Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, July 22, 2010

amalan seharian kita

semalam saya tonton satu movie, saya malas nk ulas pasal cerita tu, saya nak terus kepada point.

Subuh : dalam cerita, jarang2 kita tengok pelakon2 tu menunaikan solat subuh. Kenapa tidak menyampaikan sesuatu yg baik sbg pengajaran sebab sesuatu cerita itu sangat memberi impak dalam kehidupan seseorang. Solat subuh memang susah nak tunaikan kerana ia menguji keimanan kita, umat Islam akan dipandang hebat dan kuat jika dapat menunaikan solat subuh secara jemaah.
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Waktu subuh itu kita telah dililit dengan 3 lilitan daripada syaitan supaya kita tdk bangun mengerjakan solat subuh, makanya jika kita bangun dan membaca doa, maka terputuslah lilitan pertama, kemudian kita melangkah utk mengambil wudhuk juga telah memutuskan lilitan kedua, lilitan ketiga akan terputus jika kita menunaikan solat subuh. Jika kita melakukan sedemikian, maka ia akan terbawalah sikap malas.




Bersenam : bagus juga sesekali kita bersenam mengeluarkan peluh, bersenam bersama keluarga di hujung minggu, waaa seronok kan :D, senaman yg saya tonton dalam movie tersebut lebih kepada tarian poco2, saya pernah mendengar khabar kononnya poco2 itu haram dilakukan kerana pergerakannya berbentuk salib. Saya sendiri kurang tahu tentang hukum bagi tarian ini, tapi saya setuju juga dgn pendapat itu, lagi pula tarian itu agk melalaikan sebab tiada penghujung. Saya hanya insan yg lemah dan ilmu saya juga kurang dan saya tak layak mengeluarkan fatwa tentang hukum tarian tersebut, bagi anda 'tepuklah dada tanya iman'.
Perniagaan : perniagaan merupakan salah satu drpd sumber rezeki yg sangat mulia krn baginda Rasulullah juga pernah berniaga/berdagang barangan saidatina Khadijah. Baginda sangat jujur dalam perniagaan, Baginda melebihkan timbangan dan Baginda melarang umatnya mengurangkan timbangan, apatah lagi sikap dengki-mendengki. Menjadi suatu kebiasaan kpd para peniaga bersaing tetapi persaingan yg menimbulkan permusuhan sangat dilarang apatah lagi kalau sampai menggunakan ilmu hitam utk mengenakan pesaing. Islam sangat melarang umatnya menggunakan sihir,

Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Golongan sahabat bertanya, "Apakah tujuh perkara itu? Jawab Baginda, " Mensyirikkan Allah, melakukan sihir, membunuh orang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan zina". (Hadis Bukhari)

Firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu jadilah engkau daripada kalangan orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Surah Yunus: 106)

Tak rugi kalau kita saling membantu dalam perniagaan kerana setiap orang mempunyai rezeki masing2. Sebagai peniaga, kita kena bersikap jujur dan sabar dalam perniagaan kerana sikap jujur itu sikap yg amat mulia di sisi Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, sodikin dan orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)
Berniaga sangat mulia di sisi Islam seperti sabda Nabi : "Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".(Riwayat Ahmad). Janganlah kita merendah2 kan martabat peniaga2 yg lain dgn perbuatan membomoh-bomohkan peniaga lain. Sama2 lah kita mencari tempat yg mulia di akhirat kelak.
(bersambung pd part yg lain..:D)
~sekian~
J





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...