Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, February 8, 2011

minggu pergolakan


Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kebangkitan rakyat Mesir untuk menjatuhkan pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Hosni Mubarak. Rusuhan ini berlaku disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman pihak polis, sekatan terhadap kebebasan suara dan juga penipuan dalam pilihanraya.

Kebangkitan mereka untuk menggulingkan pemerintahan kejam rejim Mubarak yang memerintah secara zalim selama 30 tahun dan seharusnya kebangkitan mereka menjadi contoh kerana keberaniaan mereka memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat juga sebagai umat Islam. Selain di Mesir, Tunisia juga melakukan perkara yang sama. 

Subhanallah !! Hebat sungguh keberanian mereka menentang pemimpin yang zalim. Adakah kita juga mampu menjadi seperti mereka ?

Ya, kita perlu bersyukur kerana di negara kita masih aman tanpa pergolakan. Tapi jangan disangka air yang tenang itu tiada bahayanya. Mungkin sekarang kita boleh tidur lagi, berhibur dan sebagainya. Pesanku janganlah kita terlalu leka dan goyang kaki dengan keadaan kita yang tenang dan damai kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

Saya tidak mendoakan sesuatu yang buruk. Tidak sama sekali !! Cuma harapan saya kita jangan terlalu lalai, sesuatu perkara tidak mustahil akan berlaku kalau Allah menyebut KUN ! Maka jadilah sesuatu itu.

Ingatlah ! Peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu. Siapa sangka tragedi itu boleh berlaku di negara kita ? 

Pepatah melayu kata "jangan terhantuk baru tergadah", kalau diri masih leka dan sambil lewa dalam pemilihan pemimpin yang akan menerajui negara ini menyebabkan kita sendiri yang menerima padah.

Fikir-fikirkanlah ! Mungkin penyampaian saya agak kabur dan terawang-awang, jadi pembaca2 yang bijak bestari sekalian harap dapat mentafsir setiap bait kata2 saya secara profesional. Wallahu'alam :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...