Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, December 29, 2010

Nak kErJa, boLeH ke ?



Cuti panjang akan bermula tidak lama lagi, tinggal beberapa bulan sahaja lagi hendak menamatkan pengajian di APIUM. Beberapa hari je lagi melangkah kaki ke alam 20-an. Wah, aku semakin dewasa ! Adakah pemikiranku juga dewasa ?

"Nak buat apa ye cuti lama nanti ?"

"Jom la keje."

"Best jugak, dapat pengalaman. Nak keje ape ?"

"Jadi guru sandaran ke, guru tadika ke, jadi babysitter pun ok jugak."

Best nya !! Teringin jugak saya nak kerja macam tu, teringin nak mengajar, keje di tempat2 lain. Keinginan yang kuat melanda di hati. 

Cemburu ! Ya, saya cemburu kawan2 saya mempunyai pengalaman sebegitu, ada yang bekerja di sekolah, di tadika, jadi casher pun ade. Paling koman jadi babysitter untuk kakak sendiri. Dari situ, mereka mempunyai banyak pengalaman dan luas pandangan. Pengalaman bekerja dan pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai ragam manusia, melayan kerenah yang pelbagai dan yang paling penting, berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada manusia.

Saya ? Apa yang boleh saya lakukan sepanjang cuti panjang nanti ?

Saya cemburu dengan mereka tapi apakan daya kalau ibu tidak membenarkan. Saya juga mempunyai keinginan yang sama dengan mereka, tapi apa yang terbaik untuk saya ? Pasti ada kelebihannya di situ. 


Saya pernah bertanya kepada seorang pensyarah dan beliau merupakan pakar hadis.

"Ustaz, antara melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan berbakti pada ibu bapa, manakah yang lebih utama ?"

"Berbakti kepada keduanya lebih besar."

Saya pegang akan kata2 itu sehinggalah saya menjumpai sebuah hadis yang menerangkan akan perihal ini.


Seorang sahabat telah mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu meminta izin baginda untuk menyertai peperangan, maka Rasulullah bertanya "adakah ibu bapamu masih hidup ? Sahabat menjawab "ya." Maka Rasulullah bersabda "maka berjihadlah kamu kepada mereka." - Muttafaqun Alaih

Dalam riwayat lain oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abi Said : Rasulullah bersabda agar sahabat pulang untuk meminta izin mereka, jika mereka mengizinkan maka keluarlah berjihad dan jika sebaliknya, maka berbuat baiklah pada mereka.

Indahnya Islam ! Tidak dibenarkan seseorang itu berjihad tanpa keizinan kedua ibu bapa. Sedangkan jihad memerlukan keizinan, inikan pula hendak mencari pengalaman bekerja. 

Oleh itu, inilah kelebihan yang ada disebalik sesuatu perkara yang tidak mendapat keizinan ibu bapa. Kenapa ? Kerana pada saat dan ketika inilah pengorbanan dan bakti kita pada keduanya. 

Kita tidak tahu bila roh kita akan dipanggil menghadap Ilahi.
Kita tidak tahu bila roh mereka akan dicabut.
Kita tidak tahu sejauh mana bakti kita pada mereka dan adakah selama ini diterima ?

Walaupun tidak mendapat keizinan hendak bekerja di luar, kita masih mempunyai peluang pekerjaan yang lebih besar dan mendapat ganjaran yang lebih lumayan iaitu berbakti kepada ibu bapa. SELAGI MEREKA MASIH BERADA DI SISI.

Jom kita renungkan sekejap :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...