Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, August 13, 2010

Ramadhan 3



......بسم الله الرحمن الرحيم......


alhamdulillah, hari ini dah masuk ramdhan yg ke-4, saya masih lg boleh bernafas utk terus beribadat kpd-Nya, sungguh masa itu cepat je berlalu. Dan saya juga bersyukur kerana masih diberi nikmat rezeki utk berbuka puasa. Semalam saya dan kwn2 maj 1 & 3 pergi ke rumah ustaz Osman Yasin utk berbuka di rumahnya dan menunaikan solat tarawikh di sana. Seronok, dapat makan free, hehe!! Kami berkonvoi dalam 7 bijik kereta, semua kereta sewa, kami tak ade kereta sendiri (akn dtg, insya allah). Kami bergerak dlm pukul 6 lebih la, seronok berkonvoi ramai2, terasa ukhwah yg terbina. Tapi ade jugak yg tak dpt nak join, mungkin ade musyaqqah msg2, bersangka baiklah ye :)


Bila sampai kat trafik light, kami belok kanan, tapi ade 2 bijik kereta lain terlepas terus (boleh je), lepas tu saya tak tau kenapa, 2 bijik kereta dpn kereta saya u-turn balik (deme ingt salah jln kot), tiba2 je kwn saya yg kat belakang menjerit, tup2.........bush!!!!!! ade sebiji motor melanggar kereta kwn saya yg nak u-turn. Innalillah, semua itu rancangan Allah dan mungkin ade hikmah di sebaliknya. Terkejut dan terpana seketika, alhamdulillah penunggang motor tu tak cedera, cuma pecah jugak la cermin kereta tu. Kesian kwn saya, trauma. Tapi sikit je trauma katanya. Dibulan yg penuh barakah ini, Allah menguji kesabaran hamba2-Nya, alhamdulillah abe (tak kawin lg katanya, hehe) tu tak marah sangat dan memaafkan kami. 


Kami pun meneruskan perjalanan ke rumah ustaz, satu pengalaman buat kwn saya. Mungkin lepas ni dia akan lebih berhati-hati dan menjadi lebih cekap utk memandu (insya Allah). Di zaman yg serba moden ni, cepat je maklumat sampai, kwn2  yg dah sampai dulu pun dah tau ceritanya. Subhanallah!! 


Azan berkumandang, kami pun menjamah makanan yg disediakan, best!!!! sedap sangat, sebab mkn free kot, hehe...habis licin semuanya, mana tak, selama ni makan nasi bungkus je, hari ni makan nasi berhidang, memang best la :D 


Selesai solat tarawikh, kami berangkat pulang ke kolej kediaman. Terima kasih kepada ustaz Osman Yasin sekeluarga krn menjemput kami berbuka puasa bersama. Semoga Allah memurahkan rezeki ustaz. Tahun ni last la menyambut Ramadhan di bumi barakah, bumi tarbiyah ini. Lepas ni tak dapat la nak berbuka di rumah ustaz lagi. Insya Allah di tempat lain pun ade kelebihan yg tersendiri. Balik tu kami berpecah, sebab mungkin masing2 ade destinasi yg nak dituju, mana taknya, selama ni tak pernah keluar malam dan tak boleh pun nak keluar malam sebab undang2 utk pelajar perempuan ممنوع الخروج في الليل..mula2 memang memberontak sebab nak keluar beli mkn pun tak boleh, tapi di situ ade kelebihan. Saya dan kwn2 singgah satu tempat ni, famous kat sini. Kami jalan2 la, banyak betul mata yg memandang, tak kurang jugak yg ber'suit2', pelik kot kami jalan malam2. Pakai tudung labuh pulak tu, dan saya rasa mungkin inilah sebabnya kami student perempuan tak boleh keluar malam, utk menjaga kemaslahatan dan kehormatan kami supaya tdk menjadi fitnah, sungguh agama Allah ini sangat mulia.


Buat2 tebal la muka ni, last2 kami masuk pasar raya je. Beli oligo koko wat minum sahur dan EFC kat tepi jalan je. Alhamdulillah, ade jugak la rezeki nak bersahur nanti. Lepas tu malas nak pikir dah, balik terus jela. Badan pun dah letih. Syukur sampai jam 10:30 malam, pok guard tak marah, ni yg sayang pok guard-pok guard ni, hehehe!!!

~sekian~
J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...