Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, October 30, 2012

aku perlu DIA & dia





Ya, Allah sentiasa bersama dan Dia juga Maha Mendengar segala rintihan dan doa hamba-hambaNya. Saya akui !

Namun, fitrah manusia juga ingin meluahkan isi hatinya kepada seseorang yang mungkin juga dia adalah ibu, ayah, kakak atau mungkin seorang sahabat. 

Sahabat !

Orang yang dekat dengan kita selepas keluarga. Masa kita yang berlalu banyaknya bersama rakan-rakan terutamanya bila kita berada di asrama atau universiti. Merekalah tempat kita bermanja dan bermesra. Tempat untuk kita meluahkan rasa hati, berkongsi kegembiraan, memohon bantuan, susah senang, suka duka dilalui bersama. Merekalah yang kita harap dapat meringankan beban dan mengurangkan kesedihan serta kesusahan kita.

Tapi sebaliknya, adakah kita pernah terfikir apa yang mereka harapkan daripada kita ?
Pernahkah kita merasakan mereka perlukan kita sebagaimana kita memerlukan mereka ?

So, jangan selfish !
Jangan kita mencari mereka ketika kita susah dan membiarkan mereka ketika mereka dalam kesusahan. Andainya kita tidak mampu membantu menyelesaikan masalah, apa salahnya kalau kita meminjamkan telinga kita untuk mendengar segala permasalahan mereka. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati dan perasaan mereka. Dikala itu, semangat yang luntur pasti dapat diperkuatkan semula.


Hak yang harus ditunaikan sesama muslim ada enam :
1) Memberi salam jika bertemu dengannya.
2) Jika diundang, maka penuhilah undangannya.
3) Jika dia meminta nasihat daripadamu, maka nasihatilah dia.
4) Apabila dia bersin, bacakan yarhamkallah/yarhamkillah kepadanya.
5) Menziarahinya ketika sakit.
6) Bila dia meninggal, iringilah jenazahnya.

.............................................................................................

Kesimpulan




  

Sunday, October 28, 2012

KAWAL AMARAHMU


♥-PANDUAN KAWAL KEMARAHAN-♥

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 
(1) Mula-mula kita perlu MALU KEPADA ALLAH S.W.T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.


(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini HANYALAH SEORANG MANUSIA YANG HINA



(3) Banyakkan BERDIAM DIRI dan BERDOA kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.



(4) Hendaklah INGAT KESAN daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.



(5) Cuba BAYANGKAN BETAPA BURUKNYA rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.



(6) Apabila datang marah, banyakkan BACA TA;AWWUZ ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.



(7) Apabila marah sedang memuncak, AMBIL WUDHU kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.



(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklahTIDUR. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur



(9) TAUHID kita perlu TEPAT.SETIAP SESUATU DATANGNYA DARIPADA aLLAH DAN AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH .Kenapa kita perlu marah?





♥ Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda ♥



mengopy paste dari FB INI (klik)



Saturday, October 27, 2012

doa



Terdetik di hati ini hendak menyelongkar folder2 yang ada dalam laptop, terjumpa pula dengan doa ini. Kebetulan saya baru mendapat sepupu baru. Jadi, sangat bermanfaat la untuk di amalkan.

Kepada ibu2 yang mempunyai anak kecil, bacalah doa ini bila hendak memangku si kecil. Semoga Allah mengasihinya seperti mana si ibu mengasihinya.
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِّي أَرْحَمُه

Perkongsian sedikit setelah lama tidak menulis blog, sekadar memanaskan enjin :)

Monday, May 21, 2012

keras yang lembut



Bismillahirrahmanirrahim ~~
Bulan lepas saya baru lepas membaca novel tarbiah karangan saudara Hilal Asyraf yang bertajuk TAKDIR. Ya, mungkin saya sangat terlambat membaca novel tu tapi berbaloi sebab cerita tu sangat menarik.

Ok, apa sebenarnya yang saya nak cerita ?

Antara pengajaran yang saya nampak, hidayah Allah tidak mengenal sesiapa pun. Walau siapa dia di masa silamnya, siapa dia pada masa kini. Jika Allah kehendaki, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Izrayel Junjuki, seorang jeneral pihak yang berada dalam kegelapan. Semasa pemerintahannya, tiada siapa pun mampu menewaskannya malah tanah jajahannya juga terus tersebar luas dengan pengaruh yang sangat kuat. Digelar Pahlawan Berdosa kerana sepanjang hayatnya tidak terlepas daripada dosa-dosa membunuh tak kira la orang itu bersalah atau tidak. Tidak yakin pada hidayah Allah membuatkan dirinya membunuh dengan lebih ramai supaya orang ramai percaya bahawa orang yang berdosa tidak akan diampunkan Allah.

End juga merupakan seorang jeneral dunia kegelapan yang pendiam tetapi ganas. Namun, dalam diam dia meneliti setiap apa yang baik dan buruk. Tidak banyak watak yang dimainkan oleh End tapi impaknya amat besar apabila si ‘bisu’ ini bersuara lantas beriman pada yang Maha Esa.
Teringat pula di zaman Rasulullah, Umar yang gagah perkasa, bengis dan sangat berani. Kejahilannya terserlah dengan membunuh anak perempuannya sendiri. Beliau sangat digeruni dan ditakuti dek kerana kebengisan dan kekejamannya. Namun, siapa sangka hati yang keras itu dapat dilembutkan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah dan adik iparnya Said. Maka, termakbullah doa Rasulullah dengan berimanlah Umar kepada Allah. Pengislaman Umar memberi tamparan hebat kepada musuh-musuh Allah.

‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’

Allah itu Maha Berkuasa, Dia berkuasa menarik siapa sahaja Dia suka dan kebanyakannya mereka ini orang-orang yang dahulunya sangat kuat menentang Islam. Tapi, mereka juga merupakan asset yang paling mahal bagi menaikkan Islam di bumi ini. Tiada lagi Umar pada masa kini, Izrayel dan End juga bukan watak reality di bumi ini tapi insan-insan seperti inilah yang perlu kita wujudkan. Bukan kuantiti yang diperlukan bahkan kualiti iman seseorang itu perlu ditingkatkan dari sehari ke sehari. Sekeras manapun hati seseorang itu, apabila ditiupkan hidayah padanya pasti akan lembut juga ibarat batu yang dititis-titiskan air ke atasnya setiap masa, akan membentuk lekuk juga akhirnya.

Sekarang pun makin ramai artis wanita yang sudah kembali kepada fitrah menutup aurat, Alhamdulillah. Semoga ia kekal dan menjadi inspirasi kepada mereka yang belum berubah serta diharapkan istiqamah dan terus menjadi lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak menilai siapa kita pada masa dahulu, baik buruk kita kalau kita kembali kepadaNya, Dia pasti akan mengampunkan kita. Tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan syirik kepadaNya. Marilah berubah dan bertaubat.


Friday, May 18, 2012

kini kembali

ALLAHU rabbi, sekian lamanya aku meninggalkan teratak usangku yang satu ini.

namun, ALHAMDULILLAH teratak usang ni sudah pun aku perbaiki dan mengemas kini supaya nampak baharu dan 'wangi' ^^,

INSYA ALLAH, aku akan meneruskan lagi usaha dan memperbaiki penulisan supaya lebih baik dan apa yang baik dapat di sampaikan seterusnya diamalkan bersama.

Akhir kalam, semoga Allah panjangkan usia kita untuk terus beribadat dan beramal padaNYA.

Thursday, September 22, 2011

saya pelajar baru :)

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ~

Lama rasanya tak kunjung ke sini. Harap2nya masih ada yang sudi menyinggah dan terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa mengunjungi teratak musafeerilmu :)

Buat pengetahuan semua, saya baru mendaftar universiti malaya dalam jurusan syariah & ekonomi untuk first degree 4september hari tu. Hari ni baru dapat aktif semula berblog sebab baru amek lappy kat rumah.



Niat di hati cuma nak cerita sikit suasana di sini, mesti korang pernah dengar kontroversi minggu orentasi UM ni kan, dengan cheers nya. Ya, budaya cheers pada minggu haluansiswa (MHS) masih diteruskan. Pada saya, satu ketikanya rasa enjoy kalau buat dalam kolej je. Ala-ala trademark untuk semangat gitu. Tapi, ada kalanya terasa seperti menjatuhkan maruah sendiri. Walaupun dilakukan secara beramai-ramai, tapi terasa macam ada dalam disko pulak bila cheers ni buat dalam dewan tunku canselor (DTC). Bayangkan la dalam DTC tu ada student dari 10 buah kolej kediaman, setiap kolej ada la lebih kurang 300 orang. So, bayangkan bila student setiap kolej buat cheers yang pelbagai, saling mengasak kolej lain. 



Ok yang kedua, mungkin korang ada dengar benda negatif dari kolej lain tapi kolej kediaman Dayasari (KK5) the best la, hehe. Saya respect pembantu2 mahasiswa (PM) kolej5. Diorang still menjaga waktu solat dan tidak tergesa-gesa menunaikan nya. Tahniah untuk PM biro kerohanian.

KK5 ada dewan makan, so bila nak makan je terus turun DM, sangat jimat. Mana nak dapat makan 3x sehari rm3.50 kan. Bersyukur sangat. KK5 jugak dah jadi juara untuk pertandingan sukan keseluruhannya selama 20tahun berturut-turut. Walaupun saya tak join, tapi tetap bangga dengan prestasi kawan2 kolej. Terbaikk !!!



Roomate pulak, sorang budak electrical engineering dari Terengganu. Sorang lagi budak sciences dari Johor. Pandai2 diorang ni. 

Duduk KK5 ni dekat je dengan akademi Islam (AI), jalan kaki 15 minit dah sampai. Tapi tak larat la nak jalan hari2. So, boleh jugak naik bas yang disediakan untuk ke AI dan fakulti2 lain. Best la, jimat tenaga.

Dah la kot, rasa cam tak ada benda menarik nak cerita dah. Tapi nanti saya upload gambar Ai kemudian ;)

~ terima kasih krn sudi baca ~



Thursday, August 25, 2011

IKHLAS ke TERPAKSA

semut ni sangat comel :)


Kadang-kadang keikhlasan datang dengan cara paksaan. Tapi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menghadirkan keikhlasan itu. Kita tak boleh rasa keikhlasan itu dan keikhlasan tidak dapat dibuktikan hanya dengan ungkapan di bibir semata-mata kerana ikhlas itu diibaratkan seperti seekor semut hitam yang sangat kecil dan ia berada di celahan batu hitam di waktu malam yang gelap gelita tanpa pancaran cahaya bulan. Maka, bagaimana kita bisa mentafsirkan bahawa kita ikhlas terhadap sesuatu perbuatan kita hanya dengan lisan yang belum pasti akan kebenarannya ?

Saya sendiri tidak punya jawapan untuk itu. 

Berbalik pada ayat pertama saya tadi ikhlas mungkin boleh dicari melalui paksaan. Mari kita mengimbas kenangan ketika zaman permulaan mengenal huruf A,B,C sewaktu berusia 5 tahun. Kita mungkin dipaksa oleh ibu bapa kita untuk bersekolah sedangkan ketika itu kita enak bermain dengan anak patung kita, permainan-permainan kita.

2 tahun berlalu, kita melangkah kaki ke alam sekolah rendah. Sesi pembelajaran lebih lama dan memenatkan. Ibu dan ayah menghantar kita ke sekolah, setibanya di kelas mereka melangkahkan kaki lalu meninggalkan kita di situ. Saat itu mata kita berkaca, laungan tidak dipedulikan. Mereka tinggalkan kita, mereka paksa kita duduk di situ. Kerana apa ? Kerana mereka mahu mendidik kita agar suatu hari nanti kita akan menghargai ilmu kita. Tiada paksaan untuk ke sekolah lagi kerana mungkin suatu saat nanti kita akan melangkahkan kaki ke sekolah dengan sendirinya tanpa paksaan. Perhaps, keikhlasan sudah timbul ketika itu.

KESIMPULAN

Di penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini, seharusnya kita sudah punya keikhlasan untuk beribadah kepada Allah. 30 hari berlalu, sepatutnya ketika inilah saf-saf di surau dan masjid dipenuhi dengan jemaah-jemaah. Mungkin di awal Ramadhan hari tu belum ada keikhlasan di hati sebab terkejut, 11 bulan boleh makan waktu siang tiba-tiba kita kena puasa selama sebulan. Tetapi masa sebulan itulah kita boleh mendidik hati kita supaya ikhlas beribadah kepadaNya. 

Namun, keikhlasan hanya boleh dinilai oleh yang Maha Mencipta. Apa yang boleh diharapkan semoga ibadah yang kita lakukan secara terpaksa bertukar menjadi ikhlas dan mendapat ganjaran di sisiNya. Kita terpaksa meninggalkan drama-drama yang menarik di tv. Aktiviti-aktiviti dengan kawan di malam hari. Oleh itu, mari kita sama-sama berdoa dan berharap agar masih ada ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan kita itu. ^__^

~ Moga ada manfaat untuk kita bersama ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...