Please Put Your Blog's Link ;)

Tuesday, September 7, 2010

kenapa dgn baldi tu?


Cucu : Tok, kenapa kita kena baca al-Quran?
Atuk : kamu pergi ambil air kat sungai hujung sana dgn baldi kotor tu.
Si cucu tu pun pergi ceduk air sepenuh-penuhnya, kemudian dia berjalan pulang ke rumah, semakin dia jalan, semakin banyak air tu tumpah. Apabila sampai di rumah, atuknya suruh pergi ambil lagi, dan perkara yg sama berulang berkali-kali. Banyak kali dia berulang alik mengambil air, tapi air tu tetap jugak tumpah, kemudian dia bertanya kpd atuk. 

cucu : kenapa atuk suruh saya ambil air ni sedangkan atuk sendiri nampak air ni tumpah2.
atuk : kamu nampak tak, baldi yg kotor tadi dah pun jadi bersih. 
cucu : apa kaitan dgn soalan saya td?
atuk : seperti baldi yg kotor td, kamu ambil air sepenuh2nya tp air tu byk yg tumpah. Tapi, di situ ada kebaikannya, baldi yg kotor td dh menjadi bersih. Begitulah hati kita, al-Quran itu penawar bg hati yg kotor, kita perlu membaca al-Quran utk membersihkan hati kita yg kotor. Macam air td, walaupun kamu bawa pulang air yg sedikit, tapi ia cukup utk membersihkan baldi itu. Begitulah al-Quran, walaupun kita membacanya dgn kadar sedikit, tp kalau kita terus-terusan membaca al-Quran, hati kita akan jd bersih sedikit demi sedikit.


al-Quran panduan hidup kita


Cerita ni sangat ringkas dan saya yakin anda boleh memahami mesej yg ingin sampaikan. Setiap orang tdk terlepas dari dosa2 kecil dan setiap dosa itu akn meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita. Oleh itu, dan kita perlu perbanyakkan istighfar agar dosa2 kecil kita itu diampunkan dan bacaan al-Quran kita dapat membersihkan setiap titik hitam yg melekat di hati kita.

~sekian~

peringatan semula bg yg sudah tau & pemberitahuan kpd yg belum mngetahui


Sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"

dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh

"waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirimsalam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita gantidengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat gunashortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaranuntuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkandia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.

~copy & paste je,,skadar pringatan sbb sbg manusia, kita lalai dan leka~

Thursday, September 2, 2010

Kongsi sikit!!


Para ulama’ mengatakan sunat bagi kita berwirid dan berzikir selepas solat, dan imam yg mengetuai bacaan wirid itu sunat mengiringkan badannya ke sebelah kanan iaitu bahu kanannnya menghadap makmum dan bahu kirinya menghadap mihrab.

Antara wirid yg selalu dibacakan : “اللهم أَجِرْنِي من النار” dan hadis Muslim bin al-Hars at-Tamimi daripada ayahnya : Rasulullah bersabda :”apabila berlalunya waktu maghrib maka bacalah “اللهم أَجِرْنِي من النار” sebanyak 7x. Ada juga dalam riwayat lain yg mengatakan bahawa apabila seseorang itu membacanya dan matinya dia pd malam itu, maka dia akan diberi perlindungan dan apabila dia solat subuh dan membaca wirid itu kemudian dia mati, maka akan diberi perlindungan (dilepaskan dari neraka).

.................................................................******......................................................................................

PERHATIAN!!!
Sila pastikan sebutan kita betul dan tepat iaitu أَجِرْنِي  huruf jim baris bawah dan tiada syaddah (sabdu), sebabnya ada juga kadang2 tok imam sebut أَجِّرْنِي  sebabnya kalau kita baca dgn huruf jim itu dgn sabdu, maka berubahlah maksudnya. Huruf jim tanpa sabdu iaitu أَجِرْنِي bermaksud “jauhkanlah aku”, maknanya kita memohon agar dijauhkan drpd azab neraka, sebaliknya jika kita sebut jim itu dgn sabdu iaitu أَجِّرْنِي maka maksudnya berubah menjadi “masukkanlah aku”, seolah2 kita meminta supaya dimasukkan ke dalam neraka, Nauzubillah!!! Oleh itu, pastikanlah sebutan kita betul dan tepat supaya maksudnya tidak lari dan doa kita dimakbulkan Allah s.w.t..

~sekian~


Sunday, August 29, 2010

kiamat semakin dekat

عن أنس رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
 ( من أشراط الساعة أن يَقِلَّ العلمُ ويَظْهَرَ الجَهْلُ ويظهر الزِّنَا وتَكْثَرَ النِّسَاء ويَقِلَّ الرِّجَالُ
 حتى يكون لِخَمْسِينَ امرأةً القَيِّمُ الواحد )
( رواه البخاري)








Daripada Anas r.a. katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : (antara tanda2 kiamat ialah ilmu semakin berkurang, kejahilan semakin berleluasa, zina semakin meluas, wanita semakin ramai dan lelaki semakin berkurang sehingga purata wanita sebanyak 50 bersamaan seorang lelaki)
(riwayat Bukhari)


...........................................******............................................


Ilmu

Rata2 pelajar zaman sekarang belajar hanya utk berjaya dalam peperiksaan ataupun utk mendapatkan segulung ijazah. Sesudah mendapatkan ijazah, bekerja dan seterusnya sehinggakn ilmu yg mereka perolehi dibiarkan begitu sahaja. Tidak kurang juga yg tidak minat utk menyambung pelajarannya kononnya tidak pandai dan bagi perempuan pula, tak perlula belajar tinggi2 sebab pengakhirannya akan ke dapur juga. Tidak! saya tak rasa ilmu yg dipelajari itu akn sia2 walaupun kaum hawa itu akn ke dapur sebab memasak juga memerlukan ilmu, kalau tak ada ilmu macam mana nak masak? Selain itu, ilmu yg kita perolehi juga boleh membantu kita utk membimbing anak2 di rumah sbg pendidikan tidak formal yg pernah diamalkan pd zaman dahulu :)


Jahil & Zina

Pada zaman jahiliyyah dahulu, aktiviti zina ini memang famous. Pada zaman sekarang pun famous juga, sedangkan Islam itu telah muncul berabad2 dahulu, apakah beza antara kaum jahiliyyah dahulu dgn kita sekarang? Tidak banyak beza pun antara mereka dgn kita sekarang, zaman jahiliyyah membunuh anak perempuan, ada juga yg menanam bayi mereka hidup2, perbuatan terkutuk itu juga menjadi aktiviti masyarakat zaman sekarang. Hampir setiap hari kedengaran berita pembuangan bayi. Inilah akibat apabila ramainya manusia yg jahil akan ilmu agama dan menjadi hamba kepada hawa nafsu.


Wanita vs Lelaki

Purata 50 orang wanita menyamai seorang lelaki, adalah salah satu daripada tanda2 kiamat yg telah pun terjadi di muka bumi ini. Lihat saja di institut2 pengajian tinggi yg berada di Malaysia ni, majoriti di 'conquer' oleh kaum hawa dan semakin banyak kita dengar kematian yg melibatkan lelaki seperti kemalangan jalan raya yg mendatangkan maut kebanyakannya lelaki dan ini semakin mengurangkan kuantiti lelaki di muka bumi ini. Semakin lama semakin kurang kuantiti lelaki dan semakin kurang juga kualiti dr sudut akhlak dan agamanya. Makanya, kalau kita (wanita) sudah bertemu dgn lelaki yg berkualiti dan ingin menyuntingnya sbg permaisuri, janganlah teragak2 utk menerimanya. Kelak, susah hendak menjumpai lelaki berkualiti lagi ;)



Di sini saya mengingatkan diri saya dan diri pembaca sekalian agar kita sentiasalah muhasabah diri, renung2kan apa yg telah kita baktikan pada agama kita utk bekalan kita di akhirat kelak. Tiada masa lagi bagi kita utk memikirkan hal keduniaan memandangkan tanda2 kiamat semakin banyak dan sedarlah bahawa kiamat semakin menghampiri kita. Kalaulah pada zaman Rasulullah dahulu kiamat berada antara 2 jari, kita yg telah meninggalkan zaman baginda beratus2 tahun dahulu, berapakah jarak antara kiamat dgn kita? Renung2kanlah

~sekian~







pengalaman baru

"In coming message...," telefon comel saya berbunyi menandakan mesej masuk, saya segera mencapai utk mengetahui isi kandungannya, "salam, ko reti bawak naza x?" terkejut saya dengan soalan itu, mengambil masa jugak saya nak membalasnya sambil fikir, boleh ke ni??

Beberapa hari sebelum itu, seorang sahabat mengajak saya berbuka puasa di luar, saya tak menolak memandangkan saya tiada musyaqqah lagi pulak dapat makan free, rezeki jangan ditolak, hehe :) Kami pergi beramai-ramai dalam 10 orang jugak la. Ramai tu, mula2 terfikir nak sewa kereta je dua biji, tiba2 dapat mesej "akak tu (nama dirahsiakan :p) mcm suruh g ngan naza je, xnak mmbazir duet kita." Mula2 memang kecut dan kurang keyakinan, mana la pernah saya bawak kereta besar2 ni tapi insya Allah, keyakinan aku sandarkan hanya pada Allah. 



Petang tu seorang kakak datang menjemput saya dan sahabat utk mengambil naza, sampai je sana, tuu diaa masya Allah besarnya kereta tapi alhamdulillah kakak tu percaya saya mampu memandu kereta tu walaupun pertama kali saya memandu kereta sebesar itu. Nak tak nak kenalah saya pandu bwk balik naza tu, seronok sebab dapat pengalaman baru. On the way balik tu boleh pulak tersilap jalan, terikut jalan jauh boleh la dikatakan tersesat. Tapi itulah pengalaman, orang kata kita kena sesat dahulu baru boleh ingat n tau selok belok jalan tu. Ya, memang betul sebabnya jalan yg kami sesat tu saya pernah sesat sebelum ni dan saya tau jalan tu memang jalan sesat jauh. Yang bestnya bila sesat kat umah kampung, dah la bawak kereta besar, jalan pulak sempit. Memang hebatla tirah 'reverse', :p

Saya teruja dengan pengorbanan sahabat2 saya dlm menuntut ilmu dan pengorbanan mrk demi Islam, menghabiskan wang ringgit dan masa mereka dgn mengikuti program2 ilmiah yg dianjurkan badan2 yg bertanggungjawab. Pengorbanan seorang kakak yg meminjamkan keretanya yg besar dan mewah kpd budak hingusan yg baru belajar bwk kereta mcm saya ni semata2 nak mengurangkan kos perbelanjaan kami dan mengharapkan kami join program itu. Terima kasih semua.


Pengalaman mematangkan kita dan memberi pengajaran utk jangka masa yg panjang, di masa akan datang kita lebih berani menyahut cabaran yg lebih besar. Bukan kerana kita perempuan, kita lemah dalam semua bidang. Muslimah sejati tdk menjadikan itu sebagai alasan utk tdk menyahut cabaran bahkan sbg obor pembakar semangat. Begitu juga dlm menuntut ilmu, kita belajar dari kesilapan, dari kegagalan, dari situ kita akan berusaha dgn lebih gigih utk terus mencapai kecemerlangan. 

~sekian~

Wednesday, August 25, 2010

صباح النور



Apakah faedah meletakkan muka dan dahi di atas tanah? 
Sedangkan hati penuh dengan kemusyrikan.
Apakah faedah membersihkan pakaian kotor kalau badan penuh kekotoran?

Dosa itu bagaikan racun yang merebak di pelusuk tubuh kita dengan mudahnya,
dan taubat adalah penawarnya!!

Namun, tatkala racun itu sampai ke hati, adakah penawar itu bermanfaat?


Setiap saat, setiap detik kita melakukan dosa walaupun sebesar zarah tanpa kita menyedarinya, lazimilah diri kita beristighfar. Dengan harapan dosa2 kecil kita dihapuskan.

kunci mulut

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Kenapa kita katakan kerana mulut badan binasa? sebab kalau kita terlajak kata yg boleh menyebabkan si pendengar terasa hati dgn kita, diri kita sendiri yg akan berasa bersalah, silap hari bulan, tak ade sapa pun nak kawan dgn kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Siapa suka kot kalau diri sendiri kena lazer, kena maki, dihamun sesuka hati. Tambahan pula dibulan yg mulia ini, kita dianjurkan supaya lebih berhati2 dalam tutur kata. Menjauhi mengumpat. Tak ada gunanya puasa tapi tak menjauhi perkara2 seperti itu, sia2 ibadah puasa hanya dapat lapar dan dahaga je. 






عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي   وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ 
أَمْثَالِهَا) رواه البخاري

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu perisai,maka tidak boleh berkata keji dan tidak boleh berbuat kasar ,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" (dua kali) Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi. (Allah berfirman) "Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum serta syahwatnya keranaKu, puasa itu untuk aku dan aku yang akan memberi ganjarannya" dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh
(riwayat Bukhari)




Dalam hadis lain menyebut, jika kita berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan balasa, Allah akan mengampunkan dosa2 kita yg terdahulu. Mengharapkan balasan di sini bermaksud mengharapkan cinta kita pd Allah berbalas dan mengharapkan pahala yg berlipat ganda drpdNya. 

Hari tu ustaz saya ada sebut tentang 2 perkara yg boleh menyebabkan manusia itu binasa:
i)  antara pahanya
ii) antara gerahamnya
saya kurang pasti ini hadis atau sebaliknya, tapi ustaz yg cakap tu mengajar hadis. Yang kedua itu menyebut antara gerahamnya, apa yg ada di antara kedua geraham kita? lidah kan. Apa yg sering dilakukan oleh lidah? mesti bersenam sambil mengeluarkan ayat2 sama ada ayat itu adalah ayat yg baik atau pun buruk. Makanya, berlindunglah kita drpd menjadi orang2 yg binasa itu. 

Sebelum mengakhiri entry saya kali ini, sedikit renungan di bulan ramadhan ini :-




"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)




~selamat beramal, sekian~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...