Please Put Your Blog's Link ;)

Wednesday, April 20, 2011

Hidup Tidak Selalu Sempurna

 Tak semua orang yang lahir di dunia ini sempurna. Mungkin dari segi fizikal, mental, pendidikan, kehidupan dan sebagainya. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Bahagialah kita sebagaimana yang telah dicipta dan dikurniakan kepada kita. 

Kenapa ?

Sebab Allah Maha Mengetahui, ada hikmah dan kebaikan disebalik ciptaan yang kita anggap kurang sempurna. Ucapkanlah alhamdulillah ! Jangan kita kufur akan nikmat Ilahi.

Teringat satu kisah yang pernah disampaikan oleh ustaz saya. Kisah ini berlaku di negara timur tengah dan saya kurang pasti di mana. Sepasang suami isteri yang baru sahaja bernikah teringin memiliki cahaya mata yang akan menjadi penyeri rumahtangga mereka. Tanpa anak, kekayaan mereka tiada maknanya.

Alhamdulillah, suatu hari mereka mendapat khabar gembira apabila hajat mereka dimakbulkan. Mereka menanti hari bahagia itu dengan sabar dan sentiasa inginkan yang terbaik buat anak mereka. 

Apabila tiba saatnya, terdengar tangisan bayi yang melegakan hari pasangan tersebut. Bayi mereka sangat comel, terasa hidup sudah sempurna dan lengkap dengan kedatangan orang baru dalam hidup mereka. 

Namun, kegembiraan hanya seketika cuma. Terdapat sedikit kecacatan pada bayi itu apabila bayi tersebut memiliki 11 jari di kedua belah tangannya. Si ayah dan ibu yang mempunyai banyak harta itu bertekad hendak membuat pembedahan ke atas bayi mereka bagi membuang lebihan jari tersebut.

Pembedahan berjaya. Anak mereka kembali normal.

Tahun-tahun seterusnya, mereka mendapat khabar berita apabila si isteri bunting buat kali keduanya. Gembira tidak terkata pasangan itu.

Saat kelahiran keduanya, bayi tersebut juga dilahirkan tidak sempurna. Kali ini bayi itu hanya mempunyai 9 jari di kedua belah tangannya. Hendak menjalankan pembedahan pun tiada gunanya.

KESIMPULAN

Tidak perlu untuk mengubah sesuatu yang telah dicipta untuk kita. Walau tidak sempurna manapun kejadian itu, pasti ada kelebihan di sebaliknya.

Walau kita tidak punya harta yang banyak, mungkin ilmu boleh mengisi kekurangan itu. Jika kecantikan tidak menghiasi wajah, namun biarlah akhlak yang indah membaluti diri. Andai kita bukan yang terbaik di mata manusia, biarlah kita yang terbaik di mata Nya.

1 comment:

  1. assalamualaikum.

    Perkongsian yang bagus.
    ya betul, tidak ada yang sempurna. segala ciptaan Allah ada kelebihan masing2 dan kita semua menggunakan kelebihan orang lain juga, perlunya kepada saling melengkapi. Hidup ini bukan tentang kita sahaja. Syukur.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...