Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, April 18, 2011

Tetamu yang membawa berkat




Beberapa hari yang lalu, warung ar-Raudhah dipenuhi ramai tetamu. Penuh sehinggakan pelanggan yang datang terpaksa berpatah balik kerana tiada tempat kosong untuk pelanggan lain. Sampaikan taukey dengan anak-anak buahnya pun tak cukup tangan untuk melayan pelanggan-pelanggannya.

“Hari ni ramai dengan pensyarah-pensyarah kan mak,” kata anak taukey.

“Ada tetamu yang membawa berkat,” katanya.

-------------------------********------------------------------

Jamilah, nama diberi. Secantik wajah seanggun rupa. Senyuman di bibir tidak pernah lekang tapi masih bertempat. Sentiasa dibaluti hiasan peribadi yang indah.

Puan Jamilah, seorang pensyarah di sebuah Institusi Pendidikan Guru di sini. Seorang yang simple tapi menarik. Cantik. Berpakaian indah yang menepati syarak. Moden namun menutup. Bergaya tetapi sopan. Elegant.

Saya kurang mengenalinya, tapi setiap kali dia singgah ke warung kami, mesti pelanggan ramai. Walau tak penuh tapi masih ramai.

Apa amalannya ?

Saya tak tahu, tapi apa yang terzahir melalui peribadinya, beliau seorang yang tidak lekang dengan senyuman. Bertegur sapa dengan saudara-saudara seIslam yang lain. Setiap kali beliau datang ke warung kami, beliau mesti belanja pekerja-pekerja institusi berkenaan tanpa pengetahuan mereka. Ibarat tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri.

Bukankah Allah itu Maha Adil ?

Setiap perbuatan akan mendapat balasan walau hanya sebesar zarah sekalipun. Itulah yang berlaku kepada beliau. Bukan hanya beliau yang mendapat balasan, malah kami turut mendapat tempiasnya. Inilah dia tetamu yang membawa berkat. Berkat jalinan persaudaraan yang dibina membawa kemurahan rezekinya. Berkat duit yang dihulurkan untuk membantu rakan-rakan juga membawa rezeki kepada kami :)

Subhanallah !!

Mulia sungguh peribadinya. Semoga menjadi motivasi kepada diri ini. Kepada kaum hawa dan kaum adam yang lain. Selamat beramal. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...