Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, August 3, 2011

hemah menegur : kreatifkan dirimu


Bismillahirrahmanirrahim,
Bermula catatanku setelah sekian lama.

Ringkas, tema setiap penulisanku. Sebenarnya ilham entry kali ni sangat lama terpendam dan baru kini baru dapat menjengah sebentar untuk meluahkannya. Sebuah cerita yang disampaikan oleh ibuku.

                                                          ***

Ibuku mempunyai sebuah kedai makan, antara pelanggan-pelanggan yang kerap hadir adalah mereka yang berpangkat besar, golongan profesional, student-student yang pandai dan tak kurang juga mereka yang bersederhana sahaja.

Biasa kita tengok orang-orang besar macam ni, susah untuk ditegur oleh orang bawahan. Pantang ditegur, dihamunnya kita balik. Tapi pelanggan kami tidak sebegitu insya Allah :)

Menegur. Inilah yang saya nak sampaikan.

Bagi saya, hendak menegur seseorang bukan hanya perlu melalui lisan saja kan. Kita boleh menggunakan inisiatif lain. Tapi masih perlu berlembut dan berhemah. Inilah yang telah ibuku lakukan.

Pernah dahulu golongan-golongan di atas memaki hamun, mengata-ngata, mengumpat para alim ulama. Mengutuk habis-habisan mereka yang saya anggap tidak pernah pon mengenali pengumpat-pengumpatnya apatah lagi memusuhi mereka ini.

Kami yang mendengar ni panas telinga je. Siapa kami untuk menegur, dengan iman senipis kulit bawang ini. Mereka golongan profesional sepatutnya lebih mengetahui.

Selepas itu, ibu dan ayahku yang menyokong kuat para ulama' menggunakan satu inisiatif. Para pelanggan biasanya suka membaca surat khabar sementara menunggu makanan maka ibu dan ayahku meletakkan beberapa nashkah surat khabar yang berbeza. Bertujuan supaya mereka membaca dan membuka minda mereka supaya dapat membezakan antara yang molek dengan yang buruk.

Kata mak, "biar je, kalau depa rasa nak baca depa baca. Insya Allah lama-lama terbuka hati depa tu."

Alhamdulillah, perubahan yang ketara dapat dilihat sekarang. Mereka berubah dengan izinNya. Tiada lagi cemuhan diberi malah sokongan yang hebat dilontarkan. Kami pun dah boleh duduk semeja membincangkan isu-isu terhangat di pasaran.

Bagi saya, bukan semua orang boleh memberi dan menerima teguran/nasihat dengan lisan termasuklah saya. Tapi jangan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab kita untuk menyampaikan. Sampaikanlah sesuatu yang benar walau dengan apa cara sekalipun. Insya Allah, dengan izinNya apa cara sekalipun orang pasti akan menerima kerana petunjuk itu milik Allah.



4 comments:

  1. teruskan berjuang walau hanya di kedai makan =)

    ReplyDelete
  2. salam.
    subhanallah..lawanya gambar header snow tu :-)

    ReplyDelete
  3. Nice entri. :). Menegur, ada caranya . Moga teguran kita pd org lain dpt diterima.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...