Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, July 11, 2010

boleh wat ke??

Menjadi satu kebiasaan bagi anak2 muda melepak atas katil lepas subuh, penat kot malam2 dh berjaga, mungkin bertahajud ataupun terkejot, sy tak tau la pulak. Bila dh jadi kelawar pd waktu malam, siang pasti akan terlajak ‘sedikit’. Diharapkan dengan entry yg lepas dpt la sama2 muhasabah diri semula. Sy tidak berhajat hndak memanjangkan kalam, hari ni sy ingin mengajak sahabat2 sy skalian mengamalkan satu amalan yg boleh dpt byk “DUIT” (insya allah).

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”

(ad-dhariyat : 56)

Allah telah mencipta kita untuk mengabdikan diri pd-Nya dgn perbanyakkan ibadah. Kita sudah maklum akan ibadah2 wajib yg WAJIB kita laksanakan. Tetapi disini sy ingin brcerita tntg ibadah sunat.

Antara ibadat sunat yg dianjurkan pada kita ialah solat sunat dhuha. Banyak hadis2 yg menggalakkannya. Antara riwayatnya ialah :

”Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Sy rasa tak ada masalah utk semua orang melaksanakannya sebab waktu dhuha adalah saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Utk lebih mudah, kira2 jam 8.30 pg n above dh boleh buat dah.


“aku keje la, mana ada masa nak buat, kerja aku bertimbun2 tu, sapa nak siapkan??”

“sy ada kelas la sekarang, sy dah lambat ni”

Alasan2 sedemikian slalu je dengar, bukan susah nak take time utk solat dhuha, kalau time kerja/sekolah tu, amek la sikit masa time rehat jam 9-10 pg, utk student U pulak, sebelum masuk kelas, sempat je nak solat dhuha, bangun la awal, sebab tu kita disarankan tidak tidur selepas subuh, supaya tdk terlepas ‘fursah’ nak mngerjakan dhuha.

Mak kita kan slalu pesan, jangan tido lepas subuh, nanti rezeki lari, sebab tu kalau kita bangun tidur je, nasi lemak bawah tudung saji dah habis, the tarik dah jadi sejuk, pergi pasar ayam ikan dah habis, licin selicin2 nya,, sebab apa??? Rezeki dah terbang kepada org yg tak tidur lepas subuh. Jadinya, sahabat2 sekalian ambil iktibar la ek,,pesanan ini menjadi peringatan “KERAS” buat penulis!!!!

~SEKIAN~

J




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...