Please Put Your Blog's Link ;)

Saturday, April 9, 2011

jangan diroboh masjid yang indah



Perkahwinan sekarang ibarat menukar pakaian yang boleh dijual beli di pasaraya. Baru-baru ni dengar berita seorang yang amat dikenali bercerai selepas 20 hari bernikah. Wah ! Hanya mampu bertahan selama 20 hari je. 

PERCINTAAN 

Islam melarang keras kita menhampri zina, bukan setakat melakukan zina malah mendekatinya juga Islam kata JANGAN ! Maka, kita wajib menghormati dan mentaati perintah itu dengan serendah-rendah hati tanpa pertikaian demi kemaslahatan bersama. 

Couple. Kenapa ketika bercouple, pasangan itu boleh kekal lama sehingga 5-6 tahun malah ada yang hampir 10 tahun. Tapi, sesudah berada dalam kehidupan berumah tangga kenapa berlaku sebaliknya. Berlaku perceraian sebelum mencecah setahun pun.

Bagi saya, orang yang sedang bercouple itu sedang melakukan talam dua muka atau bahasa yang ringkas hipokrik. 

Kenapa ?

Sebab ketika bercinta, semua nampak indah. Apa saja kesalahan pasangan, dimaafkan. Hanya pandang sebelah mata. Di depan pasangan, semuanya nampak baik. Pijak semut pun tak mati. Segala kelemahan ditutup, dipejamkan mata.

Sesudah berkahwin, sedikit kesalahan yang dilakukan pasangan dianggap besar. Mengamuk mengalahkan gajah liar. Sebelum ni, gajah yang besar diseberang tak nampak. Sekarang, kutu yang kecil pun boleh dikesan tanpa kanta pembesar. Diherdik dan dicacinya pasangan. Inilah masalahnya.

I'brahnya di sini, jangan kita cuba menganiaya seseorang dengan cara begitu kalau kita tidak mahu dianiya pada masa akan datang. Jauhi daripada percintaan sebegitu, percintaan yang bertahun-tahun tanpa ikatan yang melalaikan. Islam itu indah dan sangat mudah, jangan pula kita mempermudahkannya. Allah sudah menjanjikan yang terbaik buat kita kalau kita juga berbuat baik kepadaNya. Perbaikilah diri kita supaya kelak kita akan bertemu yang baik juga.

NUSYUZ

HARAM bagi seorang isteri nusyuz kepada suaminya bahkan dia akan dilaknat. Suami adalah pemimpin dan mentaati pemimpin selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah wajib. 

Besar ke peranan suami ?

  Rasulullah bersabda :
Quote
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

See ! Besar tak besarnya seorang suami itu. Hadis ni pun dah menjelaskan betapa pentingnya seorang isteri mentaati suaminya sehinggakan kalau dibenarkan si isteri perlu sujud kepada suaminya. Tetapi, dalam Islam sujud hanya untuk Allah s.w.t..

So, apa yang perlu dilakukan ?

Saya mengesyorkan bacalah buku ni, tak mahal dan tak tebal. Ringkas tetapi memberi kesan yang sangat besar. Contohilah peribadi watak dalam cerita itu, kemudian praktikkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah. Indahnya perkahwinan jika berada dilandasan Islam.



LAST,

Berilah sedikit kejutan atau hadiah kepada pasangan suami/isteri sebagai tanda kasih dan penghargaan atas segala yang telah dilakukan. Penat si suami mencari rezeki dan nafkah yang terbaik buat isteri. Hargai lelah si isteri yang telah bertungkus lumus memastikan urusan rumah tangga tidak diabaikan. Menyediakan makan minum dan pakai suami. Menguruskan anak-anak dan sebagainya. 

Kalau Maher Zain dan kumpulan Hijjaz boleh menyampaikan penghargaan mereka buat suri mereka dengan lagu for the rest of my life dan permaisuri hatiku, kita pun boleh lakukan dengan kreativiti kita sendiri kan.

Apa ya ?
Fikirkanlah untuk yang tersayang.
Moga ada manfaat buat saya dan anda.
Terima kasih.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...