Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, July 23, 2010

part 2 : amalan seharian kita

Hiburan : kebanyakan movie terlalu mengagung-agungkan hedonisme ini. Dalam movie yg saya tengok tu, lelaki itu membawa si gadis ke pusat hiburan. Pergaulan yg tiada batasan antara lelaki dan perempuan. Apabila tiada batasan, syaitan2 pun banyaklah berbisik : "sok,,,sek,,,sok,,,sek,,," kemudian macam2 lah yg terjadi. Ada juga sesetengah lakonan menunjukkan aksi kurang sopan, contohnya minum minuman keras. Mungkin itu bukan yg real, tp maksud yg ingin disampaikan.........(sy tak perlukan jawapan). Mereka ini sebenarnya tahu atau tidak hukum minuman itu??? Daripada Ibn Abbas katanya : Rasulullah  bersabda : sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi dan kompang dan setiap yg memabukkan adalah haram. Benda yg memabukkan bukan sahaja arab, boleh jd anggur yg diperam menjadi tuak.


prcampuran mngundang
zina

Kejiranan : dulu masa sekolah, saya baca jiran itu adalah yg berada 40 di sebelah kiri dan kanan kita, 40 di atas dan di bawah kita. Maknanya kalau perumahan kita rumah flat, 40 di kanan, kiri, atas dan bawah kita adalah jiran kita, kita kenalah kenal dgn semua jiran kita kan. Allah juga menyuruh hamba2NYA berbuat baik dgn jiran mereka. Firman Allah yg bermaksud : '..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'. (An-Nisaa’ : 36). Kita diciptakan dari perbagai kaum dan agama supaya kita dapat berkenal-kenalan (al-hujurat : 13) dgn semua, bukan bermusuhan. Dalam movie tu tunjuk, seorang lelaki India mengejar lelaki Melayu krn lelaki Melayu itu memeras ugut anaknya. Apabila si India itu berjumpa dgn lelaki tua, dia pun marah2 dan tengking2 org tua tu. Org tua tu pun ckp : "1 malaysia, ingat itu, 1 malaysia usah gadoo2" haha, senangnya meleraikan persengketaan, kalau mcm  tulah kan, setiap kali berjumpa dgn pembunuh, perompak, perogol, ckplah "1 malaysia, mana boley bunuh/rompak/rogol."









Darjat : setiap kali tgk cerita je msti nak buat kat rumah besar2, kaya2, hidup dgn kemewahan. Lepas tu menghina si miskin, perlekehkan mereka. Emm, sepatutnya kita kenalah tolong mrk yg susah, bkn nya menyusahkan mrk. Mcm yg saya cakap kat atas tadi, kita diciptakan daripada pelbagai kaum, agama dan sebagainya utk berkenal-kenalan (rujuk al-hujurat : 13). Saya pun tak tahu nak huraikan mcm mana. Pokoknya, Rasulullah dan sahabat2 baginda juga hidup dlm kesederhanaan, sbg seorang khalifah  dan rasul, baginda boleh je hidup mcm tu, tak salah kalau nak kaya, tapi harta itu perlulah dimanfaatkan di dunia dan akhirat. Islam itu mudah je, bukan membebankan. Islam tidak suruh pun menghabiskan harta utk bersedkah dn berzakat je, tetapi Islam suruh zakat dgn harta lebihan kita, simpan yg perlu dan wajib, selebihnya zakat dan sedekahkan, senang je huhu.

Oklah, tulis panjang2 pun kalau tak ade orang nak baca pun tak best, hehe. Sampai sini jela, kita sambung lagi akan datang ye. Wassalam

~sekian~
J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...