Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, April 5, 2011

jadilah orang yang bersyukur



Lumrah manusia tidak berasa cukup dengan apa yang telah mereka miliki. Bak kata orang, sudah diberi betis hendakkan peha pula. Apabila sesuatu yang dimiliki berada dalam genggaman, tetap berasa tidak cukup dan tidak berasa puas. Seperti dalam bait lirik nasyid. 


"Apa yang ada, jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan. Nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang. Apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman"

Inilah sikap manusia, tidak pernah bersyukur dengan nikmat tuhan walau hanya sedikit. Sikap ini bukan hanya dimiliki oleh manusia zaman sekarang. Sejak zaman nabi Adam lagi sikap ini wujud dalam diri manusia. Sikap tidak berpuas hati dalam diri Qabil memaksanya membunuh saudara sedarah sedagingnya. 

KISAH ABI TSA'LABAH

Hatta, orang yang beragama juga tidak terkecuali. Hal ini dibuktikan dengan kisah sahabat di zaman Rasulullah, Abi Tsa'labah seorang yang sangat taat beribadah. Setiap lima waktu solat dia berada di saf belakang Rasulullah. Dia juga tidak memiliki harta yang banyak, waima baju juga hanya sepersalinan dan dia berkongsi pakaian dengan isterinya. Bergilir-gilir mengenakan pakaian untuk menunaikan solat lima waktu.

Suatu hari, dia melontarkan hasrat hatinya kepada baginda Rasulullah supaya baginda berdoa kepada Allah supaya diberikan kekayaan kepadanya. Baginda kurang senang dengan permintaan itu kerana apa yang ada pada Abi Tsa'labah tidak mengurangkan ketaatannya kepada Allah, maka dirasakan tidak perlu untuk berlebih-lebihan.

Abi Tsa'labah tidak berpuas hati dan meminta lagi supaya diberikan kekayaan dan baginda memberikan sepasang kambing kepadanya untuk diternak. Sehari bertukar sebulan dan begitulah seterusnya, kambing yang diternak semakin hari semakin bertambah dan Abi Tsa'labah semakin sibuk menguruskan ternakannya itu. Semakin sibuk Abi Tsa'labah, semakin kurang waktunya berjemaah bersama Rasulullah dan akhirnya Abi Tsa'labah tidak lagi terlihat berjemaah bersama baginda.

Oleh kerana mengeluarkan zakat merupakan kewajipan umat Islam, baginda Rasulullah memerintahkan seseorang untuk mengutip zakat daripada Abi Tsa'labah namun Abi Tsa'labah enggan mengeluarkan zakat. Sedih hati baginda mendengar laporan sahabat tadi. 

Sejak itu, baginda tidak menerima zakat Abi Tsa'labah sehinggalah baginda wafat. Setelah itu, barulah timbul sedikit keinsafan di hati Abi Tsa'labah untuk membayar zakat dan diberinya kepada khalifah ketika itu, Saidina Abu Bakar. Namun....kata beliau "bagaimana aku hendak menerima zakatmu ini sedangkan baginda Rasulullah juga tidak menerima zakatmu ini." Hal ini berlanjutan sehingga pemerintahan khalifah keempat. 

KESIMPULAN 

Bersyukurlah ! Cukuplah !

Cukuplah dengan apa yang kita miliki. Selagi kita taat kepada Allah dan Rasulullah, cukuplah dengan apa yang ada. Walau kita hanya memiliki motor kapcai, tetapi kita masih mampu untuk berjemaah di surau, itu adalah lebih baik daripada kita memiliki Mercedes tetapi tidak pernah sekali menjejakkan kaki ke surau. Kalau pernah pun mungkin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Walau kita tidak memiliki wajah yang menawan tetapi masih menjaga kehormatan, itu adalah lebih baik daripada memiliki wajah cantik tetapi tidak menjaga batas2 pergaulan.

Miskin itu lebih baik daripada mengejar kekayaan demi kekayaan tetapi tidak pernah bersedekah, berzakat dan sebagainya malah digunakan semata-mata untuk hiburan. Nauzubillah.

Akhir zaman ini, janganlah terlalu mengejar kebendaan. Tingkatkan amalan. Jauhi mungkar. Moga terpelihara diri di dunia akhirat. Moga Allah memberkati.

Jangan sampai dimurkai Allah, kelak bala akan ditimpa kepada semua orang. I'brah daripada tragedi gempa dan tsunami Jepun.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...