan dan keburukan. Diibaratkan seperti ni. Tak mungkin kita berzikir sambil mabuk kan ?

Ibarat cermin yang sudah penuh kotoran maka jangankan untuk bercermin wajah orang lain, untuk dirinya sendiri pun tidak mampu… suram je..
Semoga ALLAH membuka hijab dihati, menjernihkan hati kita sehingga nyatalah ALLAH dan kita menemukan ALLAH dalam setiap apa pun yang terjadi, inilah bahagia yang hakiki…





22 Feb 2011
7:34 am


Wahai hati,

Bila engkau memandang segalanya daripada Allah,

Yang mempercepatkan segalanya,

Yang menimpakan ujian,

Yang menyebabkan sakitnya hatimu,

Membuatkan keinginanmu terhalang,

Pastinya damailah hatimu...

Masakan Allah sengaja mentadbirkannya dengan sia-sia,

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,

Pecahnya hatimu,

Tapi mungkin itulah yang Dia mahu,

kerana Dia tahu...

Hati yang sebegini lebih lunak dan mudah untuk dekat kepadaNya


Thursday, February 17, 2011

saat indah bersama ..........................


Kenangan yang TERINDAH ~

Segalanya indah di bumi barakah, bumi tarbiyah. Lagi dikenali sebagai serambi mekah.

Dua tahun di sini terasa bagai dua bulan, masih belum puas menagih ilmu daripada ustaz2 dan ustazah2 di sini. Terasa ceteknya ilmu selama ini.

Akanku rindu saat ke kelas bersama kawan2 rapat. Special dedicate untuk Nabilah Adlan & Mujibah Afifa, selama setahun (dua sem) duduk se dorm. Makan sama2, keluar sama2. Tidur pun sama2. Solat sama2. Senang kata semuanya buat sama2.

Rindu saat2 manis bersama kalian berdua ~
B 128 ~

Special dedicate lagi buat Nazratun Naimah, Fatin Syuhada & Mujibah Afifa (again). Tak sangka masa sem 1 & 2 kome yang aku rasa macam sombong boleh jadi rapat dengan kome. Sebab tulah orang kata don't judge a book by it's cover kan ~

Berkat rombakan majmuah !

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersurat dan yang tersirat. Disebalik kesedihan dalam rombakan ini, ada hikmah yang tersembunyi. Melalui rombakan inilah ukhwah sesama kita dapat dipupuk. Daripada tidak kenal dan berprasangka buruk, kita boleh mengenali seseorang dengan lebih rapat dan kita jadi tahu perangai seseorang itu. Setuju tak ?

Inilah perjalanan yang hebat oleh Yang Maha Bijaksana, yang dah mengaturkan segalanya dengan penuh hikmah dan 'ibrahnya.

Satu lagi perkara yang pasti akan dirindui.

Kuliah Bulughul Maram ~~

Mana nak cari lagi ye kuliah ni, nak sambung pelajaran hadis ahkam yang dah terhenti ni ? Penyampaian yang menarik minat para pelajar untuk mengikuti kuliah ini. Terbaiklah Prof Madya Dr. Muhiden ~~~

Kuliah terakhir beliau mengamanatkan kepada pelajar2 yang bakal melangkah keluar dari sini, pelajar semester 4 & Pengajian Islam/Sains (APIDS), jangan lupa ya kawan2 :-

-sentiasa hadir dalam majlis ilmu
-membaca al-quran sebagai agenda harian
-berbuat baik kepada ibu bapa
-sentiasa meminta padangan dan petunjuk ustaz.


Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya ingatlah ingat semua. Jadilah insan berguna ~
Teringat lagu ae-man, tajuknya sudah terlupa. Kata imam Syafie pula, "ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati orang yang melakukan maksiat." Rasanya ramai yang faham dan pernah dengar ungkapan ini cuma masih terlalu sedikit yang mengamalkannya. Nak bincangkan pun perlukan penulisan yang panjang kot dan saya tak bercadang hendak menulis tentangnya pada entry ni, akan datang la ye ;)

"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku." Rasulullah sendiri mengungkapkannya dan kita sendiri sudah sedia maklum. Ayuh ! Luangkan sedikit masa kita dengan membaca al-Quran walau hanya satu muka. Biar sedikit asalkan berpanjangan dan istiqamah.

Surah Isra' ayat 23-24 ada menyebut tentang bercakap baiklah kamu terhadap kedua ibubapa kamu. Rujuk. Sebutir perkataan simple itu pun Allah menegah apatah lagi menengking dan menyakiti mereka. Awas !!!

Yang last ni yang kadang2 orang jarang2 buat. Ada juga manusia yang bongkak dan sombong tidak mahukan nasihat dan pandangan orang alim, kononnya kuno. Astaghfirullah ~

Malu bertanya sesat jalan, kalau jalan nak ke kota bharu tak apa lagi sesat. Masih boleh diundur dan mencari jalan sebenar. Kalau hati dan ilmu kita sudah sesat, apa lagi yang tinggal untuk kita kembali ke pangkal jalan ?



Sunday, February 13, 2011

jOm tEst ~


Maaf ~~
Sorry ~~
Asif ~~

Satu perkataan yang simple dan mudah untuk disebut, hanya dengan dua suku kata kita mampu menyebutnya. Sangat mudah kan ?

Tapi..................

Sejauh manakah kesenangan dan kemudahan sebutan itu mampu dikeluarkan dari mulut seseorang manusia ? Malah sebagai hamba ?

Secara peribadi saya berpendapat, amat susah kita hendak mengeluarkan sepatah perkataan itu. 

Kenapa ?

Sebab kita kadang2 susah hendak mengaku kesilapan dan kesalahan kita. Betul tak? 
Ya ! Saya sendiri kadang2 tidak mahu mengaku salah dan asyik nak tunding jari pada orang lain je. Susah nak keluarkan perkataan 'MAAF'.

Jika kita tidak biasa dan tidak mempraktik mengungkapkan kata 'maaf', kita akan menjadi malu dan terlalu ego untuk ucap. Hatta dengan ibu bapa sendiri pun malu hendak memohon maaf, sedangkan mereka terasa hati dengan kita. Tak takut ke dengan kemurkaan Allah kalau kita tak dapat kemaafan keduanya ?

Kebiasaan ini JANGAN dibiarkan berterusan, takut2 melarat hingga kita tidak memohon ampun pada yang Maha Esa. Nauzubillah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Penyakit ini perlu dibendung seterusnya merawat sehingga pulih sepenuhnya. Caranya bagaimana ? Senang je. Buangkan sikap malu dan ego kita ~

Senang kan ?

Tapi susah untuk dipraktikkan sebabnya kita tak biasa dan kadang2 rasa malu. Sebab kita tak biasalah kita kena biasa2 kan diri. Saya sendiri pun mula2 memang malu, dengan adik beradik sendiri pun malu nak minta maaf. 

Bila bergaduh semua buat kepala masing2. Tegur pun tidak. Air yang dicencang tidak akan putus, pepatah ini dah tak boleh pakai sebabnya tak semua keluarga yang bergolak itu kembali damai dan hidup harmoni. Ada je keluarga yang berpecah belah dan ada juga sampai tahap berbunuhan sesama sendiri.

Ini antara akibat yang kemungkinan boleh berlaku kalau masing2 nak pertahankan ego masing2, tak mahu memohon maaf sesama sendiri.

Takkan kita pun hendak menjadi seperti itu, dah semacam zaman jahiliyyah je. 

Makanya...
Sampai bila kita hendak pertahankan ego kita yang tak berkesudahan itu ? 

Kalau kita bergaduh dengan kawan atau adik-beradik, kita akan dipinggirkan atau kita yang meminggirkan mereka. Oh ! Merana diri ini kalau dipinggirkan kawan2. Sendirian mengundang sayu yang teramat sangat. Tidakkah anda merasakan sedemikian ?

Saya merasainya ~~
Jadi...............

Jangan malu. Tolonglah JANGAN MALU hendak meluahkan perkataan maaf itu. Seksanya hati dan perasaan kita kalau kita terus-terusan memendam perasaan marah. 

"Saya minta maaf ! "

Sedikit pun tidak menjatuhkan maruah dan harga diri kita, malah ia dapat melembutkan hati dan memadamkan api kemarahan yang dicipta oleh syaitan. Mungkin lepas itu kawan / adik beradik kita dah tak marah dengan kita dan kita boleh berbaik semula dengan mereka.

Ah, sukanya !! Enhanced by Smiley Central


Kan Allah juga suka pada hambaNya yang saling bermaafan.
Saya nak ulang sekali lagi, JANGAN MALU memohon maaf walau dengan siapa sekalipun.

Makanya,
Jom kita bermaafan ~~~

~SAYA MINTA MAAF~


Saya juga mohon kemaafan andai terdapat kekurangan pada setiap entry saya.


Friday, February 11, 2011

fUTsaL 2011


11 Feb 2011
8.00 am

Suasana menyepi menyelubungi kolej kediaman al-Malik Khalid, Nilam Puri. Tidur lagikah ?

Oh warga AMK semuanya sudah ke Pasir Tumboh untuk menghadiri satu pertandingan futsal peringkat kolej yang dianjurkan oleh JKP Sukan & Rekreasi yang diketuai oleh saudari Noor Aminah Bt Kamilen dengan kerjasama Nurul Husna bt Sarwani selaku timbalan pengarah bagi program ini wala ansa (tidak dilupakan) rakan2 yang menjadi badan penggerak program tersebut.

Tahniah ! Syabas kerana menamatkan program tersebut dengan jayanya.


srikandi sudah bersiap sedia



perjalanan bermulaaaaa~


9.00 am

Pertandingan bermula seawal jam 8.15 am lebih (lebih kurang la), majmuah saya yang gagah perkasa lagi dikenali sebagai harimau malaya, haha lawan pada jam 9.00 am bertemu dengan pihak lawan yang tidak kurang hebatnya, majmuah 5 semester 4. Habis tu pulak, kami bertemu dengan majmuah 6 semester 2 pada jam 11.00 am. Diorang pon tak la hebat mana, haha. Ada lagi satu majmuah tapi saya lupa la pulak majmuah mana. Tua dah saya ni, allah ~~

Memang la best main futsal, tapi saya kurang minat la. Tapi demi majmuah tercinta dan untuk menyihatkan badan yang dah sememangnya sihat ni, saya korbankan segalanya ('',)

Pusingan awal memang la sengit lawan dengan majmuah 5, habis ditendang nya semua benda, haha. Lawan dengan semester 2 pun sengit la jugak, tapi diorang tu memang la 'tak bape nak terer', geram betul di buatnye (>_<). 

Habis 3 pusingan, majmuah 3 semester 4 memang terer. Tak ada majmuah lain yang boleh menandingi majmuah kami sebab kamilah harimau malaya yang jinak, haha. Sebab apa saya kata kami hebat ? Sebab kamilah majmuah pertama yang balik ke kolej (^_^) hahaha sebab 3 pusingan tu semua bola masuk ke dalam gol kami je. Eh, tapi jangan sangka kami ni lemah, dapat jugak tau menjaringkan gol walaupun tak banyak. At least ada la juga ~~



kedatangan yang amat berhormat


'perang' bermula :)


keceriaan terserlah

Wah !! Kenangan terindah bersama kawan2 sepanjang dua semester dan sepanjang tahun 2010-2011. Walau hanya seketika, kemesraan dan kemanisan ukhwah bersama mereka begitu dirasai. Bilakah lagi kami dapat merasai kemanisan ini ?

Buat kawan2 sekalian, kome memang best ~~~~

Special dedicate for my best fren,.,Nazratun Naimah, Fatin Syuhada, Mujibah Afifa, kak Faizura. (~_^)



Tuesday, February 8, 2011

minggu pergolakan


Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kebangkitan rakyat Mesir untuk menjatuhkan pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Hosni Mubarak. Rusuhan ini berlaku disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman pihak polis, sekatan terhadap kebebasan suara dan juga penipuan dalam pilihanraya.

Kebangkitan mereka untuk menggulingkan pemerintahan kejam rejim Mubarak yang memerintah secara zalim selama 30 tahun dan seharusnya kebangkitan mereka menjadi contoh kerana keberaniaan mereka memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat juga sebagai umat Islam. Selain di Mesir, Tunisia juga melakukan perkara yang sama. 

Subhanallah !! Hebat sungguh keberanian mereka menentang pemimpin yang zalim. Adakah kita juga mampu menjadi seperti mereka ?

Ya, kita perlu bersyukur kerana di negara kita masih aman tanpa pergolakan. Tapi jangan disangka air yang tenang itu tiada bahayanya. Mungkin sekarang kita boleh tidur lagi, berhibur dan sebagainya. Pesanku janganlah kita terlalu leka dan goyang kaki dengan keadaan kita yang tenang dan damai kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

Saya tidak mendoakan sesuatu yang buruk. Tidak sama sekali !! Cuma harapan saya kita jangan terlalu lalai, sesuatu perkara tidak mustahil akan berlaku kalau Allah menyebut KUN ! Maka jadilah sesuatu itu.

Ingatlah ! Peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu. Siapa sangka tragedi itu boleh berlaku di negara kita ? 

Pepatah melayu kata "jangan terhantuk baru tergadah", kalau diri masih leka dan sambil lewa dalam pemilihan pemimpin yang akan menerajui negara ini menyebabkan kita sendiri yang menerima padah.

Fikir-fikirkanlah ! Mungkin penyampaian saya agak kabur dan terawang-awang, jadi pembaca2 yang bijak bestari sekalian harap dapat mentafsir setiap bait kata2 saya secara profesional. Wallahu'alam :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...