Please Put Your Blog's Link ;)

Thursday, October 14, 2010

aku juga WANITA



Saya sangat bangga dilahirkan sebagai seorang wanita, apatah lagi menjadi salah seorang drpd umat nabi Muhammad s.a.w. kerana sesungguhnya wanita ketika itu telah pun diangkat martabatnya dan dimuliakan Islam. Tidak seperti di zaman jahiliyyah, wanita dianggap pembawa sial dan dibunuh atau ditanam hidup-hidup, tidak ada sedikit pun peluang yg diberikan kpd wanita utk meneruskan hidup ketika itu.

Tetapi Allah telah mengangkat martabat seorang wanita dalam Islam yg dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.. Bersyukurlah krn kini kita dilahirkan dan dibesarkan dlm keadaan yg aman damai. 

Wanita diciptakan dgn penuh keistimewaan, cantiknya seorang wanita itu bukanlah pada rupa paras yg menawan, apatah lagi pd lenggok suara yg sangat menggoda. Tetapi, cantiknya wanita itu apabila akhlak dan solatnya dijaga, maruahnya dipelihara. Lembut seorang wanita itu juga bukan sbg cacat cela yg boleh diperlekehkan oleh kaum adam, malah kelembutan itulah sbg perhiasan peribadi yg indah. 

Amat mudah bagi seorang wanita itu melangkah ke syurga, senang juga dihumban dalam neraka. Saya tertarik dgn cerita seorang wanita yg menjadi antara ahli syurga yg terawal memasukinya iaitu Muti'ah. Sepanjang hidupnya, dia sangat mentaati Allah dan perintah2-Nya termasuklah ketaatannya kpd suami. Sepanjang perkahwinannya juga, dia amat mengharapkan keredhaan suaminya. Dia tidak pernah mengizinkan sesiapa menjejakkan kaki ke rumahnya walaupun tetamunya itu seoarang wanita tanpa keizinan suaminya. Dan kerana ketaatannya itulah dia telah diredhai suami dan telah menjadi ahli syurga.

Islam itu mudah dan tidak menyusahkan, tetapi kita sendiri yg menyusahkannya. Wanita, apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan serta memelihara kehormatannya dan maruah suaminya, maka masuklah dia dari pintu syurga yg dia sukai. Kalau kita menyediakan minuman walau hanya segelas air kosong dan suami meredhainya, maka dapatlah kita pahala yg berlipat ganda. Mudah kan, tetapi susah hendak dipraktikkan.

Duhai wanita, adakah kita menyedarinya? Kadang2 kerana bahan mulut kita, kita dicampakkan dalam neraka. Dengan kemudahan teknologi sekarang apatah lagi wujudnya laman sosial, ramai juga dikalangan isteri yg menceritakan aib rumahtangga mereka tanpa disedari dan itu telah menjatuhkan maruah suaminya, tidakkah kita menyedarinya?

Saya juga seorang wanita, dilahirkan tanpa sebarang keistimewaan. Rasulullah melihat golongan kita ini merupakan ahli yg paling ramai di dalam neraka dan saya tidak mahu diri ini dan anda menjadi salah seorang drpdnya, nauzubillah.





Maka, siapkanlah diri kita agar menjadi muslimah sejati yg mampu menggoncang dunia dgn tangan ini.

Melahirkan generasi yg sanggup berjuang di jalan Allah.

Meramaikan umat Muhammad s.a.w. dengan keimanan dan ketaqwaan.

Bukan kerosakan dan kehancuran.

Jangan biarkan diri dinodai.
Hiasilah peribadi dgn akhlak terpuji.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...