Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, September 2, 2010

Kongsi sikit!!


Para ulama’ mengatakan sunat bagi kita berwirid dan berzikir selepas solat, dan imam yg mengetuai bacaan wirid itu sunat mengiringkan badannya ke sebelah kanan iaitu bahu kanannnya menghadap makmum dan bahu kirinya menghadap mihrab.

Antara wirid yg selalu dibacakan : “اللهم أَجِرْنِي من النار dan hadis Muslim bin al-Hars at-Tamimi daripada ayahnya : Rasulullah bersabda :”apabila berlalunya waktu maghrib maka bacalah اللهم أَجِرْنِي من النار sebanyak 7x. Ada juga dalam riwayat lain yg mengatakan bahawa apabila seseorang itu membacanya dan matinya dia pd malam itu, maka dia akan diberi perlindungan dan apabila dia solat subuh dan membaca wirid itu kemudian dia mati, maka akan diberi perlindungan (dilepaskan dari neraka).

.................................................................******......................................................................................

PERHATIAN!!!
Sila pastikan sebutan kita betul dan tepat iaitu أَجِرْنِي  huruf jim baris bawah dan tiada syaddah (sabdu), sebabnya ada juga kadang2 tok imam sebut أَجِّرْنِي  sebabnya kalau kita baca dgn huruf jim itu dgn sabdu, maka berubahlah maksudnya. Huruf jim tanpa sabdu iaitu أَجِرْنِي bermaksud “jauhkanlah aku”, maknanya kita memohon agar dijauhkan drpd azab neraka, sebaliknya jika kita sebut jim itu dgn sabdu iaitu أَجِّرْنِي maka maksudnya berubah menjadi “masukkanlah aku”, seolah2 kita meminta supaya dimasukkan ke dalam neraka, Nauzubillah!!! Oleh itu, pastikanlah sebutan kita betul dan tepat supaya maksudnya tidak lari dan doa kita dimakbulkan Allah s.w.t..

~sekian~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...