Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, July 13, 2010

Sedap ke??

Saya teringin nak taip apa2 pasal sirah, tp saya sendiri kurang pengetahuan tentang sirah.Teringat saya akan satu kisah ketika di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan saya yakin anda juga mengetahui kisah ini. Ketika itu Nabi Allah Ibrahim a.s singgah di rumah anaknya Nabi Allah Ismail a.s, dan ketika itu anaknya tiada di rumah dan baginda telah disambut oleh menantunya.

Nabi Ibrahim : siapakah kamu?

Menantu : aku isteri Ismail

Nabi Ibarahim : dimanakah suamimu?

Menantu : dia sedang berburu

Nabi Ibrahim : bagaimanakah keadaan kamu?

Menantu : (mengeluh) oh,,hidup kami dalam kesempitan dan sering dilanda kesusahan

Nabi Ibrahim : jika begitu sampaikan salamku kepada Ismail dan pesanlah padanya agar menukar tiang rumahnya ini (kiasan utk menceraikannya)

Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, isteri baginda terus menceritakan kedatangan orang tua itu dan menyampaikan salam. Kemudian, Nabi Ismail berkata bahawa orang tua tersebut adalah ayahandanya dan baginda menyuruhnya menceraikan isterinya.

Setelah itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama tidak bertemu anak dan menantunya, Nabi Ibrahim datang ke Makkah semula utk melawat mereka. Dan ketika itu juga Nabi Ismail tiada di rumah.

Nabi Ibrahim : siapakah kamu?

Menantu : aku isteri Ismail

Nabi Ibarahim : dimanakah suamimu?

Menantu : dia sedang berburu

Nabi Ibrahim : bagaimanakah keadaan kamu?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang

Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.

Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum

mereka.

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya.

Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

..................................***.....................................


Perempuan sering dikaitkan dengan mengumpat. Kenapa ek??? (muhasabah diri) mungkin perempuan ini suka bercerita, bergosip, bila dah berjumpa dengan kengkawan yg sekepala dengan dia,,pasti ada sahaja cerita yg ingin dikongsi. Maka terjadilah kes umpat-mengumpat ni. AWAS!!!bagi kaum hawa…golongan ini banyak yg dicampak kan ke dalam api neraka…..

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ Celakalah bagi pengumpat dan pemfitnah (surah al-humazah : 1)

Allah telah menCELAKAkan bg mereka yg suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Telah jelas dan nyata Allah mencela golongan ini dan juga golongan yg suka menghimpunkan harta dan menghitung2 nya. Allah telah menjanjikan azab yg sangat pedih buat mereka

كَلَّا لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ tidak! Dia pasti akan dilemparkan ke dalam neraka yang menghancurkan (hutomah) (al-humazah : 4)

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ yang menjilat2 hingga ke hati (al-humazah : 7)


Surah ni kita sokmo je baca, pernahkah kita menghayatinya???(aku pon same je). Semua orang dah sedia maklum bahawa mengumpat ini boleh diumpamakan seperti memakan daging saudara sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. “perbuatan mengumpat ini sama seperti api

memakan ranting2 kayu kering”.

Dan ada riwayat mengatakan bahawa dosa mengumpat ini tidak akan terampun melainkan orang yang diumpat itu mengampunkannya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Hal ini kerana mengumpat itu melibatkan seseorang dengan seseorang yang lain, jadi kalau kita telah berdosa dengan seseorang, kita perlu memohon maaf drpd nya. Samalah konsep jika kita berdosa pd kedua ibu bapa kita, keredhaan Allah terletak pd keredhaan mereka.

Apa kaitan cerita itu dengan mengumpat??? Sebenarnya menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain juga dikira mengumpat, lebih2 lagi apabila kita memburuk2 kan suami kita sendiri, memang wajarlah si isteri diceraikan suaminya (nauzubillah). Cukuplah sekadar ini saja, mari kita sama2 muhasabah diri, kita ni tergolongkah dalam golongan ini??? Tepuk dada Tanya iman.

~sekian~

J


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...