Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, July 18, 2010

:::aku & anakku:::




Kelas nahu hari tu (tak ingt bape hr bln), ustzah wan rohani ade menyentuh soal anak, ustzah ni jenis yg menekankan soal didikan,,tak kira la anak dia atau anak2 murid dia, kelas dia tak penah bosan, semua student sayang ustzah.
berbalik pada cerita sy tadi, ustzah ade menyentuh soal anak, kate nya,,,seorang ulama islam pernah berkata "didikan pada anak kita bermula 20 tahun sebelum kita bernikah."
"eh, mcm mana pulak tu, tak paham la??" soalan pertama yg muncul di benak ku, ustazah pun memulakan sesi ceramahnya "bla...bla...bla...pong pang,,pong pang,," setelah melihat anak2 muridnya tercengang+terlopong+ternganga.

rupa2 nya kata2 ini ditujukan khas buat kita. Contohnya kalau sy kawen masa umur 25, 25 - 20 = 5, ini bermakna kita sudah bertanggungjawab mendidik anak2 kita seawal usia kita 5 tahun lagi. "alamak, ape ni...dah la aku ni tak pandai math, main kire2 pulak." tak ada kena-mngena dgn matematik, hehe. Macam mana kita nk bertanggungjawab seawal usia 5 tahun? sedangkan kita waktu tu tak tau-menahu pun pasal kawen. Ok, macam ni...seawal usia kita 5 tahun itulah kita perlu berbakti pada ibu bapa, mentaati mereka, supaya apabila kita mendapat anak, mereka juga akan berbuat sedemikian pd kita. Mereka akan mentaati kita, tidak menderhaka. Semestinya setiap ibu bapa mengharapkan anak2 mrk mnjadi anak yg soleh dan solehah. Kita tak boleh nak mengharap je sokmo tp tak ade usaha. Dari situlah usaha kita hendak membentuk anak2 yg soleh dan solehah, iaitu bermula dgn diri sendiri.

Kita selalu mengharapkan jodoh yg baek2 buat kita, berangan nak dpt suami/isteri solehah, tapi diri sendiri pun ntah ape2 je perangai nye, mcm mana nk dpt kalau mcm tu, sedangkan semua org tau wanita/lelaki yg baek diciptakan utk lelaki/wanita yg baek, tapi knp kita tdk berusaha kearah itu?? Ini tidak, perempuan yg seksis2 tu ckp nk suami soleh supaya blh membimbing mrk kearah kebaikan, ya sy tak menafikan ade segelintir mrk bisa mendapat apa yg dihajatinya sbb soal jodoh itu semua terletak pd tgn ALLAH...tp ALLAH dah berfirman

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

kmbali ke pangkal jalan, sy rase bebelan sy boleh membuatkan semua orang faham akan mesej yg ingin sy smpaikan. Bila difikir2 semula, mmg betul apa yg ustazah wan rohani oyak kn. Disebut dlm satu hadis “Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim).
Ucapan yg disampaikan pd kami amat ringkas tp sungguh bermakna utk dikenang, moral of the story, lihat dan nilai diri kita sendiri sblm segalanya terlambat, marilah bersama2 membaiki diri utk mencipta generasi Islam yg terbilang.

~sekian~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...