Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, June 30, 2011

Ceramah 1 : Islam ganas ?

Banyak mulut orang mengatakan Islam itu ganas, sampaikan orang bukan Islam pun takut nak menganut agama itu. Persoalannya, benarkah Islam itu ganas ? Apakah bukti Islam itu ganas ?

Hari Ahad lepas saya ada dengar satu ceramah dan diselitkan serba sedikit tentang persoalan ini. Secara ringkasnya, Islam adalah agama yang paling bertoleransi, manjaga sensitiviti, emosi dan perasaan.

1.  Kalau kita nak sembelih lembu misalnya, Islam melarang kita mengasah pisau atau parang di hadapan lembu itu. Kenapa ? Sebab lembu pun ada perasaan takut, gelabah la lembu tu kalau asah depan dia. Terbayang maut di depan mata, meremang la bulu roma belakang dia.

Bukti Islam menjaga perasaan haiwan, apatah lagi manusia. ^___^

2.  Para doktor yang hendak membedah pesakit. Mula operasi pada jam 2:30 petang, sudah masuk waktu solat zohor. Operasi berjalan selama 8 jam, habis operasi 10:30. Makanya, terlepas la asar dan maghrib. Boleh ke tinggalkan solat ? Tidak ! Sedangkan orang sakit pun ada cara solatnya.

Di sinilah rukhsah (kemudahan) yang diberikan oleh Islam. Doktor itu boleh solat jama' taqdim untuk zohor dan takkhir untuk maghrib walaupun rumahnya di hospital sahaja.

See ?

Islam memelihara nyawa manusia, fikirkan kalau tiada rukhsah ini. Kalau si doktor tinggalkan solat, maka berdosa. Kalau doktor berhenti untuk menunaikan solat, tak ke mati si pesakit tu. 

Ganas lagi ke ?

3.  Seorang isteri yang kematian suami boleh memandikan jenazah suaminya, dan seorang suami juga boleh memandikan jenazah isterinya. Tetapi, lebih afdhal bagi suami memandikan jenazah isterinya dan bagi isteri lebih afdhal beri tugas itu kepada orang lain.

Kenapa ?

Emosi wanita lebih sensitif dan mudah tersentuh. Apabila kematian suami, si isteri akan menjadi sangat sedih. Kalau dia yang memandikan jenazah suami dia, alamatnya tak sudah-sudah la. Mana tak nya, asyik duk teghoyak je. ^___^

Satu lagi bukti, Islam menjaga emosi. Menjaga emosi wanita yang kematian suaminya.

Jadi, kita masih nak kata Islam itu ganaskah ?
Tepuk dada tanya iman.

Setakat ini saja, moga ada manfaatnya.

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..
    ramai yang menilai Islam dari 'orang ISLAM' dan mereka 'buta' untuk menilai sumber ISLAM..Shinggakan itu ISLAM sendiri terhijab dgn kebodohanorng ISLAM ..
    syukran atas perkongsian..=')

    ReplyDelete
  2. menarik perkongsian ini,,

    kadang-kadang terpikir

    "yang buat kajian pasal islam dan menyatakn islam adalah terbaik adalah orang hang pa(kafir) jugak,tapi masih tidak terbuka kah pemikiran mereka bahawa islam bukan penggganas",,kepelikan sebentar..

    ReplyDelete
  3. yeah, saya sokong kalian berdua
    syukran ~

    ReplyDelete
  4. Mereka~meraka yg asyik dok kate islam gnas tu sbrnye xmau nk mndalami islam. Main hentm ckp aje. Ish3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...