Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, March 16, 2011

apa nak jadi


Dunia di akhir zaman, pelbagai ragam manusia kita lihat. 

Banyak berlaku penyelewengan dalam pemerintahan, penyeludupan secara haram dan sebagainya. Di manakah kejujuran dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pimpinan ?

Kakak saya pernah cerita, sekumpulan kambing selalu berkeliaran di hadapan kedai makan kami. Suatu hari, kambing2 tersebut berjalan-jalan (sebenarnya merayap) di sekitar kedai kami tanpa pengawasan pemiliknya. Tetapi kambing2 itu diawasi oleh dua ekor anjing hitam yang diamanahkan oleh tuannya untuk memerhatikan kambing2 itu. 

Saat anjing2 itu nak menghalau kambing2 tersebut pulang, didapati seekor kambing hilang. Tentu kita akan fikir, mesti anjing tu buat tak tahu je. Tapi sebenarnya, anjing tu setia menunggu kambing tu pulang bersama kumpulannya sehingga cukup.

See !!! Anjing pon pandai menjaga amanah. Sangat bertanggungjawab. Penyabar.

Inikan pula kita sebagai manusia yang merupakan makhluk paling mulia di sisi Allah. Tegarnya kita mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan. Apatah lagi yang telah dipilih oleh rakyat.

Sempena pilihan raya yang akan datang ni, sama-samalah kita meng'transformasi'kan minda kita. Pilihlah pemimpin yang akan menegakkan kalimah ALLAH dengan tinggi, agar ISLAM tertegak di negara ini.

Renung-renungkanlah ~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...