Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, November 16, 2010

pengorbanan mereka


~Selamat menyambut Eidul Adha kepada umat Islam seluruh dunia~


Esok 10 zulhijjah bersamaan 17hb November, tibanya hari yg dinanti. Meraikan hari raya aidiladha. Apabila tibanya hari raya aidiladha, pasti kita akan mengingati sejarah pengorbanan nabi Allah Ibarahim terhadap anaknya yg diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihnya.

Peristiwa lain pula, menyaksikan pengorbanan putera Adam a.s. Habil yg ikhlas lillahi taala. Habil dan Qabil diperintahkan Allah swt supaya mengorbankan sedikit ternakan dan tuaian mereka utk memilih siapakah yg layak menyunting Iklima sebagai isteri. Ternyata korban Habil diterima.


Sedang kita asyik mengingati pergorbanan para anbiya' kita, masihkah kita ingat akan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya? Kisah ibu Musa a.s yg mehanyutkan anaknya ke dalam sungai nil demi melihat anaknya membesar dgn baik.

Ketika mengetahui si anak selamat, si ibu melepaskan nafas lega. Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu apabila sanggup melepaskan yg dikandungnya dibela oleh orang lain.


Teringatkah kita pada Hajar ibunya Nabi Ismail, yg rela ditinggalkan suami ke satu lembah gersang di tengah padang pasir yang dikelilingi gunung-ganang. Dibiarkannya bersama anak yg masih kecil. Si ibu tabah membesarkan anaknya itu.

Tika Allah memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya itu, bagaimanakah perasaan ibu itu? Tidak sedihkah? Marahkah?

Tidak! Tidak sedikit pun perkara negatif timbul di benaknya. Ah, sungguh mulia hati si ibu! Demi melaksanakan perintah Allah, ibu terima dgn hatinya rela dan redha.



*******


"setitis ait mata ibu, yang gugur kerana kesedihan. Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan. Tertutup pintu syurga, jika tiada keampunannya"

Sayu hatiku mendengar lagu yg didendangkan kumpulan FarEast. Oh ibu! Betapa besarnya pengorbanan yg telah kau berikan. Sembilan bulan kau kandungkan aku, membesarkan aku dgn limpahan kasih sayang sehingga kini. Tidak jemu melayan kerenahku yg nakal dan bermacam-macam pe'el.


Sedarkah kita akan pengorbanan ibu kita itu? 

Susahnya menjaga anak perempuan melebihi kesusahan membela kambing sekandang, tapi ibu tak pernah merungut. Bahkan menatang kita dengan minyak yg penuh. Membasahi dahi dengan keringat utk membesarkan kita. 

Tidak cukupkah lagi pengorbanan itu?
Pernahkah kita mengucapkan terima kasih?
Saat ibu terluka kerana kita, pernahkah kita memohon ampun padanya?
Saat ibu memejamkan mata utk selamanya, apa lagi yg mampu kita lakukan?  

Aku bermohon padaMu ya Allah, panjangkan usiaku supaya aku masih mampu berbakti pada kedua orang tuaku. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada mereka. Sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil.

Seandai mereka tiada lagi di dunia ini, tempatkan mereka bersama kekasihMu. Ku bermohon padaMu!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...