Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, July 26, 2010

part akhir : amalan seharian kita

Parents : dalam movie tu, saya rase ade satu part je yg menyentuh hati apabila dia menyentuh bab ibu bapa. At least ada jugak la pengajarannya, "jgn disebabkan percintaan, wujudnya perbalahan atr ibu bapa dan awak, sebagai anak kita wajib mendoakan kesejahteraan mereka, dan layanlah mrk sebaik2 nya sementara mrk masih hidup. Dan segala perbalahan dan dosa biarlah ia diadili sebaiknya oleh yg Maha Mencipta. Keluarga harus diutamakan," waaaahhh, pandainya berkata-kata tp adakah realitinya kita begitu? (tnya diri sendiri la)


Saya setuju dgn apa yg diperkatakan, kita wajib berbuat baik dan mentaati ibubapa kita selagi mana mereka tdk melanggar tuntutan syarak, tetapi mendoakan mrk tetap menjadi kewajipan kita setiap hari. Sedangkan ibubapa yg bukan islam pun kita wajib mendoakan dan berbuat baik, apatah lagi yg islam dan menjaga syariat Islam itu sendiri. Tetapi apa yg berlaku sekarang ni, ramai anak2 trutama anak2 gadis lari ikut lelaki Lombok, Negeria dn sbg nya krn cinta, apa yg ade dgn cinta?? Tak ada apa2 pun, melainkan kelalaian dan kemusnahan diri sndiri. Dah la lari dr rumah seolah2 tiada penghargaan langsung kpd ibubapa yg teleh mengasuh dn membesarkan kita. 




Dalam satu kisah pd zaman dahulu, sepasang suami isteri ini sangat suka menderhaka pd Allah dan mereka selalu membuat maksiat. Mrk mempunyai anak lelaki yg sgt taat. Kerana dimurkai oleh Allah, mrk berdua telah disumpah menjadi babi, khinzir la lembut sikit sebutan nya, huhu..Walaupun telah disumpah menjadi khinzir, si anak itu masih tetap mentaati mrk sebagaimana dia mentaati mrk ketika mrk masih menjadi manusia. Dia berasa bertanggungjawab utk memelihara kebajikan keduanya krn mrk tetap ibubapa nya walaupun telah melanggar syariat. Bagi dia, segala dosa yg dilakukan oleh ibubapa nya adalah antara mrk dgn Allah dan dia sbg anak perlu manjalankan tanggungjawab mentaati dan menjaga kebajikan mrk. Begitulah pengorbanan yg besar buat si anak kpd ibubapa nya.


Kita sbg anak, apakah pengorbanan yg terbesar dan terbaik yg pernah kita sumbangkan pd ibubapa kita?? Begitu payah nya seorang ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, mengendong kita ke sana ke mari dgn berat bertan-tan beratnya, menyusukan kita sehingga kadang2 susu mrk pun hmpir kering, tp tetap diberi makan, tak pulak mrk membiarkan kita mati kelaparan mcm tu saje. Tapi anak2 skrg ni, mkn minum mak ayah dibiarkan, kadang2 tu sampai letak je mrk ni kt rumah orang2 tua. Kasihan mrk ni, syurga itu terletak di telapak kaki ibu kita sendiri, tak cium bau syurga bg mrk yg menderhaka pd ibu bapa.



Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).


“…maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).


Awal2 lagi Allah dah larang kita berkata "ah", "eeiii" dan seumpamanya, inikan pula kata2 berupa cacian dan penghinaan, apatah lagi yg dah sepak terajang mak ayah nya. Kalau yg bunuh mak ayah sendiri tu dah di kategorikan sbg apa pulak?? Astaghfirullah, dunia makin hampir dgn kiamat, semoga Allah melindungi dan memelihara kita dr sifat2 keji dan tercela ini. Semoga ibubapa kita dirahmati dan dimuliakan Allah di sisiNYA. Marilah kita sama2 mendoakan mrk setiap hari dan setiap waktu, wassalam


~sekian~

J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...