Please Put Your Blog's Link ;)

Saturday, October 2, 2010

bOnGGoL uNta wAniTa


Nowadays, semakin banyak fesyen yg menjadi ikutan umat zaman sekarang. Kadang2 kita tidak sedar ataupun sengaja tak mahu menyedarkan diri kita akan hakikat ni. Sedangkan kita semua tahu baginda Rasulullah pernah diisrak mikraj kan dan dilihat golongan majoriti di neraka kelak adalah golongan wanita, adakah kita sebagai kaum hawa tidak merasa atau tercuit sikit akan peringatan baginda itu?


Saya tidak bercadang utk memangjangkan kalam kerana semua pasti tahu akan dosa menunjukkan aurat kepada ajnabi dengan sengaja. Sepanjang minggu peperiksaan ini, saya men'cuci' mata je pandang pengawas peperiksaan yang ala2 mak datin gitu. Tetapi lemahnya imanku ini kerana tidak menegur kesalahannya, astaghfirullah moga Allah mengampunkan ku.


Rata2 sudah tahu fesyen apa yang sering ditonjolkan dan menjadi ikutan setiap orang, iaitu memakai tudung tetapi menayangkan sanggulnya. Betul ke wanita boleh bersanggul tinggi selagi menutup aurat? "Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)." Sudah terang lagi bersuluh menyatakan sanggul itu dilarang malah turut mendapat kutukan dari Allah, tak takutkah kita dengan laknat Allah jika menimpa kita?nauzubillah. Janganlah kita mendengar dari satu pihak saja, macam dalam paper ni (saya tak tahu keluaran mana), sewajibnya kita bertanya kepada alim ulama atau ustaz2 yg lebih mengetahui kerana Rasulullah bersabda : "penawar bagi tidak tahu itu dgn bertanya."


fesyen terkini la kononnya

jangan tiru


 AURAT ITU TINGGI NILAINYA

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kata2 Safiyah, katanya : "ketika kami berada di sisi Aishah, kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy. Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga. Tetapi, demi Allah aku tidak melihat kelebihan tersendiri yg ada pd wanita Ansar. Mereka amat beriman kpd kitab Allah dgn apa yg diturunkan oleh Allah kpd mereka. Telah turun ayat 31 surah an-Nur yg memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan tudung mrk sehingga tdk menampakkan lagi perhiasan. Demikian juga dgn lelaki mrk, apabila pulang ke rumah mrk terus membaca ayat trsebut kpd kaum keluarga mrk yg perempuan. Setelah mendengar ayat itu, kaum kerabat mrk yg perempuan mengambil kain dan menutup kepala dan muka mrk demi mematuhi perintah atay tadi. Kelihatan mrk berjalan di belakang Rasulullah dlm keadaan menutup seluruh tubuh dgn pakaian hitam bagaikan gagak2 hitam."





Jika anda (wanita brbaju kurung contohnya) berjalan di satu jalan dan terdapat banyak tahi lembu atau yg sewaktu dgn nya, apakah respon anda? Angkat kain anda shingga menampakkan sedikit batang kaki anda supaya tdk terkena tahi dan berjalan melepasinya? Atau berjalan tanpa menghiraukannya?

Ummu Salamah, isteri baginda yg terkenal dgn akalnya prnah bertanya : "aku termasuk wanita yg memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor, terkena kekotoran di pakaianku." Rasulullah menjawab : "cucuilah (bersihkan) selepas itu." (riwayat Abu Daud dgn sanad soheh).

Hadis ini menjelaskan bhw Rasulullah lbh mementingkan penjagaan aurat drpd kekotoran krn kekotoran lumpur mudah utk dicuci ttpi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan org lain pun turut terpalit dgn dosa yg sukar utk dibersihkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...