Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, July 29, 2010

oh sahabat!!




sepanjang persahabatan kita, kome banyak membantu saya, hehe 



abadan abada, insya allah!!




~Saya sayang kawan-kawan saya~
saya juga sayang kepada anda yg membaca
terima kasih
*wing*
;)

~sekian~
J




hanyalah sementara



i love ALLAH and his prophet MUHAMMAD


Pedih dan ngilunya perasaan ini bila terluka dek perpisahanan. Namun itulah ketentuan dariNya. Mungkin itu yg terbaik supaya hati ini tidak lagi dicemari dek wahana cinta manusia. Segalanya indah dimata kita ketika masih bersamanya, kadang2 terasa kaki tidak berpijak di bumi nyata, dunia dirasa seperti aku yg punya, , (waaah, jiwang nya aku hr ni). Saya pernah mendapat mesej dari kwn2 yg sentiasa mengingatkan dan mendoakan saya akan hal ini :-

“Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, krn ALLAH teramat mencintainya, tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki, di mana ALLAH utk menjaga kita? ALLAH seperti melepaskan kita kpd manusia yg lebih banyak mengecewakan kita”
“Jika ALLAH mendatangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kmbali utk dijagaNYA. Mengapa masih ragu2? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari”


Hargailah di atas kesempatan yg ALLAH berikan pd kita krn hidayah ALLAH tidak semua yg memperolehinya, kesedihan dan kesakitan hanya sementara krn kebahagiaan hakiki milik yg Maha Kekal abadi. Janganlah kita melakukan perkara yg kita tahu ia adalah dosa, “sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya” –imam Ghazali-
Di dalam al-Quran juga telah disebut dan ALLAH sudah berjanji akan memberikan yg terbaik kepada hamba2-NYA. JanjiNYA itu PASTI!!!!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Sedikit cebisan kata2 dari mesej kwn saya buat diri dan anda yg membaca :

Ukhti,
Aku bangga melihatmu derita krn perjuangan, dari melihatmu gembira dlm kelalaian.
Aku bangga mendengar tangisanmu krn pengorbanan, dari melihat tawamu dlm pengkhianatan.
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran, dari hidup dlm kesesatan, krn jangan lupa ukhtiku saying,
Muliamu bukan pd pangkat dan harta,
Tapi kerana ISLAM~


Wahai ukhtiku sayang, ingatlah nasihatku ini, yang dicari bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diharap bukan jihad pd semangat, asal perjuangan ada matlamat. Yang dinanti bukan lamaran dgn permata, cukuplah akad dan janji yg setia, dan yg terjadi andai tak sama kehendak hati, redhalah wahai ukhtiku saying dgn ketentuan ILAHI, itulah ketentuan ALLAH yg Maha Mengetahui.
~sekian~
J

Monday, July 26, 2010

part akhir : amalan seharian kita

Parents : dalam movie tu, saya rase ade satu part je yg menyentuh hati apabila dia menyentuh bab ibu bapa. At least ada jugak la pengajarannya, "jgn disebabkan percintaan, wujudnya perbalahan atr ibu bapa dan awak, sebagai anak kita wajib mendoakan kesejahteraan mereka, dan layanlah mrk sebaik2 nya sementara mrk masih hidup. Dan segala perbalahan dan dosa biarlah ia diadili sebaiknya oleh yg Maha Mencipta. Keluarga harus diutamakan," waaaahhh, pandainya berkata-kata tp adakah realitinya kita begitu? (tnya diri sendiri la)


Saya setuju dgn apa yg diperkatakan, kita wajib berbuat baik dan mentaati ibubapa kita selagi mana mereka tdk melanggar tuntutan syarak, tetapi mendoakan mrk tetap menjadi kewajipan kita setiap hari. Sedangkan ibubapa yg bukan islam pun kita wajib mendoakan dan berbuat baik, apatah lagi yg islam dan menjaga syariat Islam itu sendiri. Tetapi apa yg berlaku sekarang ni, ramai anak2 trutama anak2 gadis lari ikut lelaki Lombok, Negeria dn sbg nya krn cinta, apa yg ade dgn cinta?? Tak ada apa2 pun, melainkan kelalaian dan kemusnahan diri sndiri. Dah la lari dr rumah seolah2 tiada penghargaan langsung kpd ibubapa yg teleh mengasuh dn membesarkan kita. 




Dalam satu kisah pd zaman dahulu, sepasang suami isteri ini sangat suka menderhaka pd Allah dan mereka selalu membuat maksiat. Mrk mempunyai anak lelaki yg sgt taat. Kerana dimurkai oleh Allah, mrk berdua telah disumpah menjadi babi, khinzir la lembut sikit sebutan nya, huhu..Walaupun telah disumpah menjadi khinzir, si anak itu masih tetap mentaati mrk sebagaimana dia mentaati mrk ketika mrk masih menjadi manusia. Dia berasa bertanggungjawab utk memelihara kebajikan keduanya krn mrk tetap ibubapa nya walaupun telah melanggar syariat. Bagi dia, segala dosa yg dilakukan oleh ibubapa nya adalah antara mrk dgn Allah dan dia sbg anak perlu manjalankan tanggungjawab mentaati dan menjaga kebajikan mrk. Begitulah pengorbanan yg besar buat si anak kpd ibubapa nya.


Kita sbg anak, apakah pengorbanan yg terbesar dan terbaik yg pernah kita sumbangkan pd ibubapa kita?? Begitu payah nya seorang ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, mengendong kita ke sana ke mari dgn berat bertan-tan beratnya, menyusukan kita sehingga kadang2 susu mrk pun hmpir kering, tp tetap diberi makan, tak pulak mrk membiarkan kita mati kelaparan mcm tu saje. Tapi anak2 skrg ni, mkn minum mak ayah dibiarkan, kadang2 tu sampai letak je mrk ni kt rumah orang2 tua. Kasihan mrk ni, syurga itu terletak di telapak kaki ibu kita sendiri, tak cium bau syurga bg mrk yg menderhaka pd ibu bapa.



Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).


“…maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).


Awal2 lagi Allah dah larang kita berkata "ah", "eeiii" dan seumpamanya, inikan pula kata2 berupa cacian dan penghinaan, apatah lagi yg dah sepak terajang mak ayah nya. Kalau yg bunuh mak ayah sendiri tu dah di kategorikan sbg apa pulak?? Astaghfirullah, dunia makin hampir dgn kiamat, semoga Allah melindungi dan memelihara kita dr sifat2 keji dan tercela ini. Semoga ibubapa kita dirahmati dan dimuliakan Allah di sisiNYA. Marilah kita sama2 mendoakan mrk setiap hari dan setiap waktu, wassalam


~sekian~

J

Friday, July 23, 2010

part 2 : amalan seharian kita

Hiburan : kebanyakan movie terlalu mengagung-agungkan hedonisme ini. Dalam movie yg saya tengok tu, lelaki itu membawa si gadis ke pusat hiburan. Pergaulan yg tiada batasan antara lelaki dan perempuan. Apabila tiada batasan, syaitan2 pun banyaklah berbisik : "sok,,,sek,,,sok,,,sek,,," kemudian macam2 lah yg terjadi. Ada juga sesetengah lakonan menunjukkan aksi kurang sopan, contohnya minum minuman keras. Mungkin itu bukan yg real, tp maksud yg ingin disampaikan.........(sy tak perlukan jawapan). Mereka ini sebenarnya tahu atau tidak hukum minuman itu??? Daripada Ibn Abbas katanya : Rasulullah  bersabda : sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi dan kompang dan setiap yg memabukkan adalah haram. Benda yg memabukkan bukan sahaja arab, boleh jd anggur yg diperam menjadi tuak.


prcampuran mngundang
zina

Kejiranan : dulu masa sekolah, saya baca jiran itu adalah yg berada 40 di sebelah kiri dan kanan kita, 40 di atas dan di bawah kita. Maknanya kalau perumahan kita rumah flat, 40 di kanan, kiri, atas dan bawah kita adalah jiran kita, kita kenalah kenal dgn semua jiran kita kan. Allah juga menyuruh hamba2NYA berbuat baik dgn jiran mereka. Firman Allah yg bermaksud : '..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'. (An-Nisaa’ : 36). Kita diciptakan dari perbagai kaum dan agama supaya kita dapat berkenal-kenalan (al-hujurat : 13) dgn semua, bukan bermusuhan. Dalam movie tu tunjuk, seorang lelaki India mengejar lelaki Melayu krn lelaki Melayu itu memeras ugut anaknya. Apabila si India itu berjumpa dgn lelaki tua, dia pun marah2 dan tengking2 org tua tu. Org tua tu pun ckp : "1 malaysia, ingat itu, 1 malaysia usah gadoo2" haha, senangnya meleraikan persengketaan, kalau mcm  tulah kan, setiap kali berjumpa dgn pembunuh, perompak, perogol, ckplah "1 malaysia, mana boley bunuh/rompak/rogol."









Darjat : setiap kali tgk cerita je msti nak buat kat rumah besar2, kaya2, hidup dgn kemewahan. Lepas tu menghina si miskin, perlekehkan mereka. Emm, sepatutnya kita kenalah tolong mrk yg susah, bkn nya menyusahkan mrk. Mcm yg saya cakap kat atas tadi, kita diciptakan daripada pelbagai kaum, agama dan sebagainya utk berkenal-kenalan (rujuk al-hujurat : 13). Saya pun tak tahu nak huraikan mcm mana. Pokoknya, Rasulullah dan sahabat2 baginda juga hidup dlm kesederhanaan, sbg seorang khalifah  dan rasul, baginda boleh je hidup mcm tu, tak salah kalau nak kaya, tapi harta itu perlulah dimanfaatkan di dunia dan akhirat. Islam itu mudah je, bukan membebankan. Islam tidak suruh pun menghabiskan harta utk bersedkah dn berzakat je, tetapi Islam suruh zakat dgn harta lebihan kita, simpan yg perlu dan wajib, selebihnya zakat dan sedekahkan, senang je huhu.

Oklah, tulis panjang2 pun kalau tak ade orang nak baca pun tak best, hehe. Sampai sini jela, kita sambung lagi akan datang ye. Wassalam

~sekian~
J

Thursday, July 22, 2010

amalan seharian kita

semalam saya tonton satu movie, saya malas nk ulas pasal cerita tu, saya nak terus kepada point.

Subuh : dalam cerita, jarang2 kita tengok pelakon2 tu menunaikan solat subuh. Kenapa tidak menyampaikan sesuatu yg baik sbg pengajaran sebab sesuatu cerita itu sangat memberi impak dalam kehidupan seseorang. Solat subuh memang susah nak tunaikan kerana ia menguji keimanan kita, umat Islam akan dipandang hebat dan kuat jika dapat menunaikan solat subuh secara jemaah.
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Waktu subuh itu kita telah dililit dengan 3 lilitan daripada syaitan supaya kita tdk bangun mengerjakan solat subuh, makanya jika kita bangun dan membaca doa, maka terputuslah lilitan pertama, kemudian kita melangkah utk mengambil wudhuk juga telah memutuskan lilitan kedua, lilitan ketiga akan terputus jika kita menunaikan solat subuh. Jika kita melakukan sedemikian, maka ia akan terbawalah sikap malas.




Bersenam : bagus juga sesekali kita bersenam mengeluarkan peluh, bersenam bersama keluarga di hujung minggu, waaa seronok kan :D, senaman yg saya tonton dalam movie tersebut lebih kepada tarian poco2, saya pernah mendengar khabar kononnya poco2 itu haram dilakukan kerana pergerakannya berbentuk salib. Saya sendiri kurang tahu tentang hukum bagi tarian ini, tapi saya setuju juga dgn pendapat itu, lagi pula tarian itu agk melalaikan sebab tiada penghujung. Saya hanya insan yg lemah dan ilmu saya juga kurang dan saya tak layak mengeluarkan fatwa tentang hukum tarian tersebut, bagi anda 'tepuklah dada tanya iman'.
Perniagaan : perniagaan merupakan salah satu drpd sumber rezeki yg sangat mulia krn baginda Rasulullah juga pernah berniaga/berdagang barangan saidatina Khadijah. Baginda sangat jujur dalam perniagaan, Baginda melebihkan timbangan dan Baginda melarang umatnya mengurangkan timbangan, apatah lagi sikap dengki-mendengki. Menjadi suatu kebiasaan kpd para peniaga bersaing tetapi persaingan yg menimbulkan permusuhan sangat dilarang apatah lagi kalau sampai menggunakan ilmu hitam utk mengenakan pesaing. Islam sangat melarang umatnya menggunakan sihir,

Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, " Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina". (Hadis Bukhari)

Firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)

Tak rugi kalau kita saling membantu dalam perniagaan kerana setiap orang mempunyai rezeki masing2. Sebagai peniaga, kita kena bersikap jujur dan sabar dalam perniagaan kerana sikap jujur itu sikap yg amat mulia di sisi Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, sodikin dan orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)
Berniaga sangat mulia di sisi Islam seperti sabda Nabi : "Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".(Riwayat Ahmad). Janganlah kita merendah2 kan martabat peniaga2 yg lain dgn perbuatan membomoh-bomohkan peniaga lain. Sama2 lah kita mencari tempat yg mulia di akhirat kelak.
(bersambung pd part yg lain..:D)
~sekian~
J





Sunday, July 18, 2010

:::aku & anakku:::




Kelas nahu hari tu (tak ingt bape hr bln), ustzah wan rohani ade menyentuh soal anak, ustzah ni jenis yg menekankan soal didikan,,tak kira la anak dia atau anak2 murid dia, kelas dia tak penah bosan, semua student sayang ustzah.
berbalik pada cerita sy tadi, ustzah ade menyentuh soal anak, kate nya,,,seorang ulama islam pernah berkata "didikan pada anak kita bermula 20 tahun sebelum kita bernikah."
"eh, mcm mana pulak tu, tak paham la??" soalan pertama yg muncul di benak ku, ustazah pun memulakan sesi ceramahnya "bla...bla...bla...pong pang,,pong pang,," setelah melihat anak2 muridnya tercengang+terlopong+ternganga.

rupa2 nya kata2 ini ditujukan khas buat kita. Contohnya kalau sy kawen masa umur 25, 25 - 20 = 5, ini bermakna kita sudah bertanggungjawab mendidik anak2 kita seawal usia kita 5 tahun lagi. "alamak, ape ni...dah la aku ni tak pandai math, main kire2 pulak." tak ada kena-mngena dgn matematik, hehe. Macam mana kita nk bertanggungjawab seawal usia 5 tahun? sedangkan kita waktu tu tak tau-menahu pun pasal kawen. Ok, macam ni...seawal usia kita 5 tahun itulah kita perlu berbakti pada ibu bapa, mentaati mereka, supaya apabila kita mendapat anak, mereka juga akan berbuat sedemikian pd kita. Mereka akan mentaati kita, tidak menderhaka. Semestinya setiap ibu bapa mengharapkan anak2 mrk mnjadi anak yg soleh dan solehah. Kita tak boleh nak mengharap je sokmo tp tak ade usaha. Dari situlah usaha kita hendak membentuk anak2 yg soleh dan solehah, iaitu bermula dgn diri sendiri.

Kita selalu mengharapkan jodoh yg baek2 buat kita, berangan nak dpt suami/isteri solehah, tapi diri sendiri pun ntah ape2 je perangai nye, mcm mana nk dpt kalau mcm tu, sedangkan semua org tau wanita/lelaki yg baek diciptakan utk lelaki/wanita yg baek, tapi knp kita tdk berusaha kearah itu?? Ini tidak, perempuan yg seksis2 tu ckp nk suami soleh supaya blh membimbing mrk kearah kebaikan, ya sy tak menafikan ade segelintir mrk bisa mendapat apa yg dihajatinya sbb soal jodoh itu semua terletak pd tgn ALLAH...tp ALLAH dah berfirman

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

kmbali ke pangkal jalan, sy rase bebelan sy boleh membuatkan semua orang faham akan mesej yg ingin sy smpaikan. Bila difikir2 semula, mmg betul apa yg ustazah wan rohani oyak kn. Disebut dlm satu hadis “Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim).
Ucapan yg disampaikan pd kami amat ringkas tp sungguh bermakna utk dikenang, moral of the story, lihat dan nilai diri kita sendiri sblm segalanya terlambat, marilah bersama2 membaiki diri utk mencipta generasi Islam yg terbilang.

~sekian~


Friday, July 16, 2010

kasihku pada anda~~~

بسم الله الرحمن الرحيم...

Pada hari ini (14julai/2syaaban), saya rasa sgt bertuah kerana masih diberikan kesempatan utk berbakti pd masyarakat. Pd hari ini telah diadakan satu program gilang-gemilang (kononnya) utk membuktikan bahawa pelajar APIUM nilam puri sanggup berkorban dan berbakti pada masyarakat sekeliling.
Program ini bermula jam 11.15, antara program yg telah dilancarkan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan gigi, demostrasi/bengkel keselamatan dan yg paling best ialah derma darah. Ini merupakan pengalaman kedua saya menderma darah di sini. Seronok sbb kita dapat menderma/bersedekah utk membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa yg memerlukan, kerana keutamaan menyelamatkan nyawa amat dituntut. Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai drpd harta. Dan orang yg telah mendermakan darahnya sebenarnya telah menderma sebahagian drpd dirinya yg bersifat benda kpd saudaranya dgn perasaan kasih dan mengambil berat.




قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم : مَن أَرَادَ أَنْ تُسْتَجَابَ دَعْوَتُهُ
وَأَنْ تُكْشَفَ كُرْبَتُهُ فَلْيُفَرِّجْ عَنْ مُعْسِرٍ


“Barangsipa yg ingin doanya termakbul dan dilepaskan dr segala kesulitan, hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) masalah orang lain”
(riwayat Imam Ahmad)



tidak semua boleh mnderma sbb bkn semua darah boleh diterima utk mnderma, kalau hyemoglobin dia rndah, dia tak perlu menderma, nnti dia pulak yg trpaksa diderma darah :)..kalau berat tak cukup pon tak boleh menderma, nnti memudharatkan diri sendiri. Lebih baek jangan menderma drpd diri sendiri mendapat kemudharatan. pepatah arab mengatakan الوِقَايَة خَيرٌ مِن العِلاَج....prevention is better than cure,,,
mungkin sekarang ini kita membantu orang yg memerlukan, akan datang orang lain pulak yg akan membantu kita,,,insya Allah


~sekian~
J

Tuesday, July 13, 2010

Sedap ke??

Saya teringin nak taip apa2 pasal sirah, tp saya sendiri kurang pengetahuan tentang sirah.Teringat saya akan satu kisah ketika di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan saya yakin anda juga mengetahui kisah ini. Ketika itu Nabi Allah Ibrahim a.s singgah di rumah anaknya Nabi Allah Ismail a.s, dan ketika itu anaknya tiada di rumah dan baginda telah disambut oleh menantunya.

Nabi Ibrahim : siapakah kamu?

Menantu : aku isteri Ismail

Nabi Ibarahim : dimanakah suamimu?

Menantu : dia sedang berburu

Nabi Ibrahim : bagaimanakah keadaan kamu?

Menantu : (mengeluh) oh,,hidup kami dalam kesempitan dan sering dilanda kesusahan

Nabi Ibrahim : jika begitu sampaikan salamku kepada Ismail dan pesanlah padanya agar menukar tiang rumahnya ini (kiasan utk menceraikannya)

Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, isteri baginda terus menceritakan kedatangan orang tua itu dan menyampaikan salam. Kemudian, Nabi Ismail berkata bahawa orang tua tersebut adalah ayahandanya dan baginda menyuruhnya menceraikan isterinya.

Setelah itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama tidak bertemu anak dan menantunya, Nabi Ibrahim datang ke Makkah semula utk melawat mereka. Dan ketika itu juga Nabi Ismail tiada di rumah.

Nabi Ibrahim : siapakah kamu?

Menantu : aku isteri Ismail

Nabi Ibarahim : dimanakah suamimu?

Menantu : dia sedang berburu

Nabi Ibrahim : bagaimanakah keadaan kamu?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang

Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.

Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum

mereka.

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya.

Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

..................................***.....................................


Perempuan sering dikaitkan dengan mengumpat. Kenapa ek??? (muhasabah diri) mungkin perempuan ini suka bercerita, bergosip, bila dah berjumpa dengan kengkawan yg sekepala dengan dia,,pasti ada sahaja cerita yg ingin dikongsi. Maka terjadilah kes umpat-mengumpat ni. AWAS!!!bagi kaum hawa…golongan ini banyak yg dicampak kan ke dalam api neraka…..

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ Celakalah bagi pengumpat dan pemfitnah (surah al-humazah : 1)

Allah telah menCELAKAkan bg mereka yg suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Telah jelas dan nyata Allah mencela golongan ini dan juga golongan yg suka menghimpunkan harta dan menghitung2 nya. Allah telah menjanjikan azab yg sangat pedih buat mereka

كَلَّا لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ tidak! Dia pasti akan dilemparkan ke dalam neraka yang menghancurkan (hutomah) (al-humazah : 4)

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ yang menjilat2 hingga ke hati (al-humazah : 7)


Surah ni kita sokmo je baca, pernahkah kita menghayatinya???(aku pon same je). Semua orang dah sedia maklum bahawa mengumpat ini boleh diumpamakan seperti memakan daging saudara sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. “perbuatan mengumpat ini sama seperti api

memakan ranting2 kayu kering”.

Dan ada riwayat mengatakan bahawa dosa mengumpat ini tidak akan terampun melainkan orang yang diumpat itu mengampunkannya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Hal ini kerana mengumpat itu melibatkan seseorang dengan seseorang yang lain, jadi kalau kita telah berdosa dengan seseorang, kita perlu memohon maaf drpd nya. Samalah konsep jika kita berdosa pd kedua ibu bapa kita, keredhaan Allah terletak pd keredhaan mereka.

Apa kaitan cerita itu dengan mengumpat??? Sebenarnya menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain juga dikira mengumpat, lebih2 lagi apabila kita memburuk2 kan suami kita sendiri, memang wajarlah si isteri diceraikan suaminya (nauzubillah). Cukuplah sekadar ini saja, mari kita sama2 muhasabah diri, kita ni tergolongkah dalam golongan ini??? Tepuk dada Tanya iman.

~sekian~

J


Sunday, July 11, 2010

boleh wat ke??

Menjadi satu kebiasaan bagi anak2 muda melepak atas katil lepas subuh, penat kot malam2 dh berjaga, mungkin bertahajud ataupun terkejot, sy tak tau la pulak. Bila dh jadi kelawar pd waktu malam, siang pasti akan terlajak ‘sedikit’. Diharapkan dengan entry yg lepas dpt la sama2 muhasabah diri semula. Sy tidak berhajat hndak memanjangkan kalam, hari ni sy ingin mengajak sahabat2 sy skalian mengamalkan satu amalan yg boleh dpt byk “DUIT” (insya allah).

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”

(ad-dhariyat : 56)

Allah telah mencipta kita untuk mengabdikan diri pd-Nya dgn perbanyakkan ibadah. Kita sudah maklum akan ibadah2 wajib yg WAJIB kita laksanakan. Tetapi disini sy ingin brcerita tntg ibadah sunat.

Antara ibadat sunat yg dianjurkan pada kita ialah solat sunat dhuha. Banyak hadis2 yg menggalakkannya. Antara riwayatnya ialah :

”Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sy rasa tak ada masalah utk semua orang melaksanakannya sebab waktu dhuha adalah saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Utk lebih mudah, kira2 jam 8.30 pg n above dh boleh buat dah.


“aku keje la, mana ada masa nak buat, kerja aku bertimbun2 tu, sapa nak siapkan??”

“sy ada kelas la sekarang, sy dah lambat ni”

Alasan2 sedemikian slalu je dengar, bukan susah nak take time utk solat dhuha, kalau time kerja/sekolah tu, amek la sikit masa time rehat jam 9-10 pg, utk student U pulak, sebelum masuk kelas, sempat je nak solat dhuha, bangun la awal, sebab tu kita disarankan tidak tidur selepas subuh, supaya tdk terlepas ‘fursah’ nak mngerjakan dhuha.

Mak kita kan slalu pesan, jangan tido lepas subuh, nanti rezeki lari, sebab tu kalau kita bangun tidur je, nasi lemak bawah tudung saji dah habis, the tarik dah jadi sejuk, pergi pasar ayam ikan dah habis, licin selicin2 nya,, sebab apa??? Rezeki dah terbang kepada org yg tak tidur lepas subuh. Jadinya, sahabat2 sekalian ambil iktibar la ek,,pesanan ini menjadi peringatan “KERAS” buat penulis!!!!

~SEKIAN~

J




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...