Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, August 29, 2010

kiamat semakin dekat

عن أنس رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
 ( من أشراط الساعة أن يَقِلَّ العلمُ ويَظْهَرَ الجَهْلُ ويظهر الزِّنَا وتَكْثَرَ النِّسَاء ويَقِلَّ الرِّجَالُ
 حتى يكون لِخَمْسِينَ امرأةً القَيِّمُ الواحد )
( رواه البخاري)








Daripada Anas r.a. katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : (antara tanda2 kiamat ialah ilmu semakin berkurang, kejahilan semakin berleluasa, zina semakin meluas, wanita semakin ramai dan lelaki semakin berkurang sehingga purata wanita sebanyak 50 bersamaan seorang lelaki)
(riwayat Bukhari)


...........................................******............................................


Ilmu

Rata2 pelajar zaman sekarang belajar hanya utk berjaya dalam peperiksaan ataupun utk mendapatkan segulung ijazah. Sesudah mendapatkan ijazah, bekerja dan seterusnya sehinggakn ilmu yg mereka perolehi dibiarkan begitu sahaja. Tidak kurang juga yg tidak minat utk menyambung pelajarannya kononnya tidak pandai dan bagi perempuan pula, tak perlula belajar tinggi2 sebab pengakhirannya akan ke dapur juga. Tidak! saya tak rasa ilmu yg dipelajari itu akn sia2 walaupun kaum hawa itu akn ke dapur sebab memasak juga memerlukan ilmu, kalau tak ada ilmu macam mana nak masak? Selain itu, ilmu yg kita perolehi juga boleh membantu kita utk membimbing anak2 di rumah sbg pendidikan tidak formal yg pernah diamalkan pd zaman dahulu :)


Jahil & Zina

Pada zaman jahiliyyah dahulu, aktiviti zina ini memang famous. Pada zaman sekarang pun famous juga, sedangkan Islam itu telah muncul berabad2 dahulu, apakah beza antara kaum jahiliyyah dahulu dgn kita sekarang? Tidak banyak beza pun antara mereka dgn kita sekarang, zaman jahiliyyah membunuh anak perempuan, ada juga yg menanam bayi mereka hidup2, perbuatan terkutuk itu juga menjadi aktiviti masyarakat zaman sekarang. Hampir setiap hari kedengaran berita pembuangan bayi. Inilah akibat apabila ramainya manusia yg jahil akan ilmu agama dan menjadi hamba kepada hawa nafsu.


Wanita vs Lelaki

Purata 50 orang wanita menyamai seorang lelaki, adalah salah satu daripada tanda2 kiamat yg telah pun terjadi di muka bumi ini. Lihat saja di institut2 pengajian tinggi yg berada di Malaysia ni, majoriti di 'conquer' oleh kaum hawa dan semakin banyak kita dengar kematian yg melibatkan lelaki seperti kemalangan jalan raya yg mendatangkan maut kebanyakannya lelaki dan ini semakin mengurangkan kuantiti lelaki di muka bumi ini. Semakin lama semakin kurang kuantiti lelaki dan semakin kurang juga kualiti dr sudut akhlak dan agamanya. Makanya, kalau kita (wanita) sudah bertemu dgn lelaki yg berkualiti dan ingin menyuntingnya sbg permaisuri, janganlah teragak2 utk menerimanya. Kelak, susah hendak menjumpai lelaki berkualiti lagi ;)



Di sini saya mengingatkan diri saya dan diri pembaca sekalian agar kita sentiasalah muhasabah diri, renung2kan apa yg telah kita baktikan pada agama kita utk bekalan kita di akhirat kelak. Tiada masa lagi bagi kita utk memikirkan hal keduniaan memandangkan tanda2 kiamat semakin banyak dan sedarlah bahawa kiamat semakin menghampiri kita. Kalaulah pada zaman Rasulullah dahulu kiamat berada antara 2 jari, kita yg telah meninggalkan zaman baginda beratus2 tahun dahulu, berapakah jarak antara kiamat dgn kita? Renung2kanlah

~sekian~







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...