Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, March 28, 2011

Selamat tinggal belasan, selamat datang puluhan


20 tahun sudah saya bernafas di bumi Allah tanpa sedikit bayaran dan kesusahan. Terima kasih kepada kawan2 yg wish my birthday (^^,). Hanya beza dua hari selepas kakakanda saya. 

Dalam usia ni, dah boleh kahwin kan ^.^ 

Macam mana ye kehidupanku selepas berumah tangga ?

Selama 20 tahun ini, tak pernah sedikit pun merasa kekurangan kasih sayang, tidak pernah berasa kebuluran, tak pernah dihalang untuk mencari ilmu malah dibantu lagi. 

Apa yang ingin saya katakan, saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yg telah berpenat lelah membesarkan dan mendidik saya. Saya tahu, bukan senang untuk mendidik anak perempuan. Kepayahannya lebih terasa daripada menternak 10 ekor lembu. 

Perempuan, banyak kerenahnya. Mudah emosi dan nafsunya banyak. Masa kecik nak itu, nak ini. Tapi mak dengan abah masih tetap melayan dan memenuhi permintaanku ini. Terima kasih mak & abah !

Masa besar, mak abah hantar belajar kat ubuversiti pula. Duit belanja sentiasa dihulur. Penat lelah mak abah, keringat yang membanjir, tak akanku lupakan. Terima kasih mak abah !

Seorang ibu yang mempunyai anak perempuan sekurang2 nya 3 orang dan dapat menggembirakan hati mereka, maka Allah menjanjikan kebaikan kepadanya. Dan kini saya bahagia dan gembira dengan didikan kalian.

Moga kalian mendapat rahmat di sisi Nya. Doaku mengiringi kalian sentiasa.

Kasih sayangmu tiada ternilainya

Tiada yang mampu kubalas dengan kasih sayang yang telah kalian limpahkan kepadaku walau dengan harta yang menggunung atau pangkat yang besar. Pintaku daripadaMu, tempatkanlah mereka bersama kekasihMu dan di antara orang2 yang beriman.


Perkenankanlah !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...