Please Put Your Blog's Link ;)

Friday, October 1, 2010

cantiknya dia


Saya amat mengagumi sesiapa sahaja yg memakai purdah kerana mungkin dia memelihara kehormatannya dengan memakai purdah dan saya beranggapan mereka sangat kuat melawan nafsu, dan mesti memiliki ilmu yang sangat mendalam tentang agama. Saya juga mempunyai beberapa orang kawan yang memakai purdah. Ya, saya juga pernah berhasrat utk memakainya dan saya mohon keizinan kedua orang tua saya, ayah saya tiada masalah tetapi ibu saya tidak melarang dan tidak pula mengizinkannya. Saya masih belum mampu melaksanakannya apabila melihat diri sendiri masih banyak kekurangan.

BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR
Purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah kita menginjak pakaian isteri nabi2 ini dengan tohmahan pada anda? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya.

Di sini ada beberapa komen dari golongan syabab yang bukan mahram :
·         berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.
·         berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.
·         berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.
·         berniqab kerana ingin berfesyen.
·         berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita, contohnya: berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.
·         berniqab tapi pakaian menjolok mata
·         berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah {ini yang dicari}

Dengan adanya laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya, tidak bermakna kita bebas menunjukkan yg tidak sepatutnya. Berpurdah tetapi menayangkan gambar di dalamnya. Hal ini juga boleh mendatangkan fitnah kepada wanita yg berniqab di luar sana. Bagi mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing. 




APA HUKUM MEMAKAI PURDAH?
Ada sesetengah ulama’ berpendapat bahawa purdah ini wajib, tetapi tidak bagi jumhur ulama’. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. 
(al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain.)
Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut: “Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya (shahwat)”
 (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.

-Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهمَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ النَّبِيِّ
فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْه
يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ فَجَعَلَ النَّبِيُّ

Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya ibn `Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla, jld 2, m.s. 248)


p/s : kepada pemakai2 purdah sekalian, jagalah diri antunna sebaiknya dan semoga antunna kuat dan istiqamah dgnnya. J


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...