Please Put Your Blog's Link ;)

Sunday, August 29, 2010

pengalaman baru

"In coming message...," telefon comel saya berbunyi menandakan mesej masuk, saya segera mencapai utk mengetahui isi kandungannya, "salam, ko reti bawak naza x?" terkejut saya dengan soalan itu, mengambil masa jugak saya nak membalasnya sambil fikir, boleh ke ni??

Beberapa hari sebelum itu, seorang sahabat mengajak saya berbuka puasa di luar, saya tak menolak memandangkan saya tiada musyaqqah lagi pulak dapat makan free, rezeki jangan ditolak, hehe :) Kami pergi beramai-ramai dalam 10 orang jugak la. Ramai tu, mula2 terfikir nak sewa kereta je dua biji, tiba2 dapat mesej "akak tu (nama dirahsiakan :p) mcm suruh g ngan naza je, xnak mmbazir duet kita." Mula2 memang kecut dan kurang keyakinan, mana la pernah saya bawak kereta besar2 ni tapi insya Allah, keyakinan aku sandarkan hanya pada Allah. 



Petang tu seorang kakak datang menjemput saya dan sahabat utk mengambil naza, sampai je sana, tuu diaa masya Allah besarnya kereta tapi alhamdulillah kakak tu percaya saya mampu memandu kereta tu walaupun pertama kali saya memandu kereta sebesar itu. Nak tak nak kenalah saya pandu bwk balik naza tu, seronok sebab dapat pengalaman baru. On the way balik tu boleh pulak tersilap jalan, terikut jalan jauh boleh la dikatakan tersesat. Tapi itulah pengalaman, orang kata kita kena sesat dahulu baru boleh ingat n tau selok belok jalan tu. Ya, memang betul sebabnya jalan yg kami sesat tu saya pernah sesat sebelum ni dan saya tau jalan tu memang jalan sesat jauh. Yang bestnya bila sesat kat umah kampung, dah la bawak kereta besar, jalan pulak sempit. Memang hebatla tirah 'reverse', :p

Saya teruja dengan pengorbanan sahabat2 saya dlm menuntut ilmu dan pengorbanan mrk demi Islam, menghabiskan wang ringgit dan masa mereka dgn mengikuti program2 ilmiah yg dianjurkan badan2 yg bertanggungjawab. Pengorbanan seorang kakak yg meminjamkan keretanya yg besar dan mewah kpd budak hingusan yg baru belajar bwk kereta mcm saya ni semata2 nak mengurangkan kos perbelanjaan kami dan mengharapkan kami join program itu. Terima kasih semua.


Pengalaman mematangkan kita dan memberi pengajaran utk jangka masa yg panjang, di masa akan datang kita lebih berani menyahut cabaran yg lebih besar. Bukan kerana kita perempuan, kita lemah dalam semua bidang. Muslimah sejati tdk menjadikan itu sebagai alasan utk tdk menyahut cabaran bahkan sbg obor pembakar semangat. Begitu juga dlm menuntut ilmu, kita belajar dari kesilapan, dari kegagalan, dari situ kita akan berusaha dgn lebih gigih utk terus mencapai kecemerlangan. 

~sekian~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...