Please Put Your Blog's Link ;)

Saturday, November 20, 2010

jangan pandang ringan





Islam amat memandang tinggi terhadap akhlak umatnya. Sebagaimana Allah memuji akhlak baginda Rasulullah dalam surah al-Qalam ayat 4 : "sesungguhnya engkau (Muhammad) benar2 berakhlak yg agung"

Daripada Anas b Malik r.a berkata " sesungguhnya Rasulullah adalah manusia yg memiliki sebaik-baik akhlak " - muttafaqun alaih


****

Akhir zaman ini, manusia tidak lagi mempedulikan akhlak dan maruah diri. Masing-masing terlalu taksub dan memuja-muja budaya barat yg semakin menonjol di negara kita yg kononnya dilabelkan sbg negara Islam contoh.

Mungkin banyak di antara kita yg terlalu mengejar kekayaan ilmu. Ya, tidak salah kita berebut-rebut dan tamak untuk mendapatkan ilmu yg bermanfaat, tetapi tidak malukah kita jika kita dilabelkan sebagai yg anak yg kurang beradab terhadap orang tua? Seorang graduan ijazah dari dalam dan luar negara, tetapi tidak pandai menghormati orang lain?

Sebagai contoh, baru-baru ini saya menonton satu perlawanan besar (kat tv je, hehe), perlawanan antara negara ______(islam) dgn negara ______(bkn islam)(tak perlulah saya nyatakan, ckup sekadar cth). Pasukan negara Islam tersebut sepatutnya menunjukkan akhlak yg mulia kerana di situlah kelebihannya sebagai negara Islam utk menyebarkan dakwah melalui permainan itu. Sekiranya akhlak baik yg ditonjolkan, Islam pasti akan di pandang tinggi.

Malangnya, sikap memperlekehkan makhluk Allah yg bkn seagama dgn kita pula yg dipertonjolkan. Alangkah malunya !




Itu belum lagi kita lihat pada pakaiannya, masya Allah ! Tepuk dahi saya melihatnya. Wanita Islam tidak berkerudung. Ya, memakai tudung itu tidak wajib, tetapi MENUTUP AURAT itu adalah WAJIB ! Teringat saya akan ayat sir saya, "matlamat tidak menghalalkan cara." Walaupun matlamat mereka hendak bermain, tetapi syarak tidak pernah melonggarkan batasan aurat walau sebesar zarah sekalipun, inikan pula mendedahkan separuh daripadanya. Astaghfirullah !

Nabi akhir zaman telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak umat jahiliyyah ketika itu. Bukan hanya utk mereka tetapi sbg panduan dan contoh tauladan yg harus diikuti kerana baginda mendapat pujian daripada Allah kerana ketinggian akhlaknya bahkan baginda sendiri telah menegaskan “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.”(HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau mensahihkannya).


Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada aklak yang baik, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam :“ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, dishahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda beliau : “ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, dishahihkan al Bani. Lihat Ash Shahihah juz 2 hal.535).


Dalam hadis-hadis tersebut sudah jelas bahawa Islam amat memandang tinggi akan akhlak umatnya. Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan budi pekerti Rasulullah dari segala segi. Dengan akhlak juga insya Allah kita dijauhi dari anasir-anasir jahat yg akan mengganggu kita terutamanya wanita.

Semoga Allah memelihara akhlak kita semua.

Islam itu terhijab dengan orang Islam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...