Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, October 20, 2010

kerja cuti sem~



Sepanjang cuti semester selama sebulan ni, alhamdulillah saya berpeluang berbakti pada kedua ibu bapa saya. Saya memenuhkan masa lapang saya dgn membantu mak & abah di gerai makan, warung ar-Raudhah nama nye, sape2 yg teringin nak datang boleh la singgah ye di ulu kinta, depan IPGM kampus Ipoh, (^_~) (promote jap.


Seronok niaga ni, sambil mengisi masa lapang dapat juga kita berkenalan dgn orang ramai. Mengeratkan silaturrahim la kate kan, sambil tu boleh gak menambahkan kenalan. Kadang2 ade ustaz2 datang, student2 datang berbincang pasal agama, boleh la pasang2 telinga, nak join bukan mahram atau seangkatan (jantina) dgn kita :)

Tapi yg pastinya, berniaga ni bkn hanya nak mencari untung semata-mata krn dalam perniagaan tak semestinya kita sentiasa mendapat untung sebab kadang2 kita akn menghadapi kerugian juga. 

Dalam Islam, perniagaan adalah utk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dgn tujuan beribadah dan mendapat pahala. Oleh itu, para peniaga sekalian betulkan la niat kita untuk mencari keredhaan Allah dgn pelaksanaan yg betul dan menepati syariat. 

Abah saya dah pencen dan mak pula memang tak kerja, inilah kerja mak saya sejak saya berusia 5 tahun lagi dan sekarang alhamdulillah masih boleh mengirup udara Allah secara percuma sehingga usia saya 19 tahun dalam masihi dan 20 tahun dalam tahun hijrah. Saya dibesarkan dalam suasana berniaga dan i love it sebabnya Rasulullah pernah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah suatu kedudukan yg tinggi di sisi Allah dan saya mahu menjadi peniaga yg jujur krn peniaga2 yg jujur dan amanah akan ditempatkan dgn para siddiqin dan para syuhada. Ia dijelaskan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi. 

Kadang2 kita ada berjumpa dgn pelbagai jenis manusia yg mempunyai pelbagai ragam yg kadang2 boleh mendatangkan marah, tapi dalam berniaga kita boleh berlatih bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi kerenah manusia yg sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Oleh itu, bersabarlah!! kerana prang yg bersabar akan diberi pahala oleh Allah tanpa perlu dihisab.

Akhir sekali melalui akhlak yg mulia dan pergaulan baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan utk berdakwah kpd mereka yg selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam. Renungkanlah~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...