Please Put Your Blog's Link ;)

Monday, October 4, 2010

saYa saYanG IBU


Hari ni salah seorang kawan saya yg belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia ini pulang ke rumah, katanya hendak menghantar barang kpd ibunya di rumah. Sedangkan hari ini hari isnin, baru je lepas cuti. Tapi saya mengagumi pengorbanan dia terhadap ibunya walaupun terpaksa merempit selama kira2 6-7 jam pergi dan balik selama sehari. Betapa pengorbanannya mengatasi segalanya, meredah hari yg panas demi menghantar barang pd ibunya. 

Cuba letakkan diri kita dalam situasinya, adakah kita akan berkorban juga atau mengadu penat la, tak sempat, kenapa tak suruh hantar je masa cuti hari tu? Tepuklah dada tanya iman kita, sejauh mana pengorbanan kita terhadap ibu kita sedangkan dalam hadis ada menceritakan, drpd Abu Hurairah r.a. berkata : seorang lelaki telah bertanya kpd Rasulullah "siapakah yg paling berhak berbuat baik pdnya?" baginda menjawab : "ibumu" (sebanyak 3x) kemudian "ayahmu." (riwayat Bukhari)





Teringat pula saya kat emak di rumah, rindunya pd dia dan pasti dia juga merinduiku, hehe. Teringat ibu, teringat pengorbanannya yg sangat besar sejak kita dilahirkan sehingga la ke akhir hayatnya atau ke akhir usia kita. Tidak dapat dihitung berapa banyak yg telah dikorbankan dan berapa nilai setiap pengorbanannya. Kita semua dah besar dan masing2 mempunyai otak yg bergeliga utk berfikir mengenainya. Sebab saya tidak berhajat nak bercerita panjang, Cukup sekadar membuatkan kita merenung sejenak dan seketika, tak rugi pon mengenangkan jasa ibu kita. Ia sekadar renungan dan muhasabah utk diri kita pd masa akan datang. Wallahu'alam....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...